Tuesday, 13 May 2014

Familyday Team Surijunior

Assalammualaikum....

Selamat bercuti, hari cuti biasanya saya memang tak rehat sangat. Mengemas rumah memang jadi hobi dah, lagi satu memang tak suka tengok rumah bersepah. Hahahaha....

Oklah, nak cite pasal familyday Team Surijunior nie, lama plak saya peram gambar nak post tak menyempat jer. Ohh...pengasas utama team Surijunior nie ialah Master Farihah Abu Kasim. 'Mak' Shaklee saya... kali nie kami buat familyday di Pulau Pinang... Lama dah tak gie Penang nie, last masa lepas berkhawin. Hehehe....

Plan kami berbincang sesama AJK Familyday semua melalui whatsapp & telegram jer, sebab masing-masing jauh2. Lebih kurang 3bulan perancangan semua berjalan dengan lancar. Macam2 aktiviti yang kite orang buat, dari sesi menimba ilmu sehingga ke aktiviti sukanneka bersama suami dan anak-anak.

Kiteorang buat selama 2hari 1malam di Rainbow Paradise Hotel, Tanjung Bunggah, Penang. Hotel nie memang sangat selesa dan besar bilik dia. Puas hati lah, paling yang saya tak boleh lupakan ialah teh tarik dia, ermmm mabeles betul. Hahahaha....
Tak sempat plak nak snap pic teh tarik tu.

Ok, jom saya kongsikan pic sepanjang aktiviti kami kat sana, seronok wei... hihihihi.












Dah puas tengok gambar? Hahahaha....saya lah mak yong yang tak sedar diri. Mengandung pun sibuk bersukanneka. Apapun kiteorang happy sangat sebab semuanya berjalan lancar, nie baru sebahagian keluarga team Surijunior berkumpul. Ramai lagi yang tak dapat join. Insyallah...tahun depan moga semuanya dapat join dan bertambah meriah lagi. 😙😙😙







Continue Reading

{Promo} Mealshakes Pilihan Ramai Ibu-Ibu untuk Anak-anaknya

Assalammualaikum.....
Hai....apa kabar semua. Hari nie dah masuk 7 Mei 2014. Sekejap je kan dah nak setengah tahun. Tak lama lagi puasa lak tu. Haaa....ada yang dah ganti puasa lum?
Jangan buat-buat lupa plak yea... dosa nanti. Hehehe.
Oklah nak cite ngan korang semua, bulan Mei nie Shaklee promo Mealshakes beli 6 tin percuma 1tin. Memang berbaloi-baloi lah bagi saya yang mempunyai 2orang anak nie.

Apa yang best sangat dengan Mealshakes Shaklee nie?
Mealshakes nie perisa vanilla, dia lengkap dengan keperluan nutrisi terutama bagi anak-anak yang kurang selera makan kan. Kalu kanak-kanak kurang selera makan atau memilih makan macam mana dia nak dapat khasiat yang cukup untuk tumbesaran mereka.

Lagi satu, Mealshakes nie bukan hanya khusus untuk kanak-kanak saja. Dia sesuai untuk semua peringkat umur. Orang dewasa, orang tua(yang tiada diabetis), kanak-kanak, remaja. 

Sesuai untuk diambil ketika sarapan atau mengantikan sarapan pagi. Lagi satu sesuai bagi mereka yang payah nak menelan tablet/pil vitamin.
Sehari sekali je lah ambil, tak payah bebanyak kali. Kalu macam anak-anak saya, 1scoop susu tu dh memadai, bancuh dengan susu mereka. Lagi syok diaorg minum, kekadang bancuh dengan milo sejuk. Perrhhhh....sedap wei. Hehehe....




JIka anda nak dapatkan produk Shaklee boleh 
pm FB page mamaleensihat / sms@ whatsapp 0192691158
Continue Reading

Thursday, 24 April 2014

{PROMO} Ostematrik bukan sekadar kalsium biasa....

Assalammualaikum.....

Hai uoll....lama plak tak berupdate blog saya nie. Maaf yea sebab keadaan yang tak berapa mengizinkan. Al maklum lah orang berbadan dua nie macam-macam alahan dia. Hehehe....
Oklah...nak cite kat semua nie, sekarang bulan April so produk yang ditawarkan buy 6 free 1 ialah Ostematrik! Wow!!! Memang best lah...my febret vitamin tu.

Oklah saya nak cite kelebihan Ostematrik kenapa menjadi pilihan saya.
Saya mula mengenali Ostematrik semasa kelahiran anak saya yang ke 2. Lepas 4bulan bersalin masalah susu merundum. Saya terbuka hati nak cuba supplement Shaklee. Untuk memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan saya disamping membantu saya lebih sihat dan bertenaga.

Pada masa itu saya memgambil vitamin seperti ESP, B complex, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrik. 
Alhamdulillah...segala masalah yang saya alami beransur-ansur ok. Saya selalu mengalami sembelit, sakit kepala, sakit belakang. So bila dah ambil vitamin-vitamin nie sebagai suplemen tambahan saya setiap hari, memang saya rasakan perubahan-perubahan kesihatan saya semakin baik. Badan rasa lebih bertenaga dan lebih sihat rasanya. (^_^)

 Kebetulan bulan April nie kalu beli 6 botol Ostematrik dapat Free 1 botol (jimat RM61.00), memang saya tak lepas peluang nie untuk beli buat stok sendiri makan. Ada gak kekawan yang dah mengamalkan Ostematrik nie beli untuk kegunaan sendiri dan berikan untuk ibu bapa mereka. 

Jom kepada sesiapa yang nak cuba Ostematrik nie, memang saya sangat syorkan kepada anda semua. Terutama bagi mereka yang tak gemar minum susu. Hanya berbaki 7hari jer lagi untuk bulan nie. Rugi kalu tak dapatkan... 

boleh PM Leen di FB mamaleensihat
atau sms@whastapp 0192691158
Continue Reading

Tuesday, 18 March 2014

{Tips Kesihatan} Bagaimana Mengatasi Masalah Sembelit Ketika Hamil?

Masalah sembelit ketika hamil memang seram, sebab sembelit boleh menyebabkan buasir plak. adoiii....macam mana boleh terjadi sembelit nie?

Haaa...sebab perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu sistem-sistem lain dalam badan.

Bagi ibu-ibu hamil, masalah sembelit ketika hamil jangan dipandang remeh, kerana jika anda tidak membuang dalam masa lebih 3 hari akan menyebabkan najis anda kering dah lebih sukar untuk dibuang. Perlu meneran dengan lebih kuat, ia membahayakan dan juga akan menyebabkan buasir yang teruk.

Bagaimana nak mengatasi masalah sembelit nie?

  1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
  2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
  3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½  hingga 2 liter sehari semalam
  4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Selain itu, ibu hamil juga digalakkan mengambil makanan berserat seperti sayur-sayuran, buah-buahan. Banyakkan juga mengambil air masak dan juga jus buah-buahan. JIka sembelit tidak berkurangan anda juga boleh dapatkan nasihat doctor. Atau anda juga boleh mencuba cadangan Supplement Shaklee untuk ibu hamil yang juga mampu melawaskan.

Antara cadangan Supplement Shaklee untuk ibu hamil mengatasi sembelit,

Vitalea :  multivitamin semulajadi yang tertua di dunia. Juga mempunyai lebih 28 jenis keperluan vitamin di dalam tubuh badan kita. Selain itu memberikan tenaga serta kesihatan yang baik untuk ibu dan bayi.

Vitamin C :Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

Osteamatrik : Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik. Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus/ menghalang endapan kalsium, melarut dan megurangkan formasi batu karang atau batu hempedu . Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

B complex : Menukar makanan kepada tenaga. membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protien kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan.























Continue Reading

Tuesday, 28 January 2014

{Tips Dirumah} Ringkas bagi Ibu bekerja.

Saya nak share tips ringkas bagi ibu-ibu bekerja pasti sempat memasak dirumah. Yang penting kena RAJIN,  ringkas mana pun kalu MALAS semua tak jadi. Betul tak....hahahaha..(^_^)
Macam saya seminggu sekali beli barang-barang basah macam ikan, sotong, udang, daging, ayam, sayur dan sebagainya. Balik rumah siap kan semua potong-potong or siang ikan basuh bersih simpan dalam bekas. Asing-asingkan ikut jenis. Sayur plak saya suka beli sayur yang tahan lama contoh macam kobis, lobak merah, kobis bunga dan lain-lain lagi. Ikut kegemaran masing-masing. Sebab sayur yang jenis macam nie kalu kita simpan dengan baik seminggu dia bleh tahan. Kalu suka sayur jenis berdaun, kena lah beli segar kan. Kalu simpan cepat layu dan tak sedap bila masak. (^_^) 
Ok, bila bahan-bahan basah dah siap sedia macam tu kerja pun jadi mudah. Bahan kering plak, contoh lada kering yang dikisar, bawang merah dan bawang putih dan cili api kisar simpan di dalam bekas yang bertutup di dalam petiais. Boleh simpan lama dan banyak kegunaannya. Boleh buat sambal goreng ikan bilis, boleh goreng nasi, boleh buat sambal telur, sambal ikan dan macam-macam lagi lah. Mudahkan...bila-bila masa nak masak bahan semua dah siap sedia. So jimat lah masa nak prepair bahan-bahan... setakat 1jam je bleh siap semua lauk lah. (^_^)
Saya berikan contoh-contoh gambar yang boleh dijadikan panduan untuk persediaan memasak. Kelihatan lebih teratur dan mudah. Anda hanya perlu buat persediaan pada hujung minggu.
Continue Reading