Thursday 11 September 2014

{Info Sihat} Bagaimana Mengatasi Masalah Puting Tenggelam?

Penyusuan Susu Ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak kita. Tapi pada masa kini ramai ibu-ibu muda yang mengalami masalah puting susu yang leper atau tenggelam. Ini menyebabkan ibu-ibu menjadi gusar dan berasa sukar untuk menyusukan bayi mereka.

Tahukah anda masalah ini boleh di atasi? Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah puting leper dan tenggelam ini. Terdapat beberapa kaedah yang perlu para ibu lakukan dengan sabar dan tekun supaya para ibu tidak mudah berasa stress dan menyebabkan susu badan kurang terhasil.

Antara kaedah yang selalu digunakan ialah :

Teknik Hoffman:
Caranya, letakkan ibu jari di kedua-dua pangkal puting (bukan di tepi aerola). tolak perlahan-lahan bertentangan tisu payu dara dan pada masa yang sama tarik ibu jari jauh antara satu sama lain. dengan menggunakan kaedah ini, anda akan meregang keluar puting dan melonggarkan pangkal yang ketat iaitu menjadi puting naik ke atas dan keluar. Ini perlu diulangi lima kali sehari mengikut putaran arah jam di sekitar puting. Boleh dilakukan ketika hamil dan selepas bayi mula menyusu.

Nipplette, Supple Cups:

Alat yang digunakan untuk membantu mengeluarkan puting dengan menyedutnya secara sekata, sama seperti pam payu dara. Ia memberi pemulihan kekal untuk puting tenggelam.

Merangsang Puting:
Jika puting boleh digenggam, anda boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama satu atau dua minit dan kemudian dengan segera sentuh puting dengan kain lembab, sejuk atau dibalut ais (elakkan penggunaan ais yang lama kerana ia menyekat aliran susu dan menyebabkan puting kebas)

Tarik Puting Ketika Pelekapan:

Memandangkan anda menyokong payu dara dengan ibu jari di atas dan empat jari yang lain dibawahnya, anda boleh tarik puting dari tisu payu dara ke dinding dada untuk membantunya menonjol. 

Nipple Shield :


Alat ini hanya boleh digunakan sebagai alternatif yang terakhir. Ia perlu digunakan untuk sementara waktu sahaja kerana penggunaannya secara berterusan dan pada jangka masa panang akan memudaratkan penghasilan susu. Nipple Shield adalah puting flexible yang dihasilkan daripada silikon yang diletakkan di atas puting anda sepanjang sesi penyusuan. Ini haruslah dialihkan setelah bayi anda mula melekap dan menyusu dengan baik. Atas kemungkinan risiko, anda digalakkan hanya menguna nipple shield di bawah pengawasan pakar laktasi.


Tips Untuk Mengatasi Puting Tenggelam :
  1. Ibu mempunyai puting leper atau tenggelam perlu pastikan kedudukan menyusu dan pelekapan bayi betul.  Pelekapan dan posisi penyusuan, agak mencabar bagi anda yang mempunyai masalah puting leper atau tenggelam. Bayi perlu belajar membuka luas mulutnya bagi mendapatkan puting dan merapatkan gusinya pada payu dara.
  1. Menyusu awal dan kerap sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam untuk mengelakkan bengkak susu dan memberi peluang bayi berlatih menyusu sekerap mungkin ketika payu dara masih lembut.
  1. Jika bayi meragam ketika anda cuba membantunya melekap pada payu dara, berhenti dan tenangkan dia. Berehat seketika jika perlu. Menyusu sambil berjalan-jalan, dodoi atau gendong bayi sehingga dia kembali tenang.
  1. Ketika belajar menyusukan bayi, elakkan sebarang puting tiruan seperti botol, puting kosong dan perisai puting. Puting tiruan akan mengelirukan bayi dan menjadikan usaha pelekapan yang mencabar itu menjadi lebih sukar.
  1. Ketika cuba menyusukan bayi menerusi puting rata atau tenggelam, anda sangat digalakkan untuk mendapatkan sokongan daripada kaunselor atau pakar laktasi.
  1. Pam payu dara sebelum sesi penyusuan akan membolehkan puting menonjol agar bayi dapat melekap dengan baik.
 kredit: Pa&Ma

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

----------------------------------------------------------------------------------------

0 comments: