Sunday 22 June 2014

{Tips Kesihatan} Pengambilan Makanan di bulan Ramadhan

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera....

Hari nie saya nak share dengan semua beberapa tips pemakanan yang saya baca untuk mengahdapi bulan Ramadhan. Tak lama jer lagikan, Alhamdulillah....moga dipermudahkan amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan nanti. Untuk itu kita kena lah juga jaga pemakanan kita, untuk lebih kekal bertenaga sepanjang berpuasa selain dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. Jom saya sharekan tips pengambilan makanan untuk bulan puasa nanti.


Beberapa tips pemakanan sihat semasa berpuasa adalah seperti :
  • Pembahagian masa makan yang betul iaitu merangkumi masa berbuka, makan malam dan ketika bersahur bagi mengelak pengambilan makanan berlebihan ketika berbuka sekiranya seseorang tidak mengambil makan malam atau tidak bersahur.

  • Mengutamakan makanan yang tinggi serat dengan meningkatkan pengambilan bijirin seperti beras perang, roti mil penuh dan kekacang. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengan serat. Pengambilan serat yang tinggi semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi tenaga agar aktiviti harian dapat dilakukan seperti biasa berbanding bulan-bulan yang lain. Manakala pengambilan serat yang mencukupi semasa berbuka dapat memberi tenaga segera, meneutralkan rembesan asid berlebihan di dalam perut sekaligus dapat mengawal glukosa darah khususnya kepada penghidap diabetes.
  • Minum air dengan banyak sekitar 8 hingga 12 gelas di antara waktu berbuka hingga waktu sahur terutamanya air kosong. Ini bagi memastikan tubuh mendapat cukup air untuk berfungsi di siang hari.
       
  • Amalan sunnah dengan pengambilan 3 biji kurma beserta segelas air/jus setiap kali waktu berbuka dapat menyeimbangkan kandungan gula dalam darah (mengelak kejadian hipoglisemia) serta memberi tenaga segera kepada tubuh untuk menjalankan ibadah wajib dan sunat khususnya solat sunat tarawih.
  • Pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti memanggang, stim dan sup berbanding menggoreng, menyediakan menu berasaskan santan atau terlalu berempah / terlalu pedas. Kurangkan penggunaan minyak atau santan ketika memasak dan buang lemak/kulit pada ayam dan daging sebelum memasak.
  • Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar. Otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mengesan bahawa perut kita telah pun kenyang.
  • Teruskan aktiviti fizikal atau senaman ringan di sebelah malam bagi mengekalkan kecergasan tubuh dan minda kita. Selain solat tarawih, senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan pantas atau berjogging. Walau bagai manapun, tunggu sehingga satu atau dua jam selepas makan sebelum memulakan senaman bagi memberi laluan kepada sistem pencernaan. Bagi individu yang makan banyak semasa berbuka, biasanya perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan aktiviti kerana jantung mengepam darah lebih banyak ke sistem pencernaan berbanding ke otot.
    
Sumber: Unit Pemakanan,JKNPerak
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Continue Reading

Tuesday 17 June 2014

{Info Sihat} Gout? Bagaimana mengatasinya?

Hari nie, saya nak share dengan anda semua. Bagaimana mengatasi Penyakit Gout.
Kalu dulu kita biasa dengar penyakit Gout dihidapi oleh golongan berusia saja, tapi tidak pada masa kita. Ia berpunca dari faktor pemakanan kita seharian juga. Bagaimana pemakanan yang anda ambil sehingga terjadinya Gout.  Jom saya kongsikan makanan-makanan yang jika anda ambil secara berlebihan akan menyebabkan Gout.



Asid urik adalah punca terjadinya Gout. Dari mana datangnya Asid Urik ini?
Asdi Urik terdapat pada semua jenis makanan daripada haiwan dan purine daripada tumbuhan. Namun tahap kandungannya pelbagai.

Seelok-eloknya elakkan daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan, bayam, sayur kacang dan brokoli.

Mereka juga perlu menggelakkan minuman beralkohol dan minuman bergas.

Petikan dari Utusan Malaysia oleh Dr. Selvaraju berkata;

“Walaupun tidak menghidap gout, seelok-eloknya ambil makanan yang kurang purine dan asid urik seperti ayam, ikan kurang lemak dan sayuran berdaun," katanya.





Bagaimanapun terdapat juga keadaan kesihatan yang menyebabkan gout seperti psoriasis dan penyakit berkaitan darah misalnya limfoma, leukemia dan hemolitik anemea.

Penyakit berkenaan yang menyebabkan sel darah merah tidak sihat dan cepat terurai membebaskan asid urik.

Pesakit yang telah menjalani pemindahan buah pinggang juga mempunyai kandungan asid urik tinggi kerana ubat penolakan cyclosporine yang diambil.

Selain itu, kanak-kanak mempunyai kandungan asid urik yang tinggi kerana sel yang sentiasa pecah tetapi mereka tidak diserang gout kerana sel berkenaan sentiasa diperbaharui.

Kata Dr. Selvaraju, adakalanya gout sukar dijelaskan kerana ada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi tidak diserang gout.

“Mungkin juga asid urik tadi berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan batu karang," katanya.




Dalam pada itu, menurut Dr. Selvaraju, pengurangan berat badan secara mendadak menyebabkan kandungan asid urik meningkat kerana kemusnahan sel.

“Justeru jika ingin berat badan ideal, lakukan dengan perlahan-lahan dengan mendapat nasihat doktor," katanya.

Apa yang lebih unik jelasnya, wanita tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang masih tidak diketahui.

Sebenarnya kata Dr. Selvaraju, asid urik adalah salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah tinggi dan kencing manis.

“Tapi ada juga yang mendapat pseudo gout dengan simptom sama seperti gout tetapi ia berkaitan dengan kalsium," katanya.

Dr. Selvaraju menegaskan, manusia perlu makan apa yang diperlukan untuk hidup dan bekerja kerana makanan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

“Makan bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan, nasihatnya.


Continue Reading

{Produk Shaklee } PHYTOCOL - ST SHAKLEE Untuk Kolestrol

Hai korang, apa khabar? Ok, seperti yang dijanjikan saya nak sharekan mengenai produk baru yang dilaunchingkan pada 7 Jun 2014. PHYTOCOL - ST Shaklee, bertindak sebagai penghalang kepada kolestrol terus menyerap ke dalam salur darah anda. Sangat penting untuk kita mengawal kadar kolestrol di dalam badan kita. Kekadang makan tak ingat duniakan, tapi rupanya kolestrol dah berlebih-lebih plak dalam badan.

Pada zaman sekarang nie, banyak penyakit berpunca daripada makanan yang kita ambil. Dari situlah berpunca penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, strok, kanser dan lain-lain lagi. Anda tahukan, kadar penyakit Diabetes di Malaysia paling tinggi setakat ini. Ia berpunca daripada pemakanan sehari kita yang kita ambil tanpa mengawal kadar kalori yang diambil. Makanan kat Malaysia nie macam-macam ada, semua sedap-sedap betul tak? Hehehehe.....

Jom saya perkenalkan produk Phytocol ST Shaklee yang terbaru,








Ok , dah tahu pasal Phytocol ST nie? Saya nak sharekan pulak pengalaman seorang pengguna yang berjaya mengurangkan kadar kolestrol dalam badan beliau setelah mengamalkan Phytocol ST Shaklee nie,



Anda boleh tengok akan perbezaan antara keputusan awal sebelum mengamalkan Phytocol ST Shaklee dan selepas menggunakan Phytocol ST Shaklee. Setelah mengamalkannya lebih kurang 3bulan, ia berjaya menurunkan kadar kolestrol di dalam badan. So...pada anda-anda diluar sana yang ada mengalami masalah kolestrol tinggi, anda boleh cuba untuk amalkan produk Phytocol ST Shaklee. Pilihan yang terbaik hanya untuk anda.

____________________________________________________________________________

Ingin dapatkan produk Shaklee ditempat anda, 
Saya Pengedar Sah Shaklee anda:
📧 : mamaleensihat@gmail.com
📲 @ ☎:  0192691158





Continue Reading

Sunday 8 June 2014

{Program Shaklee} National Conference Shaklee 7 & 8 Jun 2014

Tahniah buat kawan-kawan yang menerima award semasa National Conference yang berlangsung selama 2hari. Iaitu pada 7 & 8 Jun 2014. Majlis gilang gemilang untuk meraikan segala penat lelah SID-SID Shaklee untuk layak menerima award, sebagai tanda penghargaan Shaklee.

Hampir 4000 orang memenuhi Sunway Convention Centre, di Sunway Piramid. Kalu dulu sehari jer majlis nie, tapi untuk tahun nie majlis dibuat selama 2hari. Sebab terlalu ramai SID-SID yang menerima anugerah. Ala-ala macam ABPH plak. Hehehehe.... semua pakat2 glomur gitu. Yelah setahun sekali jer. Tahun depan nak glamour lagi.

Alhamdulillah...kali ke 2 menyertai majlis conference nie, memang buat rasa teruja sangat. Walaupun saya belum layak menerima anugerah apa-apa lagi, tapi Insyallah....tahun hadapan pastinya giliran saya pula. Sekurang-kurangnya target 5 anugerah. Ameen... (ameen kan juga yea kekawan 😊)

Masa majlis nie juga, berlangsung acara perasmian produk terbaru Shaklee, iaitu PHYTOCOL ST. Produk yang membantu menurunkan paras kolestrol serta menghalang dari kolestrol terus meresap ke dalam tubuh badan anda menjadi lebih teruk. Nanti next entry saya citekan pasal produk terbaru nie ok. 😆

Ok, saya nak share pic sepanjang majlis nie berlangsung. Sangat-sangat teruja wokey! 😆 last day persembahan dari Faisal Tahir. Lagu Ge,uruh Jiwa memang membakar semangat.












Continue Reading

Friday 6 June 2014

{Produk Shaklee} CoQ10 Mengekalkan Kesihatan Jantung





Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk. Tetapi ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda.
Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.
Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui di dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. 


CoQ10Health Plus memberikan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10 dengan tambahan VitaminE dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. 
Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis untuk memberikan bioketer sediaan CoQ10HealthTM Plus Shaklee dirumus untuk memastikan sisrem penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.

CoQ10 Health terbukti :
  • Membantu Penghasilan tenaga di dalam organ jantung
  • Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL
  • Membantu menambah dang mengekalkan tahap CoQ10 di dalam darah.
  • Meningkatkan tenaga
  • Kecergasan mental
  • Mengurangkan serangan migraine, pening dan perasaan loya.
  • Mengatasi Simptom- simptom kelesuan
  • Kulit yang lebih muda
  • CoQ10 meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tidu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi untuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kollagen.
  • Membantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah dan berseri
  • Meningkatkan kesuburan. 





--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

{My Resepi} Puding Roti Bersos Kastard

Assalammualaikum...
Salam berhujung minggu...
Hujung minggu lah hari nak.lepak2 bersama keluarga kan, hari nak mengemas rumah, n sebagainya.
Hari nie anak sulung saya pepagi dah bangun nak ajak buat kek princess. Hohohoho... mana lah mama pandai. So pagi nie mama buat puding roti sos kastard petang baru kita buat kek or muffin k.

Nie gambar puding yang dah siap n tunggu nak bakar. Hehehhee....gambar tengah buat tak sempat nak snap. Tapi saya akan kongsikan resepi ringkas nie k. Resepi pun g google gak. Hehehehe...

BAHAN-BAHAN : 
- 8keping roti
- 500 ml susu segar *
- 4 sudu besar Gula Halus *
- 2 sudu besar Butter (cairkan) *
- 2 biji Telur *
- 1 sudu teh Esen Vanilla *
- 1 sudu besar Tepung Jagung *
- 1 sudu kecil serbuk Cinnamon *
- 2 sudu besar Kismis
- 2 sudu besar Badam 
(ikut suka nak letak atau tak)

SOS KASTARD ;
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar Tepung Kastard
- 2 sudu besar gula halus

CARA - CARA MEMBUAT;
- Griskan loyang dengan sedikit butter
- Koyakkan roti dan susun di dalam loyang.
- ketepikan sebentar, Gaulkan rata bahan-bahan Bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
- Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
- Taburkan kismis & badam di atas adunan.
- Kemudian bakar pada suhu 180 c - 30 minit atau sehingga masak.
- Untuk buat Sos Kastard ; Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api sehingg agak pekat.
- Kemudian boleh lah potong-potong puding roti yang telah masak tadi dan hidangkan bersama Sos Kastardnya. 

SELAMAT MENCUBA (^_^)


Gambar Puding Roti yang dah siap dibakar.
sos kastard yg dah siap dimasak.. ♡♡♡


Continue Reading

Monday 2 June 2014

{Produk Shaklee} Vitamin E Penyebab Kanser? Betul Ker?

Assalammualaikum....

Hari nie nak share dengan semua mengenai Vitamin E penyebab Kanser, biar betul kan....
Mesti terkejut dengar, bagi mereka yang tiap-tiap hari ambil Vitamin E tu cer tengok kandungan Vitamin E yang korang ambil berapa IU? Semulajadi ker Sintetik?

Jom, saya nak kongsikan serba sedikit fakta mengenai Vitamin E nie. Kenapa ia dikatakan penyebab kanser.

Vitamin E memang tidak boleh diambil secara berlebihan, pengambulan Vitamin E dari bukan sumber semulajadi iaitu Vitamin E Sintetik juga mungkin akan menyebabkan toksid. Ini kerana kurang berupaya diserap tubuh dan menjalankan fungsinya.

Tahukah anda, Vitamin E menjadi pelindung utama bagi tisu-tisu lemak kita, seperti membran sel dan tiup saraf. Ia melindungi DNA dari serangan radiakal bebas, dan inilah kunci sebenar dalam pencegahan kanser. Penyelidikan menunjukkan bahawa kita perlu mengambil lebih banyak Vitamin E sekiranya diet kita itu tinggi dengan lemak politaktepu.

Nutrien-nutrien seperti Vitamin C, E, beta karotena dan berbagai mineral surih, semuanya terbukti sebagai dapat mengurangkan risiko anda daripada diserangi oleh beberapa bentuk kanser.

Bagaimana Pula Dengan Vitamin E Shaklee?







Vitamin E Shaklee adalah vitamin E semulajadi (d-alpha tocoherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate) lengkap dengan extract selenium.
Pengambilan Vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan sempurna dan baik.

Makanlah Vitamin E dari sumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda.
seperti contoh vitamin E semulajadi akan tertulis 'd-alpha tocopherol' manakala vitamin E sintetik akan tertulis ' dl-alpha tocopherol'. Ambillah dari sumber semulajadi supaya lebih mudah diserap berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan, ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan (kanser).

Apakah pilihan anda? Tentunya jadikan sumber semulajadi sebagai pilihan anda. Mungkin Vitamin E Shaklee lebih mahal sedikit berbanding Vitamin E yang berada dipasaran sekarang. Tetapi anda perlu tahu nilai yang perlu anda bayar, adakah kerana hendak jimat pada masa sekarang anda akan menanggung risiko yang besar kemudian hari? Pilihan ditangan anda, jadilah pengguna yang bijak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com


Continue Reading