Monday 25 September 2017

{My Resepi} Popia Pisang Cheese & Nutella

Hujung minggu lepas cuti lama Kak Leen ngan anak-anak dok kat rumah jer. Takde lah nak ke mana-mana, maka idea nak buat aktiviti untuk anak-anak tu pun macam-macam keluar dari otak nie. Hehehhe...

Teringat ada pisang beli untuk makan, kulit popia pun ada, cheesedar ada, nuttela pun ada. Idea pun nak buat Popia pisang cheese pun datang lah.

Anak-anak dara dah besarkan, so kena lah ajar rajin-rajin ke dapur. Tapi bab memasak nie memang anak-anak kak leen semua suka. Dapur tak ler beso mana kan, bila dh reramai jadi sesak ler. Hehehe...

Bahan-bahan nak buat pun mudah. Ajar sekali, anak-anak dah tau nak buat. Tapi bab gulung memang diaorg fail lagi lah. Macam-macam bentuk ada. Ha...tengok je lah pic tu macam mana rupa dia.

Tapi takper, budak-budak dalam proses belajar. So kena tunjukkan apa yg salah dan mana yang betul.

Eh...korang nak resepi ker? Ringkas je resepi dia.

Bahan-bahan:
- Pisang
- Kulit Popia
- Cheesedar
- Nuttella
- Minyak utk mengoreng

Caranya :
- ambil kulit popia tu, sapukan dengan nuttella, letakkan pisang. Pisang nie boleh belah 2 atau 3. Belah memanjang lah. Cari pisang yang comel2 ok lah kan.
- kemudian taburkan cheese atas pisang tadi.
- lipat lah kulit popia tu mcm biasa.
- sapukan sedikit air pada hujung lipatan akhir utk kasi dia melekat. Takde lah terbuka nanti mase mengoreng.
- pastikan minyak betul2 panas baru masukkan popia tersebut. Bila warna dah kekuningan cantik, terus angkat. Tak boleh lama2 sangat tau. Nt pisang jadi terlalu lembik dan cheese cair keluar.
- lepas tu siap untuk dihidang.

Pastikan nak makan tunggu sejuk sikit hokey. Jangan gelojoh sangat nak makan panas2, nanti melecur mulut kena cheese panas. Hehehehe...

Hokey, korang layan lah pic anak-anak Kak Leen nie.

0 comments: