Wednesday 10 December 2014

{Info Kesihatan} Senaman & Bakar Kalori

Ramai juga yang masih tak tahu kaitan senaman dengan kalori ini. Bagi mereka yang nak kuruskan badan, mereka mesti tahu berapa jumlaj kalori yang telah mereka ambil sehari dan berpa yang perlu mereka bakar supaya ia tidak berubah menjadi lemak yang tersimpan di dalam badan kita dan dari situ ia akan menyebabkan badan kita semakin gemuk, berat pun semakin naik.

Senaman ini juga tak semestinya anda perlu ke gym atau berjoging sekeliling taman dan sebagainya, cukup juga dengan beberapa cara yang mudah untuk anda bakar kalori ini. Seperti membuat kerja-kerja rumah, berjalan kaki dari tempat parking kereta ke pejabat, window shopping, berkebun dan sebagainya. Jika anda dapat melakukan senaman seminggu 3kali pun sudah memadai, jika dapat dilakukan hari-hari pun sangat baik untuk tubuh badan yang sihat dan cergas.



Tahukah anda berapa kalori di dalam makanan yang anda ambil seharian? Saya sertakan contoh beberapa makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia setiap hari. 



Sekarang anda dah tahukan berapa jumlah kalori seharian yang telah kita ambil. Nasi lemak saja dah mencecah 600kcal, belum lagi makan tengahhari dan malam. Berapa banyak agaknya dan berapa kalori yang anda dah bakar untuk memastikan berat badan anda tidak naik dan menyebabkan anda kelihatan 'berisi'.

Lakukan aktiviti, aktiviti ringan yang berterusan setiap hati bagi memastikan tubuh anda sentiasa aktif untuk membakar lebihan kalori yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk memastikan anda bukan tergolong di dalam golongan yang berisiko menghidapi penyakit-penyakit kronik pada masa akan datang, sayangi kesihatan kita. (^_^)

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingin dapatkan produk untuk turunkan berat badan secara sihat, Jom cuba Set Kurus Secara sihat bersama Shaklee

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: