Sehari lagi akan menyambut Ramadhan.... SubhanAllah, Syukur Ya Allah diberikan peluang menyambut Ramadhan kali ini.
Kali nie Ramadhan yang bakal saya sambut juga sama macam tahun lalu, sebagai ibu hamil. Moga kali nie dapat melaksanakan penuh sebulan. Insyallah.... Moga Allah bagi saya kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah puasa kali ini.
Ramadhan kali ini agak berbeza juga bagi kami sekeluarga kerana keadaan kesihatan Mak masih kurang sihat. Mak pulak masih di Hospital, moga Ramadhan ini Mak dibenarkan pulang untuk bersama menyambut Ramadhan dan Aidilfitri bersama.
Dalam keadaan macam nie, sememangnya masakan Mak yang paling saya rindu.... Rindu dengan air tangan mak, kalu berbadan dua nie, memang ada jer mengidam masakan Mak. Ya...Allah moga Mak cepat sembuh dngan keadaan kembali sihat semula.
Ohh..ya, malam nanti lepas magrib atau solat terawih jangan lupa lafaz niat puasa yea kekawan semua. (^_^) Moga ibadah puasa kali ini dapat kita laksanakan dengan lebih baik dan sempurna dari sebelum ini.
Dikesempatan ini, ingin saya memohon maaf jika ada salah silap saya tanpa disengajakan. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini.
0 comments:
Post a Comment