Monday 15 December 2014

{Tips Kesihatan} Petua hilangkan Jerawat Bagi Ibu Hamil

Setiap kali kehamilan, hormon badan ibu hamil sering kali berubah. Adakala ibu-ibu yang hamil mengalami masalah jerawat yang tumbuh dengan banyak. Disebabkan ibu-ibu yang hamil tidak digalakkan menggunakan krim untuk menghilangkan jerawat yang mempunyai bahan kimia yang mungkin merbahayakan janin di dalam kandungan. Jom saya sharekan petua tradisional yang selamat untuk diamalkan.

Jangan risau kerana ibu boleh menggunakan petua tradisional untuk menghilangkan parut jerawat tersebut. Yang pasti ia selamat diamalkan.

  1. Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.
  1. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.


  1. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  1. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  1. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

kredit: petua pa&ma

0 comments: