Wednesday 10 December 2014

{Tips Kesihatan} 10 Cara Mudah Untuk Buang Kalori

Saya nak sharekan tips cara menambah pengeluaran kalori. Saya baca tips nie dari blog KevinZahri, banyak panduan serta tips-tips yang dia kongsikan mengenai cara untuk menurunkan berat badan. Kalori yang berlebihan perlu kita bakar dengan cara melakukan senaman-senaman. Tak semestinya senaman berat jer, senaman ringkat pun boleh. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti harian pun mampu mengeluarkan kalori yang berlebihan tu.

Jom baca 10 cara tambah pengeluaran kalori tanpa bersenam
  • Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  • Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  • Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  • Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  • Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
  • Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
  • Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
  • Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
  • Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
  • Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga.
kredit: KevinZahri

Selamat mencuba yea kawan-kawan semua. Mungkin ia boleh membantu anda membuang kalori, dari tak buat langsung yea tak... heheheh.

0 comments: