Tuesday 25 April 2017

{INFO SIHAT} STRESS BOLEH MENGAKIBATKAN KANSER?


Ha? ye ker? macam mana stress boleh mengakibatkan KANSER?
Ini ialah kerana stress secara tak langsung melemahkan sistem imuniti badan kita. Bila kita stress atau rasa tertekan ada diantara kita tak lalu makan  atau terlebih makan atau makan makanan yang tidak berkhasiat. Senaman juga diabaikan. Ada juga yang tak cukup tidur, badan tak cukup rehat dan  rasa letih. Semua faktor-faktor ini jika berpanjangan memudaratkan kesihatan kita.


Oleh itu amatlah penting sekali kita mencari cara-cara untuk mengurangkan stress atau tekanan kehidupan.  Salah satu cara yang baik ialah dengan bersenam. Lakukanlah senaman seperti taichi atau pilates sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Jika anda tidak punyai banyak waktu, lakukanlah kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop dan mengemas rumah. Dengan cara ini bukan saja badan banyak bergerak tetapi rumah anda juga lebih bersih dan teratur. Bila rumah bersih fikiran pun tenang dan secara tak langsung stres dapat dikurangkan.

Berkebun juga satu kegiatan yang amat baik kerana ia membantu kita mencapai ketenangan dengan menghayati kehijauan alam semulajadi dan udara yang segar. Vitamin D yang didapati dari sinaran matahari juga dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh. Bila tanaman yang kita tanam mula berbunga dan berbuah, kita akan rasa gembira dan dengan cara ini stress dapat dikurangkan.

Menunggang basikal, berjogging dan berjalan juga merupakan senaman yang baik yang dapat bantu kita mengurangkan stress serta meningkatkan taraf kesihatan kita. Namun bagi mereka yang sibuk bekerja dan malas bersenam, cubalah letak kereta anda jauh sikit daripada pejabat dan cuba gunakan tangga daripada naik lif. Dengan cara ini , anda terpaksa berjalan untuk pergi ke pejabat dan balik dari pejabat.

Bagi yang beragama islam pula bersolat dan berdoa merupakan cara yang baik untuk mengurangkan stress, kerana tidak ada yang lebih baik daripada tuhan untuk membantumu didalam kesusahan. Bersolatlah dan dengan ikhlas hati dan berdoalah dengan tawaduk memohon pertolongan illahi. Bangkitlah disepertiga malam dan lakukanlah solat tahajud. Faedah solat tahajud amat banyak sekali. Menurut Dr Muhammad Soleh, pensyarah IAIN Surubaya solat tahajud yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan secara tak langsung menghindari penyakit seperti kanser.


Amalkanlah cara hidup yang sihat dan kurangkan stres dalam hidup. Jaga permakanan dan teruskan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin b17 seperti biji aprikot. Jangan lupa mengambil banyak sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya dengan vitamin untuk tingkatkan sistem imunisasi anda. Dengan izin Allah anda dapat sembuh dari kanser.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Bagi mencuba cadangan vitamin shaklee untuk masalah stress, boleh terus whatsapp 
Kak Leen 0192691158 ;)

0 comments: