Thursday 26 April 2012

{Info Sihat} Panduan Pemakanan Ibu Hamil

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
    Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar. 
     Makanan semasa mengandung

    Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
    Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
    Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semas mengandung ialah:

    • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
    • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
    • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
    • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
    • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

    Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

    • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
    • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
    Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

    Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

    Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

    kredit: pmr.penerangan
Continue Reading

{Tips Kesihatan} 5 TIPS UNTUK MENAMBAH SUSU IBU....

Tiada cara yang betul atau salah dalam usaha menambah pengeluaran susu ibu kerana sesetengah kaedah berjaya bagi ibu A mungkin tidak berkesan pada ibu B. Oleh itu, sekiranya salah satu kaedah tidak berjaya, cuba kaedah yang lain pula. Jangan berputus asa dan sentiasa dapatkan sokongan dari orang-orang yang rapat dan mempunyai pengetahuan mengenai penyusuan

(1) Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.

Menurut pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

  
(2) Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)

(3) Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya 
 mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

(4) Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya.

(5) Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.


Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.

Continue Reading

Sunday 22 April 2012

{Produk Shaklee} Ingin Menambah Berat Badan?

Ramai juga yang tercari-cari produk untuk menambahkan berat badan, di mana ada anda yang terlalu kurus yang menyebabkan BMI (Body Mass Index) tidak seimbang. Macam mana dan bagaimana? Sebelum itu ingin saya berkongsi sedikit tips untuk menambahkan berat badan anda.


Tips cara menambah berat badan:
  • Lebih selalu makan: Dengan makan lebih selalu akan semakin banyak kalori yang masuk ke tubuh . Daripada sekali makan dengan porsi besar lebih baik makan dengan porsi kecil 2 kali.
  • Makan dengan jumlah yang lebih banyak: Tentu dengan makan lebih banyak bererti jumlah kalori yang masuk akan semakin banyak. Anda perlu 500 kalori lebih banyak dari keperluan tubuh untuk menambah berat badan
  • Makan dengan proporsi yang benar: Cara menambah berat badan yang ini adalah dengan melihat komposisi gizi yang masuk ke tubuh anda. Kerana Anda juga melakukan exercise makan.
  • jangan lupakan untuk memperbanyak pengambilan protien .
  • Multivitamin: jika Anda merasa kurang vitamin dan mineral maka Anda dapat makan multivitamin untuk menambahnya.
  • Minum yang banyak: Air akan membantu anda memperbaiki sistem pencernaan Anda.
Tips tips menaikkan berat badan di atas sebenarnya dapat diringkas dengan erti kata lain“kalori yang masuk lebih besar dari kalori yang keluar dari tubuh” . Ketika kalori yang masuk lebih besar dari yang keluar dari tubuh, maka cadangan kalori akan terbentuk, bisa berupa otot bisa pula berupa lemak. Lakukan pula senaman supaya Anda dapat menaikkan berat badan untuk menghasilkan otot daripada lemak.
Jika cara cepat menambah berat badan dapat dilakukan seperti diatas dan Anda laksanakan dengan baik maka Anda akan naik 1-2 kg dalam 1 bulan maka dapat dikatakan Anda sudah berhasil melakukan program menaikan berat badan.


Antara produk-produk Shaklee yang dapat membantu untuk menambahkan berat badan anda.
  1. Mealshakes
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

   2.  B Complex

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik
      membantu badan menukarkan protein, lemak dan
      karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan
      sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid
      folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

 3.  Vitalea/ Multivitamin

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang
      baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan
      pembinaan tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C
      dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam
      tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
     darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

kredit: Shaklee Malaysia


**Ingin mencuba? boleh hubungi saya di 019 2691158 atau ke  
FB page MamaLeenSihat atau email ke mamaleensihat@gmail.com


* Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
Continue Reading

Testimoni Pengguna Produk Shaklee

Antara testimoni yang telah membuahkan hasil, kegembiraan mereka kita kongsikan bersama-sama.

kredit: surijunior.com

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.



























































































Ingin merasai perubahan pada diri anda untuk hari-hari yang lebih berkualiti? Telah ramai memuji supplement SHAKLEE. Telah ramai mencuba SHAKLEE yang semulajadi, berasaskan 50tahun penyelidikan, berkualiti, terbukti berkesan, tiada bahan tiruan/sintetik etc.
Continue Reading

Monday 9 April 2012

Berat Badan dan Kesihatan Anda

"Status berat badan saya berlebihan. Apakah yang patut saya lakukan?"

kurangkan berat badan anda secara perlahan-lahan sehingga mencapai berat badan normal.

Cara Mengurangkan Berat Badan Dengan Selamat.

  1. Tetapkan matlamat
Cuba kurangkan 10% dari berat badan anda sekarang dalam masa 6 bulan.
        
Contohnya:
Berat badan anda sekarang 80kg cuba kurangkan 10% daripada 80kg (8kg) dalam masa 6 bulan.Iaitu pengurangan berat badan sebanyak 1.3 kg dalam masa sebulan.

   2. Lakukan Perubahan Kepada 3 perkara Berikut:
  • Pemakanan Anda
  • Menu Harian Anda
  • Aktiviti Fizikal Anda

Ubah Pemakanan Anda
  • Makan mengikut keperluan harian anda. Ianya bergantung kepada umur, jantina, status aktiviti fizikal dan pekerjaan seseorang.
  • Keperluan kalori harian yang disarankan bagi seorang yang sihat dan melakukan aktiviti fizkal sederhana mengikut jantina dan umur adalah seperti berikut:
  
JANTINA
UMUR
KEPERLUAN KALORI
Lelaki
19 – 29 tahun
2440

30 – 50 tahun
2460

51 – 59 tahun
2460
Perempuan
19 – 29 tahun
2000

30 – 50 tahun
2180

51 – 59 tahun
2180
(Sumber: RecommendedNutrient Intakes For Malaysia, 2005)

  • Untuk mengurangkan berat badan, pengurangan 500 kalori (250 kalori daripada pengurangan pemgambilan makanan dan 250 kalori dari peningkatan aktivit fizikal harian) boleh mengurangkan berat badan anda sehingga 1/2 ke1kg seminggu.
  • Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, seperti makanan yang bergoreng, bersantan dan yang mengandungi lemak haiwan.
  • Lebihkan pemgambilan sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Ianya berkalori rendah dan memberikan rasa kenyang lebih lama.
  • Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.
  • Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
 Ubah Menu Harian Anda

Rancang menu harian yang bersesuaian denngan rancangan pengurangan berat badan anda.
  • Kurangkan jumlah pengambilan makanan secara beransur-ansur.
  • Rancang menu yang enak, berkhasiat, kurang lemak dan kurang minyak dan menepati selera anda.
  • pilih menu yang mudah dan cepat disediakan (tidak rumit dan memakan masa)
  • Makan pada waktu yang teratur dan tetap iaitu:
Contohnya:
 
Sarapan Pagi
6.30 pagi – 8.00 pagi
Minum Pagi
10.00 pagi – 10.30 pagi
Makan Tengahari
12.00 tengahari – 1.30 petang
Minum Petang
4.00 petang – 5.00 petang
Makan Malam
6.30 petang – 8.00 malam
Minum Malam
10.00 malam – 10.30 malam

Contoh Menu 
Menu-menu berikut boleh diikuti. Cuba cipta menu anda sendiri berdasarkan contoh menu-menu berikut:

SARAPAN PAGI

MENU 1
 MENU 2
2 keping sandwich sardine
1 cawan emping jagung kosong
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan susu rendah lemak
1 gelas air suam
1 cawan kopi O
(Anggaran kalori : 350 kkal)
(Anggaran kalori : 350 kkal)


MAKAN TENGAHARI


MENU 1
 MENU 2

1 cawan nasi putih
1 cawan nasi putih

1 keping Tau Hoo kukus
½ cawan sayur campur chap chai

1 cawan kalian goring
1 ekor ikan masam manis berkuah

1 potong nanas
1 gelas jus buah

( Anggaran kalori : 450 kkal)
(Anggaran kalori : 450 kkal)
1 gelas air suam



MAKAN MALAM

MENU 1
 MENU 2
1 cawan nasi putih
1 magkuk bubur nasi ayam
1 keping ikan tenggiri sambal
2 biji pisang emas
½ cawan terung goring
1 gelas jus buah
1 potong betik
1 gelas air suam
1 gelas air suam
( Anggaran kalori : 450 kkal)
( Anggaran kalori : 450 kkal)



Untuk minum pagi, minum petang dan minum malam, kombinasi dibawah boleh digunakan.

  • 1 cawan (150g) Yogurt rendah lemak dan segelas ir suam atau
  • 1 cawan kopi O dan sandwich sardin 1 keping roti (30g) atatu,
  • 1 biji epal dan segelas susu rendah lemak atau,
  • 1 potong betik dan sewacan teh o atau,
  • 1 keping popiah basah dan 1 cawan air suam
(Anggaran kalori untuk setiap kombinasi menu diatas: 100 kkal)

Tingkatkan Aktiviti Fizikal Anda

Tips untuk meningkatkan aktiviti fizikal harian:
  • kurangkan menonton TV atau tidur di siang hari
  • Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki
  • Lakukan senaman sederhana aktif seperti berbasikal, 45 hingga 60 minit pada setiap hari.
  • Tingkatkan tahap dan masa aktivitifizikal mengikut kemampuan secara beransur-ansur.
  • Gunakan tangga di tempat kerja.
  • Libatkan diri anda dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan seperti senam robik dan sukan berpasukan.
  • Lakukan sendiri aktiviti harian di rumah dan di pejabat seperti menyapu sampah, mengemop lantai, berkebun bunga, menyusun fail dan seumpamanya.
 FAEDAH BERAT BADAN IDEAL
  1. Risiko rendah untuk mendapat:
  • diabetes, hipertensi, penyakit jantung, kanser, batu karang, sakit sendi.
   2. Mudah melakukan pergerakan dan aktiviti
       fizikal.
   
   3. Tidak cepat penat.

   4. Kurang masalah gangguan tidur.

   5. Keyakinan diri lebih tinggi.



sumber:Nutrition.gov.my 




























Continue Reading

Tuesday 27 March 2012

Mealshake : Formula Nutrisi Lengkap

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang atau sesetengahnya tidak gemarkan sesetengah makanan seperti sayur atau buah. Disebabkan itu, perkembangan minda & fizikal mereka mungkin terjejas dan menyebabkan mereka mudah jatuh sakit.

Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.  Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.  Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Pilihan protein soya terbaik anda.


Nak saya kongsikan bersama tentang khasiat Mealshake nie, dulu ank saya yang sulung hampir tiap2 bulan mesti ada jer demam n selsema. Nak2 kalu selsema berlarutan jer mcm payah nk baik, sampai kan ubat antibiotik abis ler dengan ubat selsema. So setelah terlanjur saya ambil produk Shaklee nie, saya pun ambil Mealshake dan Omega untuk ank saya Rashiqah. Saya buat testimoni dgn anak sndiri plak, hihihihi.... Anak saya kalu bab makan mmg tak penah memilih, ikut selera mama n ayah nya gak. hehehe...Tapi sebelum saya bagi dia minum Mealshake nie seleranya agak kurang serta berat badan menurun, sebagai ibu sape yang tak risau keadaan ank di tambah plak selalu senang kena selsema n demam. Wlpun baru 3 bulan percubaan saya untuk bagi Rashiqah Mealshake, dah nampak perubahan yang sangat bagus. Terutama selera makan serta kalu bagun pagi tak lah liat atau menangis, sentiasa cergas n ceria. Bila hantar ke taska muka sentiasa ceria...sampaikan cikgu di taska cakap anak sya lah yang aktif n ceria jer + kuat makan gak, hehehehe... ;) Alhamdulillah..... dh jadi wajib bancuh susu letak mealshake, nak2 pagi sebelum dia ke taska. Insyallah saya akan teruskan juga untuk anak saya yang ke dua bl dia dh cecah umur 1 tahun. Sekarang hanya saya bekal kan vitmn Shaklee + mealshake melalui susu ibu sahaja.

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

sumber : Surijunior.com

**Ingin mencuba? boleh hubungi saya di 019 2691158 atau ke  
FB page MamaLeenSihat atau email ke mamaleensihat@gmail.com


* Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
Continue Reading