Wednesday 11 February 2015

{Info Sihat} Khasiat Kacang Botol @ Kacang Kelisa

Ok, hari nie nak cite sikit mengenai khasiat Kacang Botol @ Kacang Kelisa nie. Entry yang lepas saya dah share resepi kerabu Kacang Botol, haaa....mari kita tengok apa khasiatnya pula.
Sumber google : Nie lah rupa kacang botol, kot2 ada yang tak kenal. (^_^)
sumber google : Nie plak pokok kacang botol.
Kalau disebutkan pasal ulam atau sayur sudah pasti ramai yang mengelak. Apakah sebabnya? masyarakat sekarang terutamanya generasi muda kurang meminati makanan berasaskan ulam atau sayur-sayuran. Namun sedarkah kita bahawa tumbuhan-tumbuhan hijau ini banyak menyumbang kepada kesihatan kita. Kali ini saya ingin membawa anda merungkai khasiat disebalik kacang botol.

Kacang botol ini lazimnya dijadikan ulam dalam juadah masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Psophocarpus tetragonolobus merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini. Pokok kacang botol ini tumbuh secara menjalar. Buahnya mempunyai empat cuping dan berwarna hijau muda (muda) dan hijau gelap(tua). Buah kacang botol ini sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.

Khasiat Kacang Botol :
-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
- mempunyai banyak protein.
-daunnya mempunyai 5-7% protein, vitamin A, vitamin C dan garam galian.
-kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
- akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
-daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-mengandungi 30% kandungan karbohidrat.
kredit: infoconer

Haaa...kan, banyak khasiat kacang botol nie tau...rugi sape tak makan. Bukan Pahit pun....sedap lagi adalah buat ulam cicah sambal belacan. Amboi...cakap pun dah terliuq ayer liuq nie. hahahaha.... dah-dah apa tunggu lagi, gie beli kacang botol. Kalu berhajat nak tanam lagi bagus, senang jer dia tumbuh tak cerewet nak jaga. (^_^)

0 comments: