Bercerita bab jerawat nie, baik lelaki atau pun wanita memang tak sukakannya, betul tak?
Yelah, jerawat ada bermacam-macam jenis pulak tu, kena plak jerawat batu yang besar-besar dan menyebabkan parut payah nak hilang lagi bertambah stress. Adakah anda semua tahu akan punca jerawat ini berlaku? Punca jerawat berlaku mungkin masalah daripada hormon badan kita, faktor pengambilan pemakanan kita seharian dan faktor persekitaran.
TIPS-TIPS UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT
1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi
sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu
jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan
air bersih hingga cuci.
2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda,
bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan
air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut.
InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup.
Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air.
Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan
kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih .
Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Faktor Pengambilan pemakanan juga mempengaruhi jerawat untuk tumbuh, elakkan pengambilan makanan yang terlalu berminyak, bergaram dan bergula. Antara tips pemakanan bagi mengurangkan masalah jerawat anda adalah seperti berikut ;
1. Kurangkan pengambilan gula
Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada
kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor
menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan
jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan
adalah coklat, kek dan minuman ringan.
2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh
Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga
mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan
mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang
dimasak sup daripada bergoreng.
3. Vitamin untuk mencegah jerawat
Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang
paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik
makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti
betik, pisang dan apple.
4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.
Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah
sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi
kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai
penyakit temasuklah jerawat.
Buat pengetahuan anda semua, produk GLA Complex Shaklee adalah salah satu Vitamin yang membantu untuk mengatasi masalah kulit yang berkaitan dengan jerawat dan sebagainya. Klik Sini untuk info lebih lanjut mengenai GLA Complex Shaklee.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh
PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
0 comments:
Post a Comment