Thursday 10 July 2014

{Produk Shaklee} Berpantang Bersama Produk Shaklee

Salam semua....

Bercerita pasal nak berpantang niekan, kalu bagi ibu yang pertama kali hamil mesti mereka tercari-cari produk apa yang terbaik untuk berpantang. Terdapat pelbagai produk untuk berpantang sekarang nie, macam-macam pakej boleh kita dapat. Tapi...sebagai ibu berpatang kita kena lah bijak memilih pakej-pakej nie. Biar tidak membazir dan boleh digunakan sekiranya bersalin normal atau caeser(pembedahan).


Bercerita pengalaman saya pertama kali bersalin secara pembedahan, set jamu yang saya beli tak boleh saya teruskan ambil. Oleh sebab saya menyusukan anak, dan ada herba-herba yang menyebabkan anak saya cirit-birit. Saya stop dan hanya ambil pati ikan haruan, masa tu saya tak kenal lagi produk Shaklee nie. hihihihi.... Sehingga lah bersalin anak kedua secara normal, saya tak makan apa-apa jamu pun, sebab khuatir anak kena cirit birit. Just saya makan makanan yang memberikan khasiat pada saya dan memberikan tenaga. Makanan yang gatal-gatal tak de lah makan kan. Makanan yang sumber protien tinggi untuk membantu saya dalam penyusuan susu ibu lebih baik.


Dijadikan cerita setelah usia anak saya 4 bulan dan mula bekerja, susu saya drop. Mungkin sebab stress kot baru naik kerja. hehehehe.... Alhamdulillah...masa nie lah saya bertemu jodoh dengan produk Shaklee. Seminggu percubaan mengamalkannya secara konsisten, banyak perubahan yang saya alami. Antaranya ialah, susu kembali meriah malah bertambah meriah lagi. Hilang segala rasa sakit pinggang dan sakit belakang yang saya alami. Melawaskan, hari-hari membuang, kalu tak sebelum nie mau 2@3hari membuang. Dengan keadaan macam tu, saya mudah kena sakit kepala dan guna gastrik. Strech Mark semakin pudar, kulit jadi putih gebu pulak. hehehehe.... Syukur sangat, banyak perubahan yang saya alami nie tanpa saya duga saya jumpa produk yang banyak membantu kesihatan saya jadi lebih baik.

Ok, saya nak share plak produk apa yang perlu diambil masa berpantang. Antaranya Vitamin asas yang perlu ambil seperti Vitalea, Vitamin C, B Complex, Alfalfa, Ostematrik dan ESP. Ini antara pilihan yang terbaik untuk ibu-ibu berpantang serta menyusukan anak.


Antara Kebaikan serta manfaat Vitamin-vitamin tersebut ialah ;

Vilatea : Multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.

Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

B complex : Menagndungi kesemua 8 jenis vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folic dan Biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, mengahsilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Vitamin C : Mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kelenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.

Zinc : Meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.

Ostematrik : Terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh.

Mengantikan semula kalsium dalam tubuh ibu dan elemn penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.

Alfalfa : bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan

Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning.

ESP : non-GMO soy protien mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protien sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan.

Protien dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi.

Protien juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran ramb ut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protien.

Pengambilan ESP bersama Ostematrik membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: