Saturday, 24 August 2013

MAJLIS Hi-TEA BERSAMA-SAMA PRESIDENTAL MASTER SHAKLEE

Salam hari minggu....

Seminggu lagi nak puasa kan, so hari nie majlis Hi-Tea bersama-sama Presidental Master Cery di Palace Golden Houses Hotel memang menerujakan. hehehehe.... datang makan-makan sambil sedut aura jutawan sape tak nak kan. Semua Free je tak payah bayar pun, so amat-amatlah berharganya setiap perkongsian yang diberikan kepada kami semua. (^__^) hanya kami2 di group jutawan bawah naungan Cery Mamafaiz jer tau.

 

Apa yang best sangat dengan group jutawan nie? terlalu banyak yang hebatnya, dari leader2nya, silaturrahim antara satu sama lain, sharing ilmu perniagaan juga ilmu akhirat, semuanya bermula dengan niat serta hati yang ikhlas dalam membantu mereka2 diluar sana untuk kesihatan yang lebih baik & Kaya & berjaya.




 

Ikhlas saya katakan, saya bersyukur & Alhamdulillah bersama2 mereka dan dah banyak group MLM yang saya lihat & ada yang penah saya joint tapi tidak sehebat Group Jutawan ini. Kerana apa? kerana keikhlasan hati leader2 dalam membantu serta menunjukkan jalan dan bimbingan yang diberikan banyak membantu untuk berjaya. Bagi saya motivasi sharing dari mereka amat berharga. Saya berani BERMIMPI untuk mencapai apa saja yang saya nak capai. Saya tulis kan TARGET saya apa yang saya nak setiap bulan. Alhamdulillah.... Allah permudahkan segala urusan saya.

 

Saya akan teruskan usaha untuk mencapai BIG DREAM saya, serta ingin membantu mereka-mereka diluar sana untuk sama-sama berjaya.

 

Meh saya kongsikan serba sikit gambar2 sekitar majlis hi-tea.











ok, sekian aja untuk kali nie, nanti ada lagi program group jutawan Shaklee akan saya share kan di sini. Anda berminat nak menjadi sebahagian dari ahli keluarga Group Jutawan Shaklee? Ingin mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik?

 

Jom bertindak SEGERA! jangan tunggu lama-lama, nanti anda yang rugi.

 

pm FB mamaleensihat / sms@whatsapp 019 2691158


Continue Reading

Thursday, 26 April 2012

{Info Sihat} Panduan Pemakanan Ibu Hamil

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
    Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar. 
     Makanan semasa mengandung

    Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
    Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
    Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semas mengandung ialah:

    • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
    • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
    • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
    • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
    • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

    Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

    • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
    • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
    Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

    Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

    Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

    kredit: pmr.penerangan
Continue Reading

{Tips Kesihatan} 5 TIPS UNTUK MENAMBAH SUSU IBU....

Tiada cara yang betul atau salah dalam usaha menambah pengeluaran susu ibu kerana sesetengah kaedah berjaya bagi ibu A mungkin tidak berkesan pada ibu B. Oleh itu, sekiranya salah satu kaedah tidak berjaya, cuba kaedah yang lain pula. Jangan berputus asa dan sentiasa dapatkan sokongan dari orang-orang yang rapat dan mempunyai pengetahuan mengenai penyusuan

(1) Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.

Menurut pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

  
(2) Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)

(3) Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya 
 mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

(4) Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya.

(5) Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.


Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.

Continue Reading

Sunday, 22 April 2012

{Produk Shaklee} Ingin Menambah Berat Badan?

Ramai juga yang tercari-cari produk untuk menambahkan berat badan, di mana ada anda yang terlalu kurus yang menyebabkan BMI (Body Mass Index) tidak seimbang. Macam mana dan bagaimana? Sebelum itu ingin saya berkongsi sedikit tips untuk menambahkan berat badan anda.


Tips cara menambah berat badan:
  • Lebih selalu makan: Dengan makan lebih selalu akan semakin banyak kalori yang masuk ke tubuh . Daripada sekali makan dengan porsi besar lebih baik makan dengan porsi kecil 2 kali.
  • Makan dengan jumlah yang lebih banyak: Tentu dengan makan lebih banyak bererti jumlah kalori yang masuk akan semakin banyak. Anda perlu 500 kalori lebih banyak dari keperluan tubuh untuk menambah berat badan
  • Makan dengan proporsi yang benar: Cara menambah berat badan yang ini adalah dengan melihat komposisi gizi yang masuk ke tubuh anda. Kerana Anda juga melakukan exercise makan.
  • jangan lupakan untuk memperbanyak pengambilan protien .
  • Multivitamin: jika Anda merasa kurang vitamin dan mineral maka Anda dapat makan multivitamin untuk menambahnya.
  • Minum yang banyak: Air akan membantu anda memperbaiki sistem pencernaan Anda.
Tips tips menaikkan berat badan di atas sebenarnya dapat diringkas dengan erti kata lain“kalori yang masuk lebih besar dari kalori yang keluar dari tubuh” . Ketika kalori yang masuk lebih besar dari yang keluar dari tubuh, maka cadangan kalori akan terbentuk, bisa berupa otot bisa pula berupa lemak. Lakukan pula senaman supaya Anda dapat menaikkan berat badan untuk menghasilkan otot daripada lemak.
Jika cara cepat menambah berat badan dapat dilakukan seperti diatas dan Anda laksanakan dengan baik maka Anda akan naik 1-2 kg dalam 1 bulan maka dapat dikatakan Anda sudah berhasil melakukan program menaikan berat badan.


Antara produk-produk Shaklee yang dapat membantu untuk menambahkan berat badan anda.
  1. Mealshakes
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

   2.  B Complex

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik
      membantu badan menukarkan protein, lemak dan
      karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan
      sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid
      folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

 3.  Vitalea/ Multivitamin

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang
      baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan
      pembinaan tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C
      dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam
      tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
     darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

kredit: Shaklee Malaysia


**Ingin mencuba? boleh hubungi saya di 019 2691158 atau ke  
FB page MamaLeenSihat atau email ke mamaleensihat@gmail.com


* Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
Continue Reading

Testimoni Pengguna Produk Shaklee

Antara testimoni yang telah membuahkan hasil, kegembiraan mereka kita kongsikan bersama-sama.

kredit: surijunior.com

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.



























































































Ingin merasai perubahan pada diri anda untuk hari-hari yang lebih berkualiti? Telah ramai memuji supplement SHAKLEE. Telah ramai mencuba SHAKLEE yang semulajadi, berasaskan 50tahun penyelidikan, berkualiti, terbukti berkesan, tiada bahan tiruan/sintetik etc.
Continue Reading