Monday 13 October 2014

{My Story} Aktiviti Bersama Anak-anak

Hujung minggu yang lepas, anak-anak request suh buat kek. Nak bawak gie sekolah plak katanya. Adehhh... bahan plak tal cukup, so kemalasan mamanya pun yea gak. Hihihi....

So dapat idea biskut jejari yang lebih candy buffet rumah kak Ngah ada so coklat masak pun ada. So cairkan coklat so diaorang celup-celupkan dan tabur lah gula-gula manik sebagai hiasan. Kalu ada badam hancur lagi best kan. Jadi macam peppero. Hehehe... Buat jer lah apa yang ada.

Seronok gak anak-anak sekali sekala ada kan aktiviti macam tu. Nampak simple jer tapi bagi mereka ialah belajar sesuatu yang baru kan.

Anak-anak rajin gak nak menolong kat dapur tapi kita selalunya suruh anak kita dok tengok tv lah, gie main tempat lain lah. Sebenarnya bagus kita bagi mereka tengok untuk belajar. Dan dah semestinya pelbagai soalan-soalan akan mereka tanya, betul x? Jenuh ler kan nak menjawab. Semuanya 'KENAPA?' heehe...


0 comments: