Monday, 19 February 2018

Rahsia Kulit Cantik & Tips Penjagaan Kulit Muka | Mamaleenshop

Rahsia Kulit Cantik & Tips Penjagaan Kulit Muka | Mamaleenshop

Rahsia Kulit Cantik & Tips Penjagaan Kulit Muka 

Kalau cakap pasal kecantikan kulit muka, memang semua perempuan suka nak tahu kan.
Lebih-lebih lagi jika ada masalah jerawat atau kulit berjeragat yang payah sangat nak hilangnya. Kenapa ya? 

Kebiasaannya masalah ini berpunca bila kerap kali memakai solekan yang tebal dan jangka masa yang lama. Juga muka tidak dicuci dengan betul dan bersih.

Jom Kak Leen sharekan beberapa cara mudah untuk kekalkan kecantikan dan kesegaran wajah kita dan ini yang perlu kita lakukan selalu. 

1. Cuci Muka 2 kali Sehari
Cuci wajah dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yang paling sesuai. Pastikan sebelum tidur wajah bersih daripada sebarang kotoran. 

Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Namun jangan pula mencuci wajah secara berlebihan kerana perbuatan ini menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang kelembapan semulajadi.

2. Gunakan Pelembab Wajah
Selepas mencuci wajah, jangan lupa mengoles pelembap pada seluruh wajah dan leher. Pada hari siang, gunakan pelembap wajah yang mempunyai pelindung tabir suria. 

Ini dapat melindungi kulit sekaligus membantu kulit kekal lembap. Sapuan haruslah dilakukan secara nipis dan rata. Jika berlebihan bukan sahaja comot malah membuatkan kulit melekit.

3. Melakukan Scrub Wajah
Bagi yang mempunyai kulit normal dan tidak berdepan masalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub yang dijual di pasaran untuk menyental kulit secara lembut. Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. 

4. Menggunakan Penyegar Bebas Alkohol
Selepas bersihkan wajah, sebaik-baiknya gunakan penyegar. Penyegar ini dikatakan dapat kembalikan kelembapan kulit. Pilih penyegar bebas alkohol, ia lebih mesra dan merawat kulit dengan lembut tanpa mengeringkan kulit. 

Penyegar juga dapat membantu mengawal minyak pada wajah dan mengecilkan pori-pori. Justeru, jangan culas menggunakan penyegar jika mahu miliki kulit yang cantik.

5. Bersihkan Solekan
Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap. Bersihkan solekan pada wajah menggunakan penanggal mekap. Pilih jenis penanggal solekan yang sesuai dengan jenis kulit. 

Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit seperti jerawat. Untuk bahagian mata, gunakan penanggal solekan khas. Ini kerana bahagian ini sangat sensitif dan kulit di sekitar mata begitu halus.

6. Hentikan Tabiat Memicit Jerawat
Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat. 

Jangan gatal tangan memicit jerawat, ini bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah.

ok, sekarang dah tahukan macam mana nak jaga kulit muka dengan tips yang ringkas dan mudah? Pilihan ditangan awak semua. Nak jaga kulit bagi sihat? atau terus dengan pakai make up yang tebal untuk tutup masalah kulit itu?

Selamat Mencuba! 

0 comments: