Saturday 4 April 2015

{Info Sihat} Merawat Puting Susu Luka

Pasti ramai kaum ibu yang menyusukan bayi anda biasa mengalami puting susu luka, disebabkan bayi anda yang sudah mempunyai gigi atau mengalami bengkak susu.

Adeehhh....sakitnya. Macam mana nak rawat dan mengurangkan sakit lukanya? Mari saya kongsikan. 

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan puting susu ibu mudah luka. Antaranya:
  1. Kulit pada bahagian puting susu yang sensitif
  2. Puting susu ibu terlalu kering dan merekah hingga menyebabkan luka
  3. Digigit bayi sewaktu menyusu (terutamanya bayi yang mula gatal gusi)
  4. Cara lekapan bayi ketika penyusuan yang tidak betul
Cara Untuk Merawat Puting Yang Luka
  1. Sapu luka pada puting susu dengan susu ibu sendiri  kerana susu ibu juga ada ciri antibiotiknya sendiri (Cara saya)
  2. Sapu puting yang luka dengan minyak zaitun
  3. Sapukan puting yang luka dengan minyak kelapa dara
  4. Sapukan puting yang luka dengan menggunakan Krim Vaselin
  5. Sapukan puting yang luka dengan Krim Madela
  6. Menggunakan nursing butter yang memang dibuat khas untuk disapukan pada bahagian puting
  7. Menyapu madu lebah pada puting yang luka, diikuti selawat 3x.
  8. Memakai bra pad agar puting yang luka tidak terlalu kering dan merekah
  9. Meletakkan sehelai kubis dan ditekap ke atas breast dan puting yang luka
  10. Boleh juga menggunakan nipple shield untuk mengurangkan rasa sakit pada luka ketika menyusu. Nipple shield ialah pelapik pada bahagian puting yang boleh mengalas bahagian puting yang kesakitan akibat digigit bayi ketika menyusu.
sumber: mauceriasokmo
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 


PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: