Tuesday 26 August 2014

{My Story} Exam KPSL punya pasal....

26 Ogos 2014 hari untuk peperiksaan KPSL N27, tinggal 1 bahagian jer belum lulus. So dah daftar dari awal tahun, tengok-tengok tarikh periksa hujung Ogos. Hampir-hampir tarikh due bersalin. Berdoa gak lah sempat ambil periksa sebelum bersalin. Tapi.....bersalin dulu plak. Hahaha....


Alhamdulillah...hari ke 6 berpantang, dengan izin suami & mak bagi saya ambil peperiksaan KPSL yang hanya setahun sekali jer. Dijadikan cerita pada hari kejadian suami tak dapat hantar sebab ada meting di Sungai Buloh jam 8.30pagi. Ermmm.....sedih sebenarnya, tapi redah jer drive kereta gie amik pekse. Nasib lah dekat UPM, Serdang jer. So boleh lah lagi husband bagi drive sendiri. Ada orang mesti anggap saya nie 'gile' ker....dah lah baru bersalin, lepas tu drive sendiri gie pekse. Hahahaha...... gile ker apa ker ada aku kisah! 😄😄😄

Alhamdulillah....bila kita ada niat yang baik dan sentiasa berdoa pada Nya, Insyallah segala urusan kita dipermudahkan. Allah itu kan maha mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya. 😚😚😚

Tapi perbezaan saya mengamalkan suplement Shaklee dari menyusukan anak ke dua sehingga mengandung anak ke tiga, memang memberikan kesan yang lebih menakjubkan. Wahhhh....macqm iklan sabun plak. Hehehhe...
Perbezaan dari kesihatan itu yang dapat saya rasakan, badan tak rasa letih, lemah atau kurang bertenaga. Bersalin pun dipermudahkan dan berpantang macam bukan orang berpantang jer. Huhuhu... 

Selesai sudah menjawab semua soalan peperiksaan, tawakal dan berdoa moga dapat keputusan yang baik. Rezeki Allah kita tak tahu kan, sekurang-kurangnya kita cuba berusaha dan minta padaNya.

0 comments: