Tuesday 16 May 2017

Bagaimana Milk Blister Terjadi?

Milk blister adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu semasa menyusukan bayi. Tanda dengan adanya bintil putih pada puting payudara seperti jerawat yang mengganggu proses penyusuan. Mengapa boleh terjadi milk blister dan bagaimana cara mengatasinya? Berikut ini adalah penjelasan milk blister.

Milk blister berlaku apabila puting mengalami lepuh dan secara semulajadi akan membentuk kulit baru. Dalam proses ini terdapat sisa susu ibu yang akhirnya menutupi pori-pori yang menyebabkan saluran susu tertutup. Kelihatan menyerupai bintil putih (jerawat) yang ditandai dengan rasa sakit yang tidak tertahankan pada kawasan tersebut. Sakit tersebut ditimbulkan kerana saluran susu yang tersumbat dan tidak mencari jalan keluar ketika bayi menyusu.

Penyebab Milk Blister
Penyebab terjadinya milk blister boleh terjadi kerana saluran susu ibu tersumbat. Keadaan susu ibu yang melimpah ataupun tekanan di kawasan tertentu sehingga mengakibatkan terjadinya milk blister. Sedangkan faktor penyebab ke dua adalah pelekapan yang tidak sempurna sehingga ketika bayi menghisap menyebabkan saluran tidak lancar. Sedangkan faktor terakhir boleh disebabkan kerana cara menghisap dan masalah lidah yang lebih disebabkan kerana faktor keadaan bayi. Salah satu masalah lidah yang sering menyebabkan milk blister adalah tongue-tied pada bayi.
Cara Mengatasi Milk Blister

1. Menggunakan Air Panas Suam
Gunakan air panas suam untuk dapat melancarkan kembali proses penyumbatan yang berlaku semasa pemberian susu ibu. Anda boleh membuat tuam dengan tuala setelah selesai menyusukan bayi. Lakukan dengan cara teratur. Boleh juga dilakukan dengan tuam menggunakan larutan air garam untuk membantu membuka liang yang tersumbat.

2. Membersihkan sisa susu ibu
Anda boleh membersihkan pada kawasan yang mengalami milk blister dengan menggunakan tuala kecil. Anda juga boleh menggunakan bantuan perubatan dengan menggunakan jarum yang steril. Anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor untuk melakukan proses tersebut. Ia bertujuan untuk membuka ruang yang tersumbat sehingga dapat mengeluarkan susu semula.

3. Tetap memberikan susu ibu
Anda perlu kerap memberikan susu ibu kepada bayi anda, dengan cara mengepam susu keluar. Bagi mengelakkan terjadinya bengkak susu jika dibiarkan.

4. Konsisten dengan suplemen seperti Vitamin C, Vitamin E dan Nutriferon untuk meningkatkan pertahanan diri dan jarang sakit. Lecithin juga membantu dalam melancarkan pengeluaran susu, dan membantu mengurangkan bengkak susu, serta puting susu tersumbat.

Dengan demikian bagi ibu menyusu, beberapa masalah yang berlaku pada keadaan fizikal ketika menyusukan bayi, sebaiknya segera ketahui punca dan cara mengatasinya agar tidak menghalang proses penyusuan untuk bayi anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: