Thursday 10 July 2014

{Tips Kesihatan} Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Salam Semua...

Hari nie nak share dengan semua, tips-tips bagaimana nak kempiskan perut selepas bersalin. Kira dalam berpantang lah masanya yang paling afdal... hehehe.

Yang nie saya share antara tips-tips secara traditional, yang mungkin ada yang pernah mengamalkannya atau bagi ibu-ibu pertama kali bersalin boleh lah amik salah satu tips yag saya kongsikan nie sebagai panduan. 


Tips 1:

    •  Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawapekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih atau minyak angin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkuk sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sirih sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin
      .

    Tips 2:
    • Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit kisar kan bersama, kemudian tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
    Tips 3:
    • Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.
    Tips 4:
    • Ambil halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya, lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

    Tips 5:
    • Ambil lengkuas padi/helang/ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus  untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
    Tips 6:
    • Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan sepanjang tempoh berpantang.
    Tips 7:
    • Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
    Tips 8:
    • Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
    Tips 9:
    • Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemusian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaulkan sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemusian, Bengkung kuat atat ketat.


    Tips 10:
    • Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.
    ____________________________________________________________________
    Sekiranya anda ingin berpantang secara moden, suka saya cadangkan produk Shaklee yang menjaga kesihatan dari segi dalaman pula. klik Supplement Berpantang & Menyusu  untuk anda dapatkan maklumat lanjut cadangan supplement untuk berpantang dan menyusukan bayi anda.

    untuk maklumat lanjut; pm FB page Mamaleensihat
    sms/whatsapp 0192691158

    0 comments: