Monday 18 August 2014

{Info Sihat} Cara Penyimpanan Susu Ibu Dengan Betul

Bagaimana nak simpan susu perahan? Masih lagi ibu-ibu yang tak tahu cara penyimpanan susu perahan, dan bertahan berapa lama kalu disimpan. Ok, hari nie saya nak sharekan cara penyimpanan yang betul. Moga ia juga memberikan panduan jelas kepada para ibu menyusu sekalian.

Terdapat pelbagai bekas simpanan untuk menyimpan susu-susu yang telah diperah ini. 
Antaranya ;





Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

2. Di dalam suhu bilik
   (25°C hingga 37°C) tahan sehingga 4 jam
   (15 hingga 25 °C), tahan sehingga 8 jam (selalunya dalam bilik yg ada penghawa dingin)

3. Di dalam peti 2 pintu ( rak atas )
    (2°C hingga 4 °C), tahan sehingga 3- 5 hari
   selepas 5 hari jika tidak digunakan, digalakkan untuk memasukkan susu tersebut di 
   bahagian dingin beku (freeze)

4. Peti sejuk bahagian beku (1 pintu) 2 minggu

5. Di dalam peti sejuk bahagian beku (2 pintu)
    (< 0°C), tahan sehingga 3 - 4 bulan


6. Di dalam peti sejuk beku (Deep Freezer)
    ( -19°C) tahan sehingga 6 bulan

Nota : Susu beku dari bahagian dingin beku yg telah dicairkan di bahagian rak atas peti sejuk boleh tahan sehingga 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.

Panduan Jadual Waktu bagi memberi susu ibu perahan kepada bayi anda.

Jadual ini sebagai panduan bagi ibu-ibu yang ingin melatih bayi mereka minum susu perahan di dalam botol sebelum ibu mula masuk kerja. Sebaik-baiknya boleh di latih selepas habis berpantang. Mungkin ada sesetengah bayi yang kan mengalami kekeliruan puting susu tiruan dan juga puting susu ibu. 

Sebagai permulaan, ibu perlu banyak bersabar kerana bayi anda mungkin akan merajuk dan tidak akan minum susu perahan. Ibu juga boleh menggunakan pelbagai cara untuk membiasakan bayi dengan susu perahan. Antaranya anda boleh cuba dengan dua kaedah ini, tapi berhati-hati semasa memberi susu perahan, jangan sampai bayi anda tersedak.



Panduan untuk memberikan susu perahan dari peti sejuk kepada bayi anda.

Pastikan anda menulis tarikh dan masa pada botol atau plastik menyimpan susu perahan, kerana bagi memudahkan anda untuk mengetahui mana susu yang perlu dikeluarkan dulu dan digunakan dulu. (FIFO = First In First Out)
Susu perahan dari peti sejuk beku perlu diletakkan pada bahagian bawah peti sejuk semalaman sebelum dikeluarkan untuk digunakan pada keesokkan harinya. (Ini perlu bagi mereka ibu-ibu yang bekerja dan perlu untuk membekalkan susu perahan kepada pengasuh atau taska.)
Susu yang ingin diberikan kepada bayi anda, hendaklah dipanaskan menggunakan warmer atau rendam di dalam air suam sebelum diberikan kepada bayi anda. Rasa pada tangan anda terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi anda. Pastikan juga rendam @ warmer susu tidak terlalu lama sehingga lebih 15minit, kerana dikhuatiri susu menjadi rosak. Hanya rendam susu jika hendak digunakan. Goncang botol dengan perlahan untuk sebatikan lemak yang terpisah sebelum susu diberikan kepada bayi anda. (^_^)

Ingin dapatkan pelbagai cadangan produk Shaklee bagi ibu-ibu menyusukan bayi dengan lebih sihat dan bertenaga mengikut buget anda? Boleh hubungi kami seperti di bawah ini. 
Anda juga layak menerima konsultasi PERCUMA dari kami serta panduan pengambilan pemakanan sihat bagi ibu dan bayi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
  
 

0 comments: