Hai...hari nie nak saya kongsikan mengenai manfaat Minyak Zaitun atau Olive Oil. Minyak zaitun ni telah lama digunakan sejak zaman dulu. Ada yang kata kononnya minyak zaitun telah ditemui sejak 6000 tahun dahulu pada zaman Yunani lagi. Waahhhh....lama tau. Dan memang ternyata minyak zaitun nie antara minyak yang mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri yang tidak dapat dari mana-mana minyak di dunia ini. Jom saya kongsikan antara manfaat serta kelebihan minyak zaitun ini.
Berikut beberapa manfaat minyak zaitun;
1. Sangat baik untuk kesihatan jantung
Minyak zaitun adalah sumber asid lemak tak jenuh tunggal. Ini yang menyebabkan minyak zaitun lebih baik daripada minyak goreng lain. Asid
lemak tak jenuh tunggal ini baik untuk kesihatan jantung kerana dapat
menurunkan kadar kolesterol LDL yang berbahaya sekaligus meningkatkan
jumlah kolesterol HDL menguntungkan. Minyak
zaitun juga mengandungi dengan polifenol, antioksidan, vitamin A dan E.
Antioksidan ini membantu untuk meneutralkan kesan radikal bebas pada
badan. Oleh kerana itu mengambil minyak zaitun secara teratur dapat membantu melawan kanser dan melambatkan tanda-tanda penuaan.
2. Meningkatkan kesihatan kulit dan rambut
Cukup makan minyak zaitun akan menyihatkan kulit dan rambut anda. Itulah mengapa banyak produk kecantikan mengandungi minyak zaitun sebagai bahan utama. Anda boleh mendapatkan manfaat kecantikan dari minyak zaitun tanpa menelannya.
3. Melembabkan kulit
Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk melembapkan kulit. Jika kulit anda sangat kering, sapu dan urut sedikit minyak zaitun dan rasakan manfaatnya. Penggunaan secara umum cukup menambah satu sudu makan minyak zaitun ke dalam tab mandi anda. Untuk melembapkan wajah, anda boleh menggunakan minyak zaitun sebagai mask. Untuk membuat mask wajah dari minyak zaitun, tambah beberapa sudu teh madu dan kuning telur. Sapukan mask ke muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam.
4. Melembabkan rambut
Minyak zaitun juga dapat melembapkan rambut dan kulit kepala. Rambut akan kelihatan bersinar dan mudah diatur. Panaskan sebentar minyak zaitun kemudian sapukan dan urut rambut dan kulit kepala. Biarkan selama satu jam sebelum dibilas. Anda juga boleh membuat penghawa rambut dengan menambah jus lemon dan kuning telur pada minyak zaitun.
5. Memperindah tangan
Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk mencantikkan rupa tangan anda. Hanya menyapu minyak zaitun ke tangan sebelum menggunakan sarung tangan berbahan kapas. Biarkan semalaman semasa anda tidur. Meskipun baunya tidak begitu enak, anda akan terkejut dengan hasilnya semasa bangun tidur. Minyak zaitun juga dapat menghilangkan kulit luar dan menguatkan kuku. Caranya, campurkan minyak zaitun dengan jus lemon. Rendam kuku dalam cecair itu selama 10 minit. Selamat mencuba.
sumber: rona.metrotvnews
Beberapa khasiat dari minyak zaitun jika digunakan secara dalaman bagi kesihatan adalah sebagai berikut:
- Mencegah penyakit jantung dan stroke.
- Membunuh sel kanser.
- Mengurangkan dan memulihkan radang sendi.
- Menjaga kepadatan tulang sehingga tidak diserang osteoporosis.
- Menurunkan kadar glukosa dalam darah.
- Mendetoksifikasi molekul yang tidak seimbang dengan kata lain sebagai penangkal radikal bebas.
- Memperbaiki kualiti ASI.
- Mengurangkan terjadinya penyumbatan (trombosis) juga penebalan (Arteriosklerosis) pembuluh darah.
- Membasmi kutu di rambut.
- Mengurangkan risiko diserang kanser rahim, colon, kulit dan perut.
- Mengelakkan diserang penyakit ulser perut pada sistem pencernaan.
- Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL).
- Mengurangkan kesan negatif dari penggunaan ubat-ubatan menurunkan tekanan darah.
- Mengurangkan angka kematian jika rutin penggunaan minyak zaitun.
- Mengubati penyakit buasir, caranya:
Siapkan satu sudu makan minyak zaitun (extra virgin), kemudian campurkan dengan serbuk habbatussauda secukupnya. Ratakan, minum sehari 3 kali, selama satu minggu. Manfaat minyak zaitun untuk merawat buasir ini diminum sebelum makan.
ok, banyakkan manfaat serta kebaikan minyak zaitun ini, minyak zaitun juga antara makanan Sunnah yang boleh kita amalkan. Moga apa yang dikongsikan memberikan manfaat kepada anda yang membaca. (^_^)
0 comments:
Post a Comment