Wednesday 23 July 2014

{My Story} Pengalaman Mengandung Bersama Shaklee

Assalammualaikum....

Salam Ramadhan semua.
Hari nie saya nak share pengalaman dengan semua pengalaman atau pertama kali mengandung dan mengunakan produk Shaklee sepenuhnya. Sekarang dah pun masuk 34 minggu, lebih kurang sebulan lebih lagi untuk bersalin. Moga semuanya berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan untuk saya bersalin. Ameennn.....

Ok, bercerita pengalaman menggunakan produk Shaklee nie sangat berbeza dengan mengandung kali pertama dan kedua. Kali nie, saya tidak mengalami alahan yang teruk, mual, morning sickness ke, evening sickness ke memang tiada langsung. Alhamdulillah..... syukur sangat, malah kali nie saya rasa lebih bertenaga dan bersemangat. Tanpa rasa letih dan mengantuk selalu. Mungkin oleh kerana saya dah mengamalkan suplement Shaklee nie dari menyusukan anak kedua sehingga lah sekarang nie. Maka keadaan tubuh badan saya semakin baik dan mampu mengatasi masalah awal-awal mengandung.

Masa awal kehamilan, kali ke 3 datang check up di klinik saya mengalami HB low, dari 11.6 turun ke 10.3, huhuhuhu.....mungkin awal-awal selera tak berapa nak kuat sangat makan kan. Tengok makanan gak, ada yang boleh di makan, ada yang rasa tengok dah mual. heheheehe.... memilih sikit masa nie. Apa lagi kan kalu kat klinik, kena lah datang setiap 2minggu untuk check up sehingga HB normal semula.  

Tapi lepas dah HB low tu Dr. pun suh lah makan zincooper + ion. Amboi...poning kepala pepagi, sebab kena ambil masa sebelum sarapan. Ambil dengan jus boleh tahan sikit dari ambil ngan air kosong. Tu pun masa drive ke tempat keje dah rasa loya bukan main, kena cepat-cepat makan. Tengahari saya ambil Vitalea 2biji macam biasa, kena konsisten baru HB naik sikit-sikit. Hehehe...yelah masa awal-awal tu nak telan vitamin macam malas jer. ESP Soya protien tu pun malas nak minum. So bila dah konsisten semula dan tak miss ambil, baru lah ok HB tu kan. Lagi satu saya mengandung kali nie agak begitu gemar minum kopi & makan kek coklat. hehehehe.... biasa lah benda-benda yang berkafien berkoko, bersoda, semuanya tak bagus untuk vitamin. Vitamin-vitamin nie tak menyerap sebab semua yang saya nyatakan tu adalah salah satu faktor penyebab Vitamin cepat musnah. Sama ada yang kita ambil dari makanan atau dari suplement.


Selepas konsisten Vitalea 2biji sehari selama 2 minggu HB saya naik balik ke normal

Saya kongsikan antara Vitamin-Vitamin yang saya ambil semasa hamil, dari mula kehamilan sehingga lah bersalin nanti.  Ada gak vitamin-vitamin shaklee yang lain saya ambil seperti Vivix, Performance Drink dan Ostematrik. Memang sangat membantu dari segi kesihatan dan kurang rasa kena 'simpul urat' di kaki bila dah masuk trimester ke 3 nie. hehehe.... Kalu tak dulu masa mengandung anak pertama & kedua hampir setiap malam kena simpul urat di kaki. Adoiii...kalu dah kena tu mesti nak berjalan rasa sakit sangat. Terpaksa lah urut dengan minyak angin. (^_^)


Vitamin-vitamin yang menjadi amalan saya semasa hamil
Alhamdulillah....tak lama lagi berpantang + Menyusukan bayi bersama dengan produk Shaklee. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, mohon semua doakan juga untuk saya yea. (^_^) 

Bagi ibu-ibu hamil di luar sana yang ingin mencuba produk Shaklee nie, boleh lah berhubung dengan saya seperti tertera di bawah ini. Insyallah, saya sedia membantu anda semua. (^_^)
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: