Tuesday 13 May 2014

Familyday Team Surijunior

Assalammualaikum....

Selamat bercuti, hari cuti biasanya saya memang tak rehat sangat. Mengemas rumah memang jadi hobi dah, lagi satu memang tak suka tengok rumah bersepah. Hahahaha....

Oklah, nak cite pasal familyday Team Surijunior nie, lama plak saya peram gambar nak post tak menyempat jer. Ohh...pengasas utama team Surijunior nie ialah Master Farihah Abu Kasim. 'Mak' Shaklee saya... kali nie kami buat familyday di Pulau Pinang... Lama dah tak gie Penang nie, last masa lepas berkhawin. Hehehe....

Plan kami berbincang sesama AJK Familyday semua melalui whatsapp & telegram jer, sebab masing-masing jauh2. Lebih kurang 3bulan perancangan semua berjalan dengan lancar. Macam2 aktiviti yang kite orang buat, dari sesi menimba ilmu sehingga ke aktiviti sukanneka bersama suami dan anak-anak.

Kiteorang buat selama 2hari 1malam di Rainbow Paradise Hotel, Tanjung Bunggah, Penang. Hotel nie memang sangat selesa dan besar bilik dia. Puas hati lah, paling yang saya tak boleh lupakan ialah teh tarik dia, ermmm mabeles betul. Hahahaha....
Tak sempat plak nak snap pic teh tarik tu.

Ok, jom saya kongsikan pic sepanjang aktiviti kami kat sana, seronok wei... hihihihi.












Dah puas tengok gambar? Hahahaha....saya lah mak yong yang tak sedar diri. Mengandung pun sibuk bersukanneka. Apapun kiteorang happy sangat sebab semuanya berjalan lancar, nie baru sebahagian keluarga team Surijunior berkumpul. Ramai lagi yang tak dapat join. Insyallah...tahun depan moga semuanya dapat join dan bertambah meriah lagi. 😙😙😙







1 comments:

NabilaHasyim said...

Salam perkenalan,
kunjungan balas dari blog yg Leen singgah tengok kotak merapu tuh, kekeke.....

kalau dah DIY nanti share2 ye...