{Info Sihat} Akibat Kekurangan Vitamin
Anda pasti keperluan vitamin-vitamin ini semua cukup untuk tubuh badan anda?
Mungkin simptom-simptom kekurangan vitamin pada seseorang itu kurang, tapi jangan ambil ringan kerana mungkin ia menyebabkan sistem badan anda tidak bertindak dengan baik.
Pada masa sekarang vitamin-vitamin dalam bentuk supplement adalah satu keperluan yang perlu di ambil setiap hari, memandangkan pemakanan pada masa sekarang tidak semuanya berada pada tahap yang menyihatkan oleh kerana racun dan baja yang digunakan dari sumber bahan kimia yang merosakkan kandungan vitamin dalam tumbuh-tumbuhan juga buah-buahan.
Tahukah anda akan kesan dan akibat kekurangan vitamin di dalam tubuh badan kita?
ok, hari nie saya nak share beberapa jenis vitamin yang biasa diperlukan oleh tubuh badan kita seharian. Dan bagaimana untuk anda dapatkan sumber-sumber vitamin tersebut.
Vitamin yang larut dalam air, meliputi vitamin B dan C
Vitamin yang larut dalam lemak / minyak, termasuk vitamin A, D, E, dan K.
Vitamin A
Fungsi: Berperanan penting dalam kesihatan mata, merpertahankan kesihatan kulit dan rambut. Sumber: Lobak, bayam, kentang, telur, mentega. Sukatan yang dianjurkan: 5000 IU / hari
Vitamin yang penting untuk pemeliharaan sel kornea mata membantu pertumbuhan tulang dan gigi pembentukan dan pengaturan hormonmelindungi tubuh terhadap kanser. Vitamin A banyak terdapat pada sayur-sayuran (lobak merah, ubi, labu kuning, bayam, tomato), buah-buahan (betik), susu, keju, mentega, dan telur.
Jika badan kurang vitamin A menyebabkan penurunan fungsi kornea hingga buta, perubahan bentuk tulang, pertumbuhaannya terbantut, membentuk celah (kerosakan pada gigi), terhentinya pertumbuhan sel-sel pembentuk gigi.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin A =
rabun senja, katarak, jangkitan saluran pernafasan, penurunan daya tahan tubuh, kulit yang tidak sihat, dan lain-lain.
Vitamin B1 (Thiamin)
Fungsi: Mencegah penyakit beri-beri, membantu pelepasan tenaga dari makanan, mempertahankan kesihatan susunan saraf. Sumber: Bijirin dari tepung gandum, beras putih dan merah, buncis, bayam, limau, susu, telur. Sukatan yang dianjurkan: 1.5 mg / hari.
Jika badan kurang vitamin B1 menyebabkan berkurangnya kemampuan fizikal mahupun psikologi, tak ada nafsu makan, berat badan berkurangan, gangguan fungsi perut dan usus.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B1 =
kulit kering / kusik / busik, kulit bersisik, daya tahan tubuh berkurang.
Vitamin B2 (Riboflavin)
Fungsi: Membantu pelepasan tenaga dari makanan, mempertahankan kesihatan kulit dan rambut. Sumber: Bijirin dari tepung gandum, susu, telur, lembu, salmon, asparagus, ayam, keju, brokoli, bayam, roti. Sukatan yang dianjurkan: 1.7 mg / hari.
Gejala kekurangan vitamin B2 jarang berlaku pada manusia. Biasanya vitamin B2 yang didapat bersama makanan dan yang disintesis oleh bakteria usus sudah mencukupi.
Kekurangan biasanya timbul selepas cirit-birit kronik atau selepas terapi jangka panjang dengan antibiotik atau sulfonamida.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B2 =
turunnya daya tahan tubuh, kilit kering bersisik, mulut kering, bibir pecah-pecah, sariawan, dan sebagainya.
Vitamin B3 (Niacin)
Fungsi: Mencegah penyakit pellagra (kulit kasar bersisik), membantu melepaskan tenaga daripada makanan, mempertahankan kesihatan sistem susunan saraf, mengekalkan kesihatan rambut. Sumber: Bijirin dari tepung gandum, tuna, salmon, ayam, kacang-kacangan, lembu. Sukatan yang dianjurkan: 20 mg / hari.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B3 =
terganggunya sistem pencernaan, otot mudah keram dan kejang, insomnia, bedan lemas, mudah muntah dan mual-mual, dan lain-lain
Vitamin B5
Fungsi: Mencegah mati rasa pada jari-jari, membantu melepaskan tenaga daripada makanan, mempertahankan kesihatan rangkaian dan rambut Sumber: Hati ampela, telur, brokoli, ikan, ayam, yogurt, cendawan, alpukat, kentang manis. Sukatan yang dianjurkan: 10 mg / hari.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B5 =
otot mudah menjadi kejang, sukar tidur, kulit pecah-pecah dan bersisik, dan lain-lain
Vitamin B6 (Pyridoxin)
Fungsi: Mencegah kekeringan pada hujung bibir, membantu melepaskan tenaga daripada makanan. membantu pembentukan sel darah merah, mempertahankan kesihatan sistem saraf. Sumber: Pisang, ikan, ayam, kentang, bayam. Sukatan yang dianjurkan: 2 mg / hari.
Kekurangan vitamin B6 jarang berlaku pada manusia.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B6 =
pelagra alias kulit pecah-pecah, keram pada otot, insomnia atau sukar tidur, dan banyak lagi yang lain.
Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Fungsi: Membantu pembentukan sel darah merah / mencegah anemia, mempertahankan kesihatan sistem susunan saraf. Sumber: Salmon, ketam, lembu, telur, susu. Sukatan yang dianjurkan: 6 mcg / hari.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin B12 =
kurang darah atau anemia, gampang capek / lelah / lesu / lemes / lemas, penyakit pada kulit, dan sebagainya
Vitamin C
Fungsi: Meningkatkan daya tahan tubuh, berfungsi sebagai anti oksidan yang melindungi tubuh dari serangan radikal bebas akibat pencemaran dan asap rokok, membantu penyembuhan luka, membantu peyerapan zat besi dan kalsium, mempertahankan kesihatan kulit dan jarinagn. Sumber: Oren, strawberry, anggur, tomato, brokoli, kentang. Sukatan yang dianjurkan: 60 mg / hari
Jika badan kurang vitamin C menyebabkan skorbut (pendarahan gusi), sariawan, hambatan pertumbuhan pada bayi dan anak-anak, mudah terjadi luka dan jangkitan tubuh.Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin C =
mudah jangkitan pada luka, gusi berdarah, rasa sakit pada sendi, dan lain-lain
Vitamin D
Fungsi: Berperanan penting dalam pembentukan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah. Sumber: Ikan salmon dan sardin, udang, susu. Sukatan yang dianjurkan: 400 IU / hari.
Jika badan kurang vitamin D menyebabkan penyakit gastrointestinal (malabsorption atau radang pankreas kronik). kegagalan buah pinggang kronik, pada anak-anak boleh menyebabkan penyakit riket.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin D =
gigi akan lebih mudah rosak, otok boleh mengalami kejang-kejang, pertumbuhan tulang tidak normal yang biasanya betis kaki akan membentuk huruf O atau X.
Vitamin E
Vitamin yang penting untuk mencegah terjadinya hemolisis sel-sel darah merah dan anemia.
Sumber vitamin E: sayur-sayuran hijau, kacang-kacangan
Jika badan kurang vitamin E boleh terjadi hemolisis sel darah merah.
Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin E =
boleh mandul baik lelaki maupun wanita, gangguan saraf dan otot, dll
Vitamin K
Fungsi: Membantu pembekuan darah pada luka Sumber: Brokoli, bayam, daun bayam, minyak zaitun, minyak kacang soya, kangkung dan lobak, taoge, dan kembang kol. Sukatan yang dianjurkan: 120 mcg / hari.
Vitamin K dalam tubuh akan mempengaruhi sistem enzim yang mensintesafaktor pembekuan darah.
Sumber terbesar vitamin K berasal dari sayur-sayuran hijau seperti
Jika badan kurang vitamin boleh menyebabkan darah sukar membeku.Penyakit yang ditimbulkan akibat kekurangan vitamin K = darah sukar membeku bila terluka / berdarah / luka / pendarahan, pendarahan di dalam tubuh, dan sebagainya
---------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment