Monday 23 April 2018

CARA PENJAGAAN LUKA BERSALIN - Mamaleenshop

CARA PENJAGAAN LUKA BERSALIN

CARA PENJAGAAN LUKA BERSALIN

Bersalin normal atau pun secara pembedahan, pasti akan risau tentang penjagaan luka selepas bersalin. Macam Kak Leen sendiri pernah mengalami dua-dua situasi ini. Secara pembedahan semasa anak yang pertama, dan secara normal dari anak ke 2 sehinggalah ke 4. 

Penjagaan luka bersalin secara normal rasanya lebih mudah dari bersalin ceaser. Sakit pun berlainan rasa. hihihi... 

Tapi pengalaman tu banyak membantu Kak Leen macam mana nak jaga luka selepas bersalin dengan baik. Selain pengambilan makanan semasa berpantang, pergerakan juga perlu dijaga. Penjagaan luka juga perlu ikut seperti yang diberitahu oleh pihak doktor atau nurse. 

ok, di sini ada beberapa cara penjagaa luka yang boleh jadi panduan untuk anda semua terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan bayi. 
1. Pad Ais
Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2. Pastikan Kawasan Perineum Bersih
Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kencing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

3. Pastikan Ia Kering
Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
4. Jangan Duduk atau Berbaring Terlalu Lama
Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

5. Semasa Buang Air Besar
tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

6. Dapat Pil Penahan Sakit Sekiranya Sakit
Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

7. Elak dari Sembelit
Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
8. Sitz Bath
Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

9. Senaman Pelvic Floor
Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

10 Pastikan Tiada Jangkitan Kuman
Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
11. Jangan Percaya Pada Mitos
Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
Continue Reading

Tuesday 17 April 2018

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL - Mamaleenshop

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL
Kami senaraikan 7 jenis makanan yang ibu-ibu hamil perlu masukkan dalam diet mereka untuk kesihatan bayi dalam kandungan.
1. TELUR

Nutrien: Telur merupakan sumber protein pra-natal yang terbaik. Hal ini demikian kerana telur kaya dengan zat-zat seperti folat, zat besi dan kolina.

Manfaat Kesihatan: Telur baik untuk anda dan juga anak anda kerana telur bukan saja bahan yang murah dan mudah untuk didapati malah kaya dengan sumber protein serta kolina. Kolina ialah nutrien penting dalam perkembangan otak janin di samping mengurangkan risiko kecacatan tiub otak seperti spina bifida.

2. YOGURT

Nutrien: Kebanyakan ibu mengandung memilih untuk minum susu kerana menganggap susu mempunyai kandungan kalsium tinggi. Sebenarnya, yogurt mempunyai kandungan kalsium tertinggi di samping mengandungi nutrien pembinaan tulang seperti protein, vitamin B dan zink.

Manfaat Kesihatan: Kalsium penting dalam memastikan gigi dan tulang ibu kekal sihat disamping membantu pertumbuhan gigi dan tulang janin. Jika ibu-ibu hamil tidak mempunyai kadar pengambilan kalsium yang tinggi, maka mereka akan meletakkan kesihatan mereka dan juga bayi dalam risiko.

Ibu hamil perlu mengambil tiga hidangan kalsium sehari untuk mengurangkan kadar kelahiran kurang berat dan kelahiran pramatang.

3. IKAN SALMON

Nutrien: Ikan kaya dengan minyak ini merupakan sumber asid lemak omega-3 dan protein yang tinggi.

Manfaat Kesihatan: Jika anda sertakan ikan salmon dalam diet anda sepanjang anda mengandung selama sembilan bulan, otak anak anda akan berkembang dengan sangat baik. Ikan salmon kaya dengan asid lemak omega 3 seperti DHA dan EPA yang dikatakan dapat meningkatkan IQ bayi, skil motor yang tinggi dan merendahkan kebarangkalian untuk menghadapi masalah neurologi nanti.

Selain itu, omega 3 juga dikatakan bagus untuk pembentukan mata bayi. Anda tak perlu risau tentang bahaya makan makanan laut kerana ikan salmon mempunyai kandungan merkuri yang rendah. Oleh itu, ikan ini selamat untuk dimakan sebayank dua hidangan seminggu.


4. KEKACANG

Nutrien: Snek rangup dan mudah ini kaya dengan lemak sihat termasuklah omega 3, protein, serat dan beberapa jenis vitamin serta mineral. Selain itu, makan 800 miligram kacang memberikan keperluan nutrien magnesium yang anda perlu semasa mengandung.

Jika anda tak sukakan kacang dan lebih suka masukkan kacang dalam makanan anda, anda boleh memilih untuk masukkan dalam masakan anda seperti sayuran berkacang dan lentil. Sayuran kacang ini merupakan sumber protein, zat besi, folat, serat dan kalsium serta zink.

Manfaat Kesihatan: Makan sebanyak suku cawan kacang seperti badam mengandungi 98 miligram magnesium. Di samping itu, makanan kekacang boleh dijadikan sebagai snek apabila anda berasa lapar. Selain itu, kacang juga menjadi pilihan alternatif protein yang terbaik untuk ibu-ibu yang mengamalkan diet vegetarian. Kekacang juga kaya dengan zink yang mengurangkan kadar risiko kelahiran pramatang, kelahiran berat kurang dan tempoh bersalin yang lama.

5. BAYAM

Nutrien: Sayur hijau seperti bayam kaya dengan antioksidan dan nutrien. Bukan saja bayam malam sayuran hijau lain seperti brokoli, daun kobis, asparagus juga kaya dengan nutrien tersebut.

Manfaat Kesihatan: Makanan hebat ini penting untuk ibu-ibu mengandung dan janin yang sedang membesar. Selain daripada antioksidan, sayuran hijau juga kaya dengan kalsium, potasium, serat dan folat serta vitamin A. Vitamin A bagus dalam perkembangan penglihatan bayi disamping pertumbuhan kulit dan tulang bayi. Kalau anda tak lalu, makan sayur hijau, gantikan dengan oren.


6. PATI MINYAK IKAN (OMEGA 3)

Nutrien: Pati minyak ikan selalunya diambil daripada hati ikan haruan. Minyak ini kaya dengan asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Manfaat Kesihatan: Selain daripada asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak janin, pati minyak ikan ini juga mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi, Kekurangan vitamin D dalam badan boleh meningkatkan risiko penyakit preeklampsia. Makan satu sudu besar minyak ikan sehari untuk menadapatkan pengambilan omega 3- vitamin D dan A harian anda.

7. JUS OREN

Nutrien: Jus oren kaya dengan folat, potasium dan vitamin C.

Manfaat Kesihatan: Folat dan asid folik sangat penting kerana mengelakkan kecacatan semasa kandungan. Oleh itu, dinasihatkan untuk ibu-ibu hamil untuk mendapat 600 mikrogram sehari. Selain itu, kandungan potasium dalam jus oren membantu mengekalkan fungsi otot, metabolisme dan kesihatan menyeluruh anda. Bagi bayi anda pula, vitamin C dalam jus oren melawan selesema, memabntuk badan bayi lebih mudah menyerap zat besi serta menyihatkan gigi dan tulang bayi anda.
Continue Reading

Monday 16 April 2018

PUNCA IBU GAGAL MENYUSUI BAYI - Mamaleenshop

PUNCA IBU GAGAL MENYUSUI BAYI

Dalam hal sebegini, ibu-ibu terutamanya yang baru menerima cahaya mata, pastikan anda sudah menetapkan niat yang teguh untuk menyusukan bayi anda selepas bersalin nanti. Pelajari juga ilmu mengenai penyusuan susu ibu, bagaimana cara dan teknik yang betul untuk menyusukan bayi anda.


Sebenarnya, setiap ibu telahpun ditentukan rezeki susu untuk anaknya. Definisi banyak atau kurang, bergantung kepada pemikiran ibu itu sendiri. Secara jujur, berapa pun jumlah susu yang kita hasilkan, adalah sebenarnya mencukupi untuk keperluan anak. Oleh itu, ibu-ibu tak perlu risau dan cemas, hingga mengambil keputusan untuk memberikan FM kepada bayi. Benar, menyusukan bayi adalah tidak semudah disangka. Perlukan azam dan semangat yang kuat untuk jayakannya.

Saya kongsikan beberapa sebab yang menjadi punca kepada kegagalan ibu untuk terus menyusukan bayinya.

Pemikiran bahawa “Susu Tiada”

Sesetengah ibu berpendapat, lahir sahaja bayi, susu melimpah ruah keluarnya. Bila realitinya tak sebanyak disangka, maka lahirlah pemikiran “susu aku tiada”. Ini sama sekali salah. Di awal kelahiran bayi, sememangnya susu tak begitu banyak. Malah yang keluar, cuma beberapa titisan cecair kuning.

Tahukah ibu bahawa itu adalah kolostrum yang amat penting untuk perkembangan bayi. Dan perut bayi di awal kelahiran pun amatlah kecil, sebesar buah ceri je. Sebab tu, Allah hasilkan susu badan yang cukup untuk keperluan bayi. Jadi, ibu tolong jangan runsing jika bayi kerap menangis dan beranggapan susu tak cukup. Ada sebab lain di sebalik tangisan si kecil tu. 

Mula memberikan anak air masak
Tahu tak kandungan air dalam susu ibu adalah sebanyak 80%. Bayi di bawah usia 6 bulan tidak memerlukan air tambahan atau makanan lain selain daripada susu ibu sendiri. Banyak risiko boleh terjadi sekiranya bayi diberikan air masak sebelum bayi mencecah usia 6 bulan. Antaranya ialah meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi. Susu ibu adalah sumber makanan utama pada bayi baru lahir hingga ke usia 6 bulan. Pemberian air masak ini boleh tingkatkan risiko kegagalan penyusuan kerana kurang rangsangan hisapan oleh bayi.

Orang di sekeliling tidak memahami
Ahli keluarga terutamanya, mungkin kurang pendedahan terhadap kebaikan dan info tentang penyusuan susu bayi. Bila dilihatnya bayi kerap menangis, bayi macam selalu lapar, maka tanggapan mereka susu kita tidak cukup. Lantas memberikan nasihat untuk memberi FM. Ibu perlu kuat dan yakin dengan pilihan anda. Nasihatkan mereka yang menyuruh anda untuk campur FM, berikan penjelasan pada mereka supaya mereka faham. In Shaa Allah, anda boleh atasi pandangan dan nasihat negatif seperti ini.

Salah diberi maklumat
Ada orang beranggapan, kerap menyusu boleh mengurangkan penghasilan susu. Ini adalah salah sama sekali. Penyusuan yang kerap boleh merangsangkan lagi penghasilan susu ibu. Oleh itu, ibu harus kuat dan teruskan usaha untuk menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin. 

Kerap cuci puting payudara
Puting payudara tidak perlu dicuci sekerap mungkin. Ini kerana terdapat sebum yang mengeluarkan anti bakteria yang melindungi bayi dari sebarang kekotoran. Oleh itu, ibu tidak perlu risau untuk menyusukan anda walaupun di luar kerana khuatir macam mana nak cuci. 

Tunggu bengkak baru usaha nak pam

Fenomena ini adalah salah. Jika anda tunggu bengkak, baru nak pam, ia sebenarnya boleh mengganggu penghasilan susu baru. Biar kerap pam, terutama apabila bayi tidak menyusu atau sejurus selepas bayi menyusu. Kerap mengosongkan payudara sebenarnya membantu penghasilan susu baru dan bukannya menghentikan. 

Kuantiti susu tak seperti dijangka bila pam
Kuantiti susu setiap kali pam tak semestinya sama. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sedikit. Bergantung kepada tahap kesihatan kita, emosi kita di waktu itu. Oleh itu, jangan sesekali membuat perbandingan jumlah kuantiti susu dihasilkan setiap kali anda pam. Tak salah meletakkan target, tapi jangan bila tak capai target, anda risau dan stress.

Kerap membuat perbandingan
Ini terjadi terutamanya pada ibu bekerja. Jangan sesekali anda membuat perbandingan dengan ibu lain yang turut sama mengepam di pejabat. Ingat, lain ibu, lain rezekinya. Penghasilan susu ibu adalah selari dengan keperluan bayi itu sendiri. Bila anda kerap membuat perbandingan, emosi anda akan mula terganggu.

Stok susu berkurangan
Macam roda, proses penyusuan susu ibu juga ada ups and downs. Ada masanya, stok susu mungkin berkurangan. Jangan risau, jangan runsing. Kuatkan semangat, kerapkan doa, cari alternatif untuk bantu meningkatkan semula penghasilan susu anda. Mungkin badan anda rasa letih, emosi terganggu. Maka, cuba fikirkan apa yang mungkin menyebabkan penghasilan susu drop dan cuba atasi secepat mungkin. Jangan lupa berdoa pada Tuhan, agar diberikan kekuatan dan rezeki susu yang mencukupi. 


Emosi ibu terganggu

Stress, risau boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Oleh itu, anda perlu mengawal emosi anda. Cuba cari jalan untuk keluar daripada stress. Pada Muslimah, perbanyakkan bacaan Al-Quran atau zikir. Pada non-Muslim, mungkin boleh mendengar lagu-lagu romantic untuk menstabilkan semula emosi anda. Salah satu cara lagi, tatap gambar anak agar anda lebih bersemangat untuk menyusukan bayi anda.

Continue Reading

Monday 9 April 2018

AMALAN IBU MENGANDUNG YANG PERLU DILAKUKAN

AMALAN IBU MENGANDUNG YANG PERLU DILAKUKAN
Bila saat kehamilan, pasti ada pantang larang atau perkara yang perlu kita elakkan. Bukan saja dari segi pengambilan makanan, tetapi juga rutin harian kita sebagai ibu mengandung.

Bagi bakal-bakal ibu yang pertama kali pasti keliru dengan pelbagai aturan dan amalan yang perlu diikutkan bagi menjaga kandungan.

Walaupun diselubungi rasa penuh teruja, gembira, dan bersyukur, ada kalanya mereka tetap akan berasa resah, bimbang, dan stress

Banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal dan emosi serta turun naiknya hormon dalam tubuh sepanjang kehamilan. Jika tidak ditangani, ia boleh terbawa-bawa hingga selepas kelahiran, di mana ia membabitkan masalah mental yang serius seperti meroyan.

7 AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ISLAM

1. SENTIASA BERSYUKUR WALAUPUN DIUJI
Pertama sekali, banyakkan bersyukur kepada Allah kerana telah diberi nikmat zuriat. Kita sedia maklum bahawa setiap kehamilan diuji pelbagai perkara dan ia tidak semestinya sama dengan wanita lain. Loya, sakit badan, letih, susah tidur malam, dan macam-macam lagi.

Walaupun mengalami kesukaran ingatkan diri bahawa Allah tidak pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak dapat dihadapi oleh mereka. Malah, setiapnya adalah hikmah dan ada kebaikannya yang tidak kita ketahui. Jadi, bersabarlah dan ucapkan syukur kerana tentunya Allah mempunyai perancangan yang terbaik buat kita!
2. BANYAKKAN MEMBACA AL QURAN
Menjelang trimester kedua kehamilan, bayi dalam kandungan sudahpun memiliki kebolehan untuk mendengar. Menurut sebuah hadis juga, dalam lingkungan ini,ruh telahpun ditiupkan ke dalam kandungan anda.

Oleh itu, pakar juga menyarankan ibu bapa untuk selalu bercakap dengan bayi. Selain bercakap, waktu kehamilan ini juga amat sesuai untuk kita memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada bayi. Malah, ini juga salah satu hadiah istimewa yang dapat kita berikan kepada bayi.

Selain membaca, fahamkan juga ayat-ayatnya supaya ia dapat memberi kekuatan dan motivasi kepada kita melalui pengajaran yang terkandung di dalamnya.

3. LAZIMI ZIKIR DAN DOA UNTUK BAYI DI DALAM KANDUNGAN
Di samping membaca Al-Quran, digalakkan juga melazimi zikir dan doa. Jangan risau, kita boleh mengamalkan yang pendek-pendek dan mudah diingat saja. Antaranya zikir yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah kepada Fatimah RA yang mengadukan kepenatan dalam melakukan kerja harian.

Rasulullah SAW bersabda: “Takutlah akan Allah, hai Fatimah. Bertaqwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahu Akbar 34 kali

Dengan ini akan engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu.”
4. BERUSAHA MENCARI ILMU
Seorang anak bukan saja penyeri dalam rumah tangga, tetapi ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa.

Peranan ilmu amat penting supaya ibu bapa dapat menjadi contoh kepada anak-anak. Dengan itu, cedoklah ilmu sebanyak mungkin melalui majlis-majlis ilmu, pembacaan buku, majalah, internet, dan sumber-sumber yang sahih.

5. SOLAT SEBAGAI MEDITASI
Dalam tempoh kehamilan, kita seringkali disarankan oleh doktor supaya rajin bersenam dan kekal aktif.

Bagi yang cenderung stres dengan kerja, meditasi atau senaman pernafasan turut dianjurkan. Sebenarnya, solat adalah gabungan kedua-dua senaman dan juga meditasi. Ia adalah cara terbaik untuk kita melakukan pergerakan di samping meluahkan seribu rasa keresahan kepada Yang Maha Agung.

Dalam sesi senaman lantai yang dipopularkan oleh orang Barat sekalipun, posisi sujud sering digunapakai kerana dipercayai dapat membantu ibu-ibu agar mudah bersalin.
6. PILIH MAKANAN YANG BERKUALITI
Islam adalah agama yang menyeluruh. Selain ibadah-ibadah khusus, kita turut diajarkan cara hidup yang seimbang. Antaranya adalah melalui cara pemakanan yang sederhana dan tidak berlebih-lebihan.

Buah-buahan seperti susu, madu, delima, buah tin, dan kurma pernah disebutkan dalam Al-Quran dan hadis. Ternyata, semua makanan ini tergolong dalam superfood yang tinggi khasiatnya.

7. TIDAK TERLALU MENGHEBAHKAN
Elakkan memuatnaik gambar ultrasound bayi, memperlihatkan baby bump, dan menulis status-status yang bertujuan menghebahkan kehamilan anda dengan keterlaluan.

Tak salah untuk kita mengumumkan kehamilan dan berkongsi kegembiraan dengan orang lain, tetapi pastikan kita tidak melakukannya secara berlebihan. Maksud janin yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab itu sendiri membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Maka, wajarlah kita menyembunyikannyakerana dikhuatiri boleh mengundang fitnah atau penyakit ‘ain.

Seperti yang dijelas oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, penyakit ‘ain atau penyakit mata adalah sesuatu yang menyerupai hasad dengki, di mana dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya: Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ‘ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar) (HR Ibnu Majah).
Continue Reading

Tuesday 3 April 2018

TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU YANG BETUL | Mamaleenshop

Ingin saya berkongsikan mengenai teknik penyusuan susu ibu yang betul sebagai panduan untuk para ibu-ibu yang menyusukan bayi diluar sana. Mungkin ramai juga yang masih tidak tahu bagaimana teknik penyusuan dengan betul dan mengakibatkan bayi tidak dapat menyusu dengan baik. Dan mengelakkan ibu akan mengalami luka pada puting susu.

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. 


Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi

  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. 

Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
Continue Reading

Monday 2 April 2018

SET PENJAGAAN BAYI TERBAIK DAN BEBAS BAHAN KIMIA MERBAHAYA | Mamaleenshop

Shakleebaby™ memahami keperluan bayi anda dan hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik untuk si manja anda.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE


Gentle Wash
Menjadikan masa mandi selamat dan menyeronokkan
Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik, mandian yang lembut ini menenteramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Ianya tidak menimbulkan alahan, mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut.
Soothing Lotion
Lembut secara semulajadi untuk kulit sensitif
Kekalkan pipi gebu si manja dan kelembapan jari-jemarinya dengan losyen yang lembut ini. Ianya mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik.

Massage Oil
Campuran organik yang menenangkan.
Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembap selepas mandian. Mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang.
Klik Gambar Untuk Bacaan Lanjut

Continue Reading