Wednesday, 26 April 2017

{Info Shaklee} New Shaklee Home Office di Sunway Geo

Waahh...memang teruja sangat bila tengok New Shaklee Home Office nie. Mana taknya konsep yang mesra pelanggan dan duduk di level bawah memudahkan lagi untuk dikunjungi.
Rasa tenang jiwa bila masuk ke HQ Shaklee yang baru nie. Dah masuk memang terujalah nak shopping sakan kat situ. Isshhhh...urut dada jer lah kak leen. hahahah....

Dan sabtu nie akan ada pelancaran secara rasmi di Shaklee Home Office. Pada masa yang sama, akan ada National Conference yang akan berlangsung di Sunway Resort Hotel. Memang best sangat, sebab ada lucky draw dengan hadiah-hadiah menarik lebih dari RM5000 tau.

Jom kak leen belanjer pic kat home office shaklee nie.









Haaa....uolls tengok rasa teruja tak? 
Kak leen memang memang teruja habislah. Nak join gie Shaklee home office?
Jangan lupa sertai kami.

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Kak Leen 
0192691158
----------------------------------------------------------------------------------------
Continue Reading

Tuesday, 25 April 2017

{INFO SIHAT} STRESS BOLEH MENGAKIBATKAN KANSER?


Ha? ye ker? macam mana stress boleh mengakibatkan KANSER?
Ini ialah kerana stress secara tak langsung melemahkan sistem imuniti badan kita. Bila kita stress atau rasa tertekan ada diantara kita tak lalu makan  atau terlebih makan atau makan makanan yang tidak berkhasiat. Senaman juga diabaikan. Ada juga yang tak cukup tidur, badan tak cukup rehat dan  rasa letih. Semua faktor-faktor ini jika berpanjangan memudaratkan kesihatan kita.


Oleh itu amatlah penting sekali kita mencari cara-cara untuk mengurangkan stress atau tekanan kehidupan.  Salah satu cara yang baik ialah dengan bersenam. Lakukanlah senaman seperti taichi atau pilates sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Jika anda tidak punyai banyak waktu, lakukanlah kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop dan mengemas rumah. Dengan cara ini bukan saja badan banyak bergerak tetapi rumah anda juga lebih bersih dan teratur. Bila rumah bersih fikiran pun tenang dan secara tak langsung stres dapat dikurangkan.

Berkebun juga satu kegiatan yang amat baik kerana ia membantu kita mencapai ketenangan dengan menghayati kehijauan alam semulajadi dan udara yang segar. Vitamin D yang didapati dari sinaran matahari juga dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh. Bila tanaman yang kita tanam mula berbunga dan berbuah, kita akan rasa gembira dan dengan cara ini stress dapat dikurangkan.

Menunggang basikal, berjogging dan berjalan juga merupakan senaman yang baik yang dapat bantu kita mengurangkan stress serta meningkatkan taraf kesihatan kita. Namun bagi mereka yang sibuk bekerja dan malas bersenam, cubalah letak kereta anda jauh sikit daripada pejabat dan cuba gunakan tangga daripada naik lif. Dengan cara ini , anda terpaksa berjalan untuk pergi ke pejabat dan balik dari pejabat.

Bagi yang beragama islam pula bersolat dan berdoa merupakan cara yang baik untuk mengurangkan stress, kerana tidak ada yang lebih baik daripada tuhan untuk membantumu didalam kesusahan. Bersolatlah dan dengan ikhlas hati dan berdoalah dengan tawaduk memohon pertolongan illahi. Bangkitlah disepertiga malam dan lakukanlah solat tahajud. Faedah solat tahajud amat banyak sekali. Menurut Dr Muhammad Soleh, pensyarah IAIN Surubaya solat tahajud yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan secara tak langsung menghindari penyakit seperti kanser.


Amalkanlah cara hidup yang sihat dan kurangkan stres dalam hidup. Jaga permakanan dan teruskan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin b17 seperti biji aprikot. Jangan lupa mengambil banyak sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya dengan vitamin untuk tingkatkan sistem imunisasi anda. Dengan izin Allah anda dapat sembuh dari kanser.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Bagi mencuba cadangan vitamin shaklee untuk masalah stress, boleh terus whatsapp 
Kak Leen 0192691158 ;)

Continue Reading

Sunday, 9 April 2017

5 KATEGORI PERUT BUNCIT BAGI WANITA

Hai...
Hari nie kak leen nak cite pasal kategori perut buncit. Kalu sebut pasal perut nie memang ada yang sensetif tau. Hehehe....

Terutama kita kaum wanita nie. Malu kan bila orang kata perut macam hamil 3bulan. Padahal tidak pun. Nie yang kak leen nak cite nie.

Rupanya perut buncit nie ada 5 kategori. Hokey mula Kategori pertama, PERUT PIR

Individu ini miliki pinggang yang ramping, tapi bahagian perut bawah lebih besar selain ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga punya lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha. Ia akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.

Sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon. Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila baligh selain turut mencipta punggung dan paha yang bulat, serta menyediakan lemak sewaktu hamil.

Jika sel-sel lemak di bahagian ini, yang sensitif untuk hormon wanita, dihasilkan secara berlebihan, bberat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan bentuk tubuh seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.

Kategori yang ke dua, PERUT IBU.

haa...yang nie terutama bagi mereka yang lepas bersalin.
Tiga bulan atau lebih selepas bersalin perut akan kelihatan seperti masih hamil.

Bahagian perut kendur, tiada bentuk dan ada yang menggeleber. Perut yang tidak rata selepas bersalin terjadi kerana sewaktu hamil dan melahirkan, otot-otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi.

Setelah bersalin, kedua sisi otot seharus secara semula jadi bersatu. Jika ini tidak terjadi, perut akan kelihatan besar dan buncit. Sebahagian masalah ini akan diatasi sendiri selepas bersalin dan ada juga yang mengambil masa lima hingga tujuh bulan.

Hokey kategori ke tiga, PERUT TIROID.

Yang nie kena merujuk pada doktor jika ada mengalami keadaan demikian.

Penyakit tiroid bukan hanya menyebabkan bahagian perut wanita saja membesar tapi bahagian tubuh lain juga akan kelihatan membengkak termasuk lengan dan kaki.

Dapatkan pemeriksaan bila melihat perut dan bahagian tubuh lain anda dalam keadaan begini.

Tanda-tanda tiroid yang harus diawasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat

Kategori yang ke empat, PERUT STRESS

😜😄
jangan gelak plak, ingat perut tak stress ker, korang makan main sumbat je macam-macam. Makan pun tak nyempat nak kunyah, main telan jer. Mana tak stress perut, dia plak nak tolong hancurkan makanan tu. 😅 hahaha....

Sebenarnya, ia berkaitan bila korang stress dan takde aktiviti fizikal dilakukan semua lebihan tenaga tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak.

Cara nak mengatasinya ialah dengan mengawal tahap stress dan tidur yang cukup. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.

Hokey?
Yang nie biasa ramai gak yang alamikan. 😁

Kategori yang terakhir, iaitu PERUT KEMBUNG.

Biasa dengar perut kembung sebab salah makan, atau banyak angin kan.

Tapi yang nie lain tau.
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah.

Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas.

Namun, jika bakteri usus mengalami kesukaran menghancurkan makanan tertentu, ia akan melakukan fermentasi, menghasilkan lebih banyak gas yang akhirnya mendorong dinding perut menonjol ke arah luar.

Ha....tu sebab makan bagus kunyah sehingga hancur, baru telan. 😅

Hokey, dah taukan yang mana kategori korang? So tau dah macam mana nak mengatasinya. Jaga pemakanan dan juga rajin-rajin sikit buat senaman. 😘💁
Continue Reading