Tuesday 5 May 2015

{My Story} Rezeki Allah Sangat Luas....

Sukar nak kita gambarkan....bila sebut REZEKI tu maksudnya sangat umum. Rezeki yang Allah bagi dalam perlbagai bentuk. Bukan saja dari segi kewangan, tapi juga kesihatan, anak-anak yang bijak dan sihat, keluarga yang bahagia, suami yang penyanyang dan bertangungjawab, tempat kerja yang selesa, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Pernah tak kekadang kita rasa, kita dah sentiasa berdoa moga Allah mohon melimpah ruahkan rezeki kita. Tapi dari segi kewangan yang kita harapkan, datang pula rezeki yang lain. Seperti kesihatan yang baik untuk diri sendiri dan keluarga. Kenapa? Haaa.....kerana itu adalah rahsia Allah dan ada sebab kenapa ia tak melimpah ruahkan rezeki kita dari segi kewangan. Semuanya mempunyai hikmah yang ingin Allah sampai kan kepada kita. 

Sebagai manusia kite perlu sentiasa bersyukur, sedikit atau banyak rezeki yang diterima bukan masalahnya. Kalu kita usaha untuk menambahkan rezeki supaya lebih untuk kita memberi dan membantu orang lain. Inyallah...pasti Allah permudahkan jua segala usaha kita.


0 comments: