Tuesday 28 January 2014

{Tips Dirumah} Ringkas bagi Ibu bekerja.

Saya nak share tips ringkas bagi ibu-ibu bekerja pasti sempat memasak dirumah. Yang penting kena RAJIN,  ringkas mana pun kalu MALAS semua tak jadi. Betul tak....hahahaha..(^_^)
Macam saya seminggu sekali beli barang-barang basah macam ikan, sotong, udang, daging, ayam, sayur dan sebagainya. Balik rumah siap kan semua potong-potong or siang ikan basuh bersih simpan dalam bekas. Asing-asingkan ikut jenis. Sayur plak saya suka beli sayur yang tahan lama contoh macam kobis, lobak merah, kobis bunga dan lain-lain lagi. Ikut kegemaran masing-masing. Sebab sayur yang jenis macam nie kalu kita simpan dengan baik seminggu dia bleh tahan. Kalu suka sayur jenis berdaun, kena lah beli segar kan. Kalu simpan cepat layu dan tak sedap bila masak. (^_^) 
Ok, bila bahan-bahan basah dah siap sedia macam tu kerja pun jadi mudah. Bahan kering plak, contoh lada kering yang dikisar, bawang merah dan bawang putih dan cili api kisar simpan di dalam bekas yang bertutup di dalam petiais. Boleh simpan lama dan banyak kegunaannya. Boleh buat sambal goreng ikan bilis, boleh goreng nasi, boleh buat sambal telur, sambal ikan dan macam-macam lagi lah. Mudahkan...bila-bila masa nak masak bahan semua dah siap sedia. So jimat lah masa nak prepair bahan-bahan... setakat 1jam je bleh siap semua lauk lah. (^_^)
Saya berikan contoh-contoh gambar yang boleh dijadikan panduan untuk persediaan memasak. Kelihatan lebih teratur dan mudah. Anda hanya perlu buat persediaan pada hujung minggu.
Continue Reading

Monday 27 January 2014

{My Resepi} Laksam Kelantan

Hari minggu yang lepas saya cuba-cuba buat resepi baru. Haa...Laksam Kelantan wei... ingat kan payah sangat. Rupanya senang jer. Resepi pun guna Mr. Google. Hehehe...bahan-bahan dia memang ringkas je dan senang lah. (^_^)
Bahan-bahan :
- laksam saya beli dah siap di pasar.

Bahan A:
- Ikan (direbus)
- Lada hitam (ditumbuk halus)
(Ikan perlu dikisar isinya)
Bahan B:
- Halia
- Bawang Merah / bawang besar
- Bawang putih
- Lengkuas
- cili api (kalu nak tambah pedas)
(Semua bahan dikisar halus)
Bahan C :
- Santan kelapa
- Asam keping/ Asam gelugor
- Garam & gula
Cara- cara memasak: 
♡ Masukkan Santan mengikut kepekatan yang anda mahu. (Saya campurkan sekotak kecil santan + air 1@2cawan).
♡ Kemudian masukkan Bahan A dan bahan B, Kacau sebati dan biarkan sekejap.
♡ Masukkan pula asam keping, garam & gula secukup rasa. kacau sehingga kuah mendidih. 
♡ Siapkan pula bahan-bahan ulam. Yang nie ikut selera sendiri nak letak ulam-ulaman apa. macam saya letak salad, taugeh, timun, bunga kantan, cili potong dan sambal belacan. 
♡ Setelah bahan-bahan ulam siap dan kuah sudah siap dimasak maka boleh lah potong-potong laksam untuk dimakan. (^_^)
Selamat mencuba....










Continue Reading

Wednesday 22 January 2014

{Testimoni} Penangan Alfalfa Memang Best!

22 Januari 2014, sekejap jer kita dah berada di hujung bulan Januari kan... masa berlalu begitu pantas sekali. Blog saya pun kekadang berupdate, kekadang tak...hahaha. Masa nie MALAS begitu besar menguasi diri. Sedang cuba mengatasinya...ohh...tolonggg...
Oklah, nak cite pasal kelebihan Alfalfa nie sebenarnya. Penangan Alfalfa nie memang mengancam tau... Saya dah sharekan banyak kelebihan-kelebihan Alfalfa nie. Saya nak sharekan plak pengalaman saya menggunakan Alfalfa. 
Kalu 2tahun mula-mula saya kenal Alfalfa dalam gabungan vitamin-vitamin untuk ibu menyusu. Lepas stop menyusu anak saya pun kekadang makan Alfalfa nie. Kalu ingt makan, tak ingat tak ler makan. Hahaha.... makin lama makin ditinggalkan si Alfalfa nie sebab dah banyak sangat vitamin nak ditelan. Saya pun konsentrait vitamin untuk kempiskan perut. Heheheh...nak dapatkan berat badan ideal kononnya. 
Bulan Oktober 2013 saya ambil semula Alfalfa. Sehari saya telan 5biji sebelum sarapan. Maksudnya sebelum nak kuar rumah gie keje saya telan Alfalfa dulu. Tak jadi masalah sebab Alfalfa nie macam fiber gak. Dia kembang dalam perut. Hehehe...tapi sarapan tetap kena sarapan kan. Mana bleh tinggal. Saya amalkan alfalfa nie selama lebih kurang 2 bulan lebih. Sampai hujung bulan Disember 2013 period tak datang-datang plak. Huishhh....suspen wei, lepas 10hari tak datang macam leh confirm je nie... Jeng! Jeng!....masa tu tak de lah nak mengharapkan. So tunggu sampai hari ke 14 baru check urin. 
Ohhhh....bila check urin naik 2 line, syukur Alhamdulillah... tapi macam yea tak yea juga ler. Dalam hati nie penuh suspen, yea ke aku ngandung, yea ke ek.... hahahaha. Dipendekkan cite... memang ada plan nak ngandung tapi setelah 2,3 kali percubaan gagal maka hatiku tak ler nak mengharap sangat. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik dan bila rezeki yang dia nak bagi untuk hambanya. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang je. Betul tak? 
Antara vitamin-vitamin yang saya amalkan, basic macam B com, Vitalea, Vitamin C, Ostea. Yang nie memang tak penah tinggal. Saya ada gak ambil ESP, Cinch Tea Mix, GLA, Omega dan Alfalfa. Syukur Alhamdulillah....mungkin kesihatan yang baik juga membantu tahap kesuburan kita menjadi lebih baik. Kita juga yang mampu merancang selebihnya Allah yang maha mengetahui.... 
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Saturday 4 January 2014

{My Resepi} : CHEESEKUT Mamaleen

Hari minggu nie memang dok umah je. Siap kemas umah memasak semua tengok tv plak. Tetiba petang hujan-hujan nie terasa nak makan yang best-best. Haaa....baru saya teringat, hari tu ada beli bahan-bahan nak buat cheesekut. Hehehe.... resepi dia ringkas je. Sebelum nie selalu serve blog-blog orang lain tengok resepi cheesekut. So hari nie meh kita cuba... (^__^)
Bahan-bahan :
~ Biskut Cream Creaker (kalu nak guna biskut lain pun bleh.)
~ Susu pekat
~ Fresh milk
~ Cream cheese (tak kisah jenama apa korang nak. Hehehe)
Caranya:
● Campurkan Cream Cheese + 1/4 tin susu pekat (ikut korang nk manis macam mana. Kalu tak nak manis sangat bleh letak ikut suka) + 4@5 sudu besar fresh milk (agak-agak lah yea jangan cair sangat plak)  Kacaukan semua kasi sebati. Siapa nk masuk dalam mixer bleh ler. Tapi guna tangan kacau-kacau macam tu pun dah ok. (^__^)
● Setelah sebati semuanya, ambil biskut cream creaker celupkan dalam fresh milk dan susu kan dlm bekas. Celup biskut tu jap je jangan lelama kang lembik plak.
● Selepas dah celup dan susun biskut tu, letak kan cream cheese selapis atas biskut. Ulang semula celup dan susun biskut dan letak kan cream cheese tersebut. Ulang sehingga habis.
● Kemudian, masuk kan cheesekut tadi ke dalam peti sejuk sehingga dia agak keras sikit baru lah dihiaskan dan dipotong. Nak hias dengan apa-apa ikut suka. Strawbery ke, kiwi ke, anggur ker, milo tabur ker, nestum ke, coklat ke...ha macam- macam ler... ikut selera masing-masing. (^__^)
Continue Reading

{Produk Promo} New Year Promo Shaklee Alfalfa buy 6 Free 1

Hari nie baru sempat nak cite pasal promo Shaklee untuk Januari 2014. Ramai yang dah tahu gak promo apa kan, tentunya Alfalfa raja segala tumbuhan. Ia juga mempunyai 1001 macam khasiat.
 ALFALFA COMPLEX BUY 6 FREE 1 dengan penjimatan yang berganda-ganda.

Alfalfa Shaklee menjadi pilihan ramai dan sesuai untuk semua peringkat umur. 



Anda ingin dapatkan harga promo penjimatan berganda-ganda?
Mamaleen SID 867126
SMS/Whatapp : 0192691158
FB page : mamaleensihat
Continue Reading

Friday 3 January 2014

{Testimoni} Part 2 : Bila Anak Terkena Chicken Pop

Selamat Tahun Baru Semua....
Harap dengan tahun baru penuh azam yang berkobar-kobar. Minggu pertama awal tahun nie ramai yang cuti untuk urusan daftar sekolah anak-anak yea tak? Saya pun sama...hehehe. 

Ok nak sambung cite pasal perkembangan dan kesan kepada anak saya setelah ambil Shaklee semasa dia terkena chickenpox. Hari pertama dah keluar sikit-sikit saya terus bagi dia Nutriferon + mealshakes campur dalam susu dia. Hari kedua dah banyak-banyak keluar, saya tetap teruskan bagi Nutriferon + mealshakes. Alhamdulillah....anak saya tak demam langsung bila kena chickenpox. Malah aktif macam tak sakit pun, tapi bila aktif dan berpeluh nie mula lah gatal-gatal kan. Yang tak bestnya dia asyik mengarulah... petang hari kedua tu saya dah cuba lap kan badan dia dengan air yang dicampur dengan beberapa tituk basic H. Ada orang kata jangan kena air chickenpox nie nt lagi banyak. So try n error. (^_^) Hari ke 3 plak, saya nampak chickenpox dia dah mengecut sikit-sikit. Saya lap kan juga dengan basic H dan tetap bagi Nutriferon + mealshakes untuk dia minum. Hari ke 4, alhamdulillah....semakin banyak chickenpox dia mengecut dan bekas-bekas chickenpox tu semakin kering. Masuk hari ke 5, syukur semua bekas chickenpox dah kering termasuk dibahagian kepala. Kat kepala nie teruk sikit sebab dia garu dan jadi luka yang besar plak. Adoiii...

Saya syampoo kan kepala anak saya dengan hanya 1@2titik basic H. Mandi dan rendamkan dia dengan air basic H. Alhamdulillah....kering sepenuhnya hanya dibahagian kepala yang lambat sikit kering sebab dia selalu berpeluh dan keadaan kepala lembab je. Bekas chickenpox lambat sikit kering. 

Sekarang dah masuk hari ke 13. Dah sihat cuma ada bekas-bekas chickenpox yang digaru jadi luka dan berbekas sikit. Alhamdulillah....anak saya yang no 2 nie memang tak banyak ragam dan masa kena chicken pox makan tetap berselera. Hehehehe.... 

Jom saya share beberapa gambar sebelum dan selepas dia terkena chickenpox.

Continue Reading