Wednesday, 25 February 2015

{Info Kesihatan} Kenali Tanda-Tanda Awal Strok

Apa itu Stroke?
Stroke adalah suatu gangguan fungsi otak yang terjadi secara mendadak, disebabkan semata-mata oleh gangguan pembuluh darah di otak, dan dapat mengakibatkan kematian. Umumnya stroke ditandai dengan timbulnya gangguan saraf (defisit neurologis) fokal atau global, yang berlangsung lebih dari 24 jam.

Gejala Stroke
Stroke boleh muncul bila masa sahaja, di mana-mana dan pada siapa saja, baik ketika seseorang sedang melakukan aktiviti mahupun ketika sedang berehat, bahkan kadang-kadang tanpa gejala penyerta sehingga keadaan sebelumnya benar-benar normal. Definasi neurologi fokal dikenalpasti dengan gangguan fungsi bahagian tubuh tertentu seperti wajah yang tidak simetri, artikulasi bicara menjadi tidak jelas / pelo, atau lengan dan kaki menjadi lemah. Kelemahan pada lengan dan kaki biasanya hanya menyerang satu sisi tubuh saja, kanan atau kiri, dan sangat jarang sekali terjadi pada kedua sisi tubuh secara bersamaan di waktu yang sama. Gangguan saraf ini berlaku akibat kerosakan setempat pada kawasan ganglia basalis dimana terdapat serabut-serabut saraf motor yang mengawal pergerakan otot di tubuh kita. Sedangkan defisit neurologi global terjadi kerana adanya gangguan pada ARAS (Ascending Reticular Activating System), yang merupakan kawasan otak yang mengatur kesedaran. Gangguan pada ARAS dapat berupa kerosakan tempatan atau penekanan oleh bekuan darah / kenaikan tekanan di dalam tengkorak. 
Seseorang dikatakan menderita stroke jika mengalami defisit neurologi selama lebih daripada 24 jam. Bila gangguan saraf berlangsung selama kurang dari 24 jam maka keadaannya disebut sebagai suatu Transient Ischemik Attack (TIA) atau strok ringan. Perlu diingat bahawa TIA merupakan salah satu faktor risiko terjadinya stroke di kemudian hari, sehingga keadaan ini tidak boleh diabaikan begitu saja. Gejala klinikal stroke murni disebabkan oleh adanya gangguan pada saluran darah otak, berupa tersumbat ataupun pecah pembuluh darah otak, dan bukan disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan otak, jangkitan otak ataupun gangguan saraf. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan gangguan saluran darah otak diantaranya adalah hipertensi, kencing manis dan kolesterol.

Kenali Tanda Serangan Awal Stroke dengan FAST
Stroke merupakan suatu kegawatdaruratan dalam bidang penyakit saraf (neurologi). Bila tidak ditangani dengan baik dan segera, stroke boleh menyebabkan kecacatan dan bahkan kematian. Bagaimana cara paling mudah dalam memastikan bahawa seseorang terkena stroke? Hal ini merupakan soalan yang sering timbul dalam fikiran masyarakat awam apabila mendengar kata stroke. Tidak jarang keluarga pesakit tidak menyedari bahawa salah satu ahli keluarga ternyata menderita stroke sehingga menyebabkan pesakit lewat dibawa ke rumah sakit. Dalam kes strok, terdapat istilah time is brain, waktu adalah otak. Semakin terlambat seseorang yang menderita stroke mendapatkan pengendalian, semakin banyak pula rangkaian otak yang akan mengalami kerosakan kekal, sehingga semakin berat pula kecacatan yang timbul.
Sebagai bentuk nyata kepedulian terhadap edukasi kesihatan bagi masyarakat, pihak Hospital memperkenalkan istilah FAST yang diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat awam terhadap tanda awal serangan stroke. FAST merupakan singkatan dari istilah Face, Arms, Speech, Time.

Dengan mengetahui FAST, pihak Hospital mengharapkan setiap komponen dalam keluarga dan masyarakat mempunyai kesedaran untuk segera membawa pesakit stroke ke ICU rumah sakit terdekat, terutama yang mempunyai perkhidmatan stroke bersepadu. Ingat, golden period untuk pengendalian pesakit stroke adalah 3 jam dan time is brain! Jika pesakit stroke segera ditangani, maka peluang dapat diselamatkan akan lebih besar, sehingga derajat kecacatan boleh diletakkan serendah mungkin kerana pesakit stroke berhak atas kualiti hidup yang optimum.

Face (wajah)
Mintalah orang yang disyaki mengalami strok untuk tersenyum. Perhatikan, apakah wajahnya kelihatan tidak simetri?
Arms (lengan)
Mintalah orang yang disyaki mengalami strok untuk mengangkat kedua lengan lurus ke depan dan menahannya untuk beberapa saat. Apakah ia hanya boleh mengangkat satu lengan saja? Bila ia boleh mengangkat kedua tangannya, apakah salah satu lengan terlihat turun?
Speech (bicara)
Mintalah orang yang disyaki mengalami strok untuk mengulang beberapa kalimat. Apakah ia mampu berbicara jelas atau terdengar pelo atau tidak jelas? Akan lebih jelas bila kalimat yang diucapkan mengandungi banyak konsonan huruf R seperti, ular melingkar-lingkar di atas pagar.
Time (waktu)
Seperti disebutkan sebelumnya, time is brain, setiap saat sangat berharga. Bila ditemui salah satu gejala di atas, segera hubungi atau bawa pesakit ke hospital terdekat yang mempunyai kemudahan pengendalian stroke bersepadu.

sumber: ekahospital
Tanda-Tanda Amaran Strok Strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan. Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya. Di Malaysia, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar. Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata. Tanda-Tanda Amaran Strok Strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan. Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya. Di Malaysia, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal. Jenis Serangan Strok Terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah. Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya. Strok iskemia mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah. Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak. Strok berdarah pula terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah. Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak. Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid. Faktor Risiko Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak. Mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok. Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres. Bagaimana Strok Didiagnosis? Doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal. Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit. Kesan Strok Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku. Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang. Pemulihan Pemulihan segera adalah amat penting yangn mana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan. Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling. Pencegahan Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif. Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

Continue Reading

Saturday, 21 February 2015

{Testimoni} Vitalea: Multivitamin Yang Memberikan Kesan Yang Terbaik

Kalu sebut pasal multivitamin nie, bagi pendapat saya jenama SHAKLEE adalah yang terbaik. Sebab apa? Bukan sebab saya pengedar sah Shaklee jer. Tapi sebab saya dah amalkan produk ini sejak hampir 4 tahun sehingga kini. Banyak kesan perubahan yang saya rasai, baik dari segi kesihatan luaran juga dalaman. 

Sebagai ibu yang bekerja dan menguruskan anak-anak serta rumahtangga adalah sesuatu yang sangat memenatkan. Melakukan kerja-kerja di opis dan balik perlu pula melaksanakan kerja-kerja dirumah, dengan ragam anak-anak. Memang kena jadi Supermak! hehehehe.... So alternatifnya tak salah kalu kita cuba ambil supplement untuk menambahkan kesihatan diri kita, bak kata orang pun 'badan nak pakai lama cik leen oiiitttt....' Dah tahu nak pakai lama kena lah ikhtihar cari supplement yang membantu kita lebih bertenaga dan sihat. Ada sesetengah para ibu yang bekerja perlu mengadap jem, tempat kerja jauh, balik keja lambat sebab banyak kerja. Balik rumah anak-anak juga perlu ditengok dan diuruskan....Fuuhhhh...dengar pun dah penat & letihkan. Bertambah-tambah lagi Stress nanti. 

Hari nie saya nak kongsikan beberapa testimoni mengenai Vitalea Multivitamin Shaklee antara vitamin yang pertama dan tertua di dunia. Wow!....hebatkan.

Antara testimoni Vitalea Iron Formula Multivitamin Shaklee ini ;

Pengalaman saya juga masa hamil anak yang ke 3 saya mengalami HB low pada masa awal kehamilan. Sampai tahap doc suruh ambil zincooper. Tapi Hb tetap low, masalah saya masa awal kehamilan memang gemar sangat nak minum kopi dan makan makanan bercoklat. Haaa....macam mana iron-iron nie nak serap dengan baik, ambil makanan yang menghalang penyerapan iron dengan baik. Terpaksa lah kawal nafsu masa tu, saya konsisten dengan Vitalea, B complex, Vit C, ESP, Ostematrik. Amalkan dengan konsisten, jaga pengambilan makanan yang tidak menghalang penyerapan iron. Dan akhirnya alhamdulillah.....HB saya yang dok 10 naik ke 11 dan 12 sehingga lah bersalin. Masa bersalin pun dipermudahkan segala-galanya. Kali nie bersalin Alhamdulillah...saya kurang rasa letih dan sakit-sakit badan. Masa berpantang pun saya masih dengan vitamin-vitamin tersebut, cuma ada penambahan untuk zinc, vivix dan omega. Haaa...banyak tapi kesan yang superbbb! Berpantang macam tak berpantang plak. Tapi saya jaga juga dari segi luaran dengan berurut, bertungku, dan sebagainya. Memang takde beli-beli jamu langsung. Dan yang paling best susu badan sangat meriah, seminggu berpantang, anak saya tak terminum susu badan yang banyak. Saya terpaksa perah dan simpan. (^_^)

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Friday, 20 February 2015

{Info Kesihatan} Bahaya Masalah Keputihan Bagi Wanita

Bercakap mengenai masalah keputihan memang setiap wanita takkan terlepas dari menghadapinya. Tetapi bagaiman cara mengatasi masalah tersebut ramai wanita yang diluar sana masih belum tahu dan ada juga memandang ringan dengan masalah ini. Mari saya kongsikan 

Apakah itu penyakit keputihan?
Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.

Terdapat dua jenis keputihan serta perbezaannya yang perlu anda tahu ;

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk
Lendir yang cair dan tidak melekat
Lendir yang kental dan melekat
Warna
Berwarna putih atau krim
Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau
Tiada bau
Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan
Sedikit
Banyak
Kekerapan
Semasa subur dan sebelum haid
Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain
Tidak gatal
Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan
Tidak perlu
Perlu rawatan yang segera
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
  1. Faktor Kebersihan
    Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
    Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

  2. Faktor Hormon
    Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
     
  3. Faktor Gaya Hidup
    Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

  4. Faktor Kesihatan
    Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Cara mencegah Penyakit Keputihan
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong. 
sumber: MyHealth
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Continue Reading

{Info Kesihatan} 5 Manfaat Minyak Zaitun

Hai...hari nie nak saya kongsikan mengenai manfaat Minyak Zaitun atau Olive Oil. Minyak zaitun ni telah lama digunakan sejak zaman dulu. Ada yang kata kononnya minyak zaitun telah ditemui sejak 6000 tahun dahulu pada zaman Yunani lagi. Waahhhh....lama tau. Dan memang ternyata minyak zaitun nie antara minyak yang mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri yang tidak dapat dari mana-mana minyak di dunia ini. Jom saya kongsikan antara manfaat serta kelebihan minyak zaitun ini.
Berikut beberapa manfaat minyak zaitun;
 1. Sangat baik untuk kesihatan jantung 
Minyak zaitun adalah sumber asid lemak tak jenuh tunggal. Ini yang menyebabkan minyak zaitun lebih baik daripada minyak goreng lain. Asid lemak tak jenuh tunggal ini baik untuk kesihatan jantung kerana dapat menurunkan kadar kolesterol LDL yang berbahaya sekaligus meningkatkan jumlah kolesterol HDL menguntungkan. Minyak zaitun juga mengandungi dengan polifenol, antioksidan, vitamin A dan E. Antioksidan ini membantu untuk meneutralkan kesan radikal bebas pada badan. Oleh kerana itu mengambil minyak zaitun secara teratur dapat membantu melawan kanser dan melambatkan tanda-tanda penuaan.

2. Meningkatkan kesihatan kulit dan rambut 
Cukup makan minyak zaitun akan menyihatkan kulit dan rambut anda. Itulah mengapa banyak produk kecantikan mengandungi minyak zaitun sebagai bahan utama. Anda boleh mendapatkan manfaat kecantikan dari minyak zaitun tanpa menelannya.

3. Melembabkan kulit 
Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk melembapkan kulit. Jika kulit anda sangat kering, sapu dan urut sedikit minyak zaitun dan rasakan manfaatnya. Penggunaan secara umum cukup menambah satu sudu makan minyak zaitun ke dalam tab mandi anda. Untuk melembapkan wajah, anda boleh menggunakan minyak zaitun sebagai mask. Untuk membuat mask wajah dari minyak zaitun, tambah beberapa sudu teh madu dan kuning telur. Sapukan mask ke muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam.

4. Melembabkan rambut 
Minyak zaitun juga dapat melembapkan rambut dan kulit kepala. Rambut akan kelihatan bersinar dan mudah diatur. Panaskan sebentar minyak zaitun kemudian sapukan dan urut rambut dan kulit kepala. Biarkan selama satu jam sebelum dibilas. Anda juga boleh membuat penghawa rambut dengan menambah jus lemon dan kuning telur pada minyak zaitun.

5. Memperindah tangan 
Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk mencantikkan rupa tangan anda. Hanya menyapu minyak zaitun ke tangan sebelum menggunakan sarung tangan berbahan kapas. Biarkan semalaman semasa anda tidur. Meskipun baunya tidak begitu enak, anda akan terkejut dengan hasilnya semasa bangun tidur. Minyak zaitun juga dapat menghilangkan kulit luar dan menguatkan kuku. Caranya, campurkan minyak zaitun dengan jus lemon. Rendam kuku dalam cecair itu selama 10 minit. Selamat mencuba. 

Beberapa khasiat dari minyak zaitun jika digunakan secara dalaman bagi kesihatan adalah sebagai berikut:
  •      Mencegah penyakit jantung dan stroke.
  •      Membunuh sel kanser.
  •      Mengurangkan dan memulihkan radang sendi.
  •      Menjaga kepadatan tulang sehingga tidak diserang osteoporosis.
  •      Menurunkan kadar glukosa dalam darah.
  •      Mendetoksifikasi molekul yang tidak seimbang dengan kata lain sebagai penangkal radikal      bebas.
  •      Memperbaiki kualiti ASI.
  •      Mengurangkan terjadinya penyumbatan (trombosis) juga penebalan (Arteriosklerosis)            pembuluh darah.
  •      Membasmi kutu di rambut.
  •      Mengurangkan risiko diserang kanser rahim, colon, kulit dan perut.
  •      Mengelakkan diserang penyakit ulser perut pada sistem pencernaan.
  •      Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL).
  •      Mengurangkan kesan negatif dari penggunaan ubat-ubatan menurunkan tekanan darah.
  •      Mengurangkan angka kematian jika rutin penggunaan minyak zaitun.
  •      Mengubati penyakit buasir, caranya:
Siapkan satu sudu makan minyak zaitun (extra virgin), kemudian campurkan dengan serbuk habbatussauda secukupnya. Ratakan, minum sehari 3 kali, selama satu minggu. Manfaat minyak zaitun untuk merawat buasir ini diminum sebelum makan.
ok, banyakkan manfaat serta kebaikan minyak zaitun ini, minyak zaitun juga antara makanan Sunnah yang boleh kita amalkan. Moga apa yang dikongsikan memberikan manfaat kepada anda yang membaca. (^_^)

Continue Reading