Tuesday 2 September 2014

{Info Sihat} Jom kenali Vitamin B12, Mengapa Perlu Untuk Tubuh Badan Kita?


Vitamin B12  Juga dikenali sebagai "cobalamin"
Ia adalah vitamin larut air dengan peranan penting dalam fungsi normal otak dan sistem saraf, dan untuk pembentukan darah. Ia adalah salah satu daripada lapan vitamin B. Ia biasanya terlibat dalam metabolisme setiap sel tubuh manusia, terutamanya yang mempengaruhi sintesis DNA dan peraturan, tetapi juga lemak asid dan metabolisme asid amino metabolisme. Tidak kulat, tumbuh-tumbuhan, haiwan juga mampu menghasilkan vitamin B12. Hanya bakteria dan Arkea mempunyai enzim yang diperlukan untuk sintesis, walaupun kebanyakan makanan adalah sumber semula jadi B12 kerana simbiosis bakteria. Vitamin ini adalah vitamin yang terbesar dan paling struktur rumit dan boleh dihasilkan perindustrian hanya melalui penapaian bakteria-sintesis.

Fungsi Vitamin B12 :

☑♤ membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak,
☑♤ selera makan,
☑♤ tindak balas saraf,
☑♤ baik utk kecerdasan otak,
☑♤ Kekuatan fizikal
☑♤ Kekuatan memori
☑♤ Membantu otak utk fokus
☑♤ Membantu keupayaan seksual
☑♤ Mengelakkan anemia
☑♤ Mengurangkan keletihan dan keresahan
☑♤ Membantu merawat diabetes
☑♤ Membantu mengurangkan rabun
 
Keperluan mengikut RDA : 2.5ug
Maksimum : 2000ug
Sumber B12
Daging merah
Tenusu 
Telur 

Vitamim B12 penting untuk membantu asid folik menghasilkan sel-sel baru terutamanya dlm sel darah merah. Ia juga penting utk membantu sistem saraf dan diperlukan  untuk kebaikan myelin sheath. Myelin sheath = lapisan lemak yg menyelaputi sistem saraf yg mempercepatkan penghantaran saraf yg panjang.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan B12 dan vitamin B yg lain yang secukupnya membantu otak yang berusia menjadi sihat.

Siapa yang perlukan tambahan atau lebih B 12?
★ vegetarian
★vegan - org yg tak makan telur dan tenusu, daging dan juga ikan. 
> sudah tentu B12 perlu diambil dari suplemen  atau makanan yg diperkayakan (dgn B12) sbb vitamin B 12 hanya boleh didapati dari sumber haiwan
★ warga emas - usia 50 an sbb penghasilan B 12 daripada sumber makanan melibatkan proses kimia yang kompleks seiring usia kita di mana perut tidak dapat menghasilkan asid perut untuk ia berfungsi secara efisyen.
Jadi, adalah lebih mudah dengan mengambil suplemen B 12 daripada memakan sumber makanan B12.

Tips memilih suplemen

* kandungan minimanya 2.5 microgram (100% rda)
* lebih kandungannya contoh - 10ug - 25ug jika berumur lebih tua kerana B12 tidak bahaya jika diambil berlebihan walaupun dos sehingga 1000ug - 2000ug sehari.
Jika anda tidak bernasib baik dan mengalami kekurangan faktor intrinsic, makanlah sebanyak mana pun B12, ia masih tidak dapat menampung kekurangan B12.
Bahan ini adalah protein penting yang dihasilkan oleh lapisan usus, bergabung dengan B12 utk memudahkan B12 diserap dalam usus.

INTRINSIC FAKTOR - GLYCOPROTEIN yg dihasilkan oleh usus.
kebarangkalian 2% saja yg mengalami kekurangan intrinsic factor ini. So jgn risau ok. 

Tanda-tanda yg mengalaminya bila kena pernicious anemia.
Simptom-simptom pernicious anemia adalah -
  • keletihan melampau
  • Dimentia - lebih kurang alzheimer ( memory loss )
  • Kekeliruan 
  • Lemah anggota badan
Penyelesaian : Suntikan vitamin B12

Kebaikan Vitamin B12.
  • B12 merupakan unsur kunci untuk mempertahankan keseimbangan tubuh.
  • Vitamin B12 penting untuk menjaga sistem saraf dan melancarkan pengeluaran DNA.
  • Vitamin B12 juga membantu mengatur pembentukan sel darah merah dalam tubuh.
  • Manfaat lain dari vitamin B12 termasuk peranannya dalam menjaga dan meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Terdapat juga kajian yg mengatakan B12 dapat membantu mengawal penyakit jantung dan diebetes.
----------------------------------------------------------------------------------------
Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan keperluan Vitamin B12 yang terhasil dari sumber semulajadi dan kualitinya yang terjamin.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: