Tuesday 13 May 2014

Familyday Team Surijunior

Assalammualaikum....

Selamat bercuti, hari cuti biasanya saya memang tak rehat sangat. Mengemas rumah memang jadi hobi dah, lagi satu memang tak suka tengok rumah bersepah. Hahahaha....

Oklah, nak cite pasal familyday Team Surijunior nie, lama plak saya peram gambar nak post tak menyempat jer. Ohh...pengasas utama team Surijunior nie ialah Master Farihah Abu Kasim. 'Mak' Shaklee saya... kali nie kami buat familyday di Pulau Pinang... Lama dah tak gie Penang nie, last masa lepas berkhawin. Hehehe....

Plan kami berbincang sesama AJK Familyday semua melalui whatsapp & telegram jer, sebab masing-masing jauh2. Lebih kurang 3bulan perancangan semua berjalan dengan lancar. Macam2 aktiviti yang kite orang buat, dari sesi menimba ilmu sehingga ke aktiviti sukanneka bersama suami dan anak-anak.

Kiteorang buat selama 2hari 1malam di Rainbow Paradise Hotel, Tanjung Bunggah, Penang. Hotel nie memang sangat selesa dan besar bilik dia. Puas hati lah, paling yang saya tak boleh lupakan ialah teh tarik dia, ermmm mabeles betul. Hahahaha....
Tak sempat plak nak snap pic teh tarik tu.

Ok, jom saya kongsikan pic sepanjang aktiviti kami kat sana, seronok wei... hihihihi.












Dah puas tengok gambar? Hahahaha....saya lah mak yong yang tak sedar diri. Mengandung pun sibuk bersukanneka. Apapun kiteorang happy sangat sebab semuanya berjalan lancar, nie baru sebahagian keluarga team Surijunior berkumpul. Ramai lagi yang tak dapat join. Insyallah...tahun depan moga semuanya dapat join dan bertambah meriah lagi. 😙😙😙







Continue Reading

{Promo} Mealshakes Pilihan Ramai Ibu-Ibu untuk Anak-anaknya

Assalammualaikum.....
Hai....apa kabar semua. Hari nie dah masuk 7 Mei 2014. Sekejap je kan dah nak setengah tahun. Tak lama lagi puasa lak tu. Haaa....ada yang dah ganti puasa lum?
Jangan buat-buat lupa plak yea... dosa nanti. Hehehe.
Oklah nak cite ngan korang semua, bulan Mei nie Shaklee promo Mealshakes beli 6 tin percuma 1tin. Memang berbaloi-baloi lah bagi saya yang mempunyai 2orang anak nie.

Apa yang best sangat dengan Mealshakes Shaklee nie?
Mealshakes nie perisa vanilla, dia lengkap dengan keperluan nutrisi terutama bagi anak-anak yang kurang selera makan kan. Kalu kanak-kanak kurang selera makan atau memilih makan macam mana dia nak dapat khasiat yang cukup untuk tumbesaran mereka.

Lagi satu, Mealshakes nie bukan hanya khusus untuk kanak-kanak saja. Dia sesuai untuk semua peringkat umur. Orang dewasa, orang tua(yang tiada diabetis), kanak-kanak, remaja. 

Sesuai untuk diambil ketika sarapan atau mengantikan sarapan pagi. Lagi satu sesuai bagi mereka yang payah nak menelan tablet/pil vitamin.
Sehari sekali je lah ambil, tak payah bebanyak kali. Kalu macam anak-anak saya, 1scoop susu tu dh memadai, bancuh dengan susu mereka. Lagi syok diaorg minum, kekadang bancuh dengan milo sejuk. Perrhhhh....sedap wei. Hehehe....




JIka anda nak dapatkan produk Shaklee boleh 
pm FB page mamaleensihat / sms@ whatsapp 0192691158
Continue Reading