Monday 4 August 2014

{Info Sihat} Obesiti Dikalangan Kanak-Kanak? Salah Siapa?




Seperti semua sedia maklum, bahawa Malaysia antara negara yang tertinggi Obesiti di Asia. Kenapa?
Antara kajian mengatakan faktor pemakanan serta kurangnya aktiviti fizikal. Cuba anda tanya diri anda, berapa kali anda lakukan senaman dalam seminggu? Mungkin 4 @ 5 kali seminggu? atau 2 @ 3 kali seminggu? atau mungkin sebulan 2 @ 3 kali? atau langsung tak melakukan senaman?

Itu bagi anda dikalangan orang dewasa, tetapi kali ini kita nak berbicara mengenai kanak-kanak yang mengalami Obesiti pada usia muda? Bagaimana ia boleh berlaku? Adakah sebab faktor genetik? atau sebab pemakanan mereka tidak dikawal? Ok, jom kita lihat dari segi faktor risiko yang menyumbang kepada masalah Obesiti di kalangan kanak-kanak ini.

Faktor- Faktor Risiko :

Faktot yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah ini termasuklah gaya hidup, pemilihan pemakanan, genetik dan juga kekurangan kesedaran tentang obesiti di kalangan kanak-kanak oleh penjaganya. Terutama bagi kalangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja sepenuh masa, di mana terdapat kekangan masa dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat kepada anak-anak. Pelbagai rangkaian makanan segera yang banyak, menawarkan makanan mudah capai di mana mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi tetapi bernutrisi rendah, menyebabkan mereka yang Obes terjebak ke dalam perangkap pemakanan tidak sihat ini dengan lebih mudah. 


Kanak-kanak di kawasan bandar terutamanya, juga kurang ke arah gaya hidup lebih aktif seperti berjalan ke sekolah, bermain kejar-kejar, bermain kasut roda dan menunggang basikal berbanding dengan menonton televisyen, bermain dengan tablet dan 'Playstation'. Ketidakstabilan dalam pengambilan berlebihan dan juga penggunaan tenaga yang agak minimal akan menyebabkan kepada ketidakseimbangan kalori atau lebihan kalori secara spesifik.

 Tindakan Yang Wajar di Ambil oleh Ibu Bapa :

  • Membuat pilihan makanan yang baik
  • Penyusuan badan dapat melindungi obesiti pada tahun-tahun akan datang
  • Galakkan anak-anak mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
  • Pilih ikan, ayam, daging tanpa lemak dan pejal sebagai sumber protien
  • Hadkan pengambilan lemak tepu, minuman manis dan lain-lain manisan
  • Menyediakan pilihan makanan dengan cara yang sihat seperti mengukus, memanggang, membakar berbanding menggoreng
  • Berikan bahagian makanan yang bersesuaian dan jangan memaksa mereka untuk makan sekiranya mereka telah kenyang
  • Galakkan mereka untuk minum air suam
Bantu Anak-anak Anda untuk Kekal Aktif

  • Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana berat sekurang-kurangnya 30 minit sehari melalui permainan seperti bermain kejar-kejar, menunggang basikal atau lompat tali.
  • Kurangkan masa dihabiskan di hadapan TV, bermainan permainan dan melayari internet tidak lebih daripada 2 jam sehari
Kesimpulannya, sebagai ibu bapa kita perlu menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak, serta mendidik mereka sejak dari kecil lagi. Kawal pemakanan mereka demi kesihatan mereka pada masa akan datang.
Terdapat pelbagai kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak gemuk cenderung untuk menjadi obes apabila dewasa nanti.


0 comments: