- Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. Baca lebih lanjut mengenai makan di gerai semasa hamil.
- Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
- Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya.
- Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
- Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
- Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
- Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
- Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.
Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.
Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.
Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.
Bincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen khas untuk anda sekiranya anda:
- seorang vegetarian tegar;
- menghidap kencing manis atau diabetes gestasi;
- mengalami praeklampsia;
- menghidap anaemia;
- pernah melahirkan bayi dengan berat badan kelahiran yang rendah.
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh
PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com