Tuesday 28 January 2014

{Tips Dirumah} Ringkas bagi Ibu bekerja.

Saya nak share tips ringkas bagi ibu-ibu bekerja pasti sempat memasak dirumah. Yang penting kena RAJIN,  ringkas mana pun kalu MALAS semua tak jadi. Betul tak....hahahaha..(^_^)
Macam saya seminggu sekali beli barang-barang basah macam ikan, sotong, udang, daging, ayam, sayur dan sebagainya. Balik rumah siap kan semua potong-potong or siang ikan basuh bersih simpan dalam bekas. Asing-asingkan ikut jenis. Sayur plak saya suka beli sayur yang tahan lama contoh macam kobis, lobak merah, kobis bunga dan lain-lain lagi. Ikut kegemaran masing-masing. Sebab sayur yang jenis macam nie kalu kita simpan dengan baik seminggu dia bleh tahan. Kalu suka sayur jenis berdaun, kena lah beli segar kan. Kalu simpan cepat layu dan tak sedap bila masak. (^_^) 
Ok, bila bahan-bahan basah dah siap sedia macam tu kerja pun jadi mudah. Bahan kering plak, contoh lada kering yang dikisar, bawang merah dan bawang putih dan cili api kisar simpan di dalam bekas yang bertutup di dalam petiais. Boleh simpan lama dan banyak kegunaannya. Boleh buat sambal goreng ikan bilis, boleh goreng nasi, boleh buat sambal telur, sambal ikan dan macam-macam lagi lah. Mudahkan...bila-bila masa nak masak bahan semua dah siap sedia. So jimat lah masa nak prepair bahan-bahan... setakat 1jam je bleh siap semua lauk lah. (^_^)
Saya berikan contoh-contoh gambar yang boleh dijadikan panduan untuk persediaan memasak. Kelihatan lebih teratur dan mudah. Anda hanya perlu buat persediaan pada hujung minggu.

0 comments: