Monday 24 November 2014

{My Vacation} Lexis Port Dickson Best!

Cuti sekolah dah pun bermulakan... sekejap dah hujung tahun. Alahai....cepat betul masa berlalu. Hehehe...

Hari ahad lepas ajak hubby lepak Lexis Port Dickson. Sebenarnya nak sangat dok bilik yang ada private pool tu. Sekali hubby hakak salah book bilik plak dah.... Rupanya Lexis dengan Grand Lexis berbeza. Huhuhuhu.... Hotel nie letaknya betul-betul sebelah Glory Beach Resort.

Lexis ada water chalet & premium tower, kira macam hotel biasa lah. Water chalet kat atas laut tu. Tapi yang bestnya bilik dia besar. Muat untuk 4orang dewasa. Memang selesa. Tapi hati saya kuciwa tak dapat dok yang ada private pool. Yang ada private pool tu di Grand Lexis sebelah Lexis tu jer...huhuhu. Hubby kata nanti len kali kita pergi lagi yea. Hihihihi.... ada can nak gie lagi. Best...best!

Service hotel nie pun 5 star. Makanan pun ok, bilik pun sangat ok. Tak de apa yang mengecewakan. Anak-anak seronok sampai tak nak balik plak.
'Mama...kenapa kita nak balik, cqah suka umah otel nie. Best sangat'...
Haaa...tu ayat anak saya. Dah seronok plak, belum lagi masuk bilik yang ada private pool tu, confirm tak nak balik langsung gaknya..hehehe.

Apa-apa pun memang antara hotel paling best di Port Dickson setakat nie. Harga pun memang mahal sikit tapi puas hati lah. Sangat disyorkan untuk percutian berfamily.

Kawasan sekeliling tu banyak kedai makam gak. Lagi satu area kawasan kampung gelam ada satu tempat Restoran Ikan Bakar Terapung. Puas hati lah gak makanan dia. Harga pun berpatutan, tak de ler mahal bebenor. (^_^) Masa saya gie dengan hubby n anak-anak hujan plak tu. Memang perut tengah kebulur, hehehe. Layan kan makanan yang panas-panas tu tak sedar dah berapa bungkus makan nasi lemak. Huahuahua.... habis musnah diet hakak ok.

Gambar tak banyak plak saya ambil. Gambar anak-anak jer yang ada. Hehehe... layan lah sikit gambar yang tak seberapa nie. Sebab fikir nanti nak datang lagi so tak de bersakan sangat nak amik gambar. Hihihi....

0 comments: