Ingin saya berkongsikan mengenai teknik penyusuan susu ibu yang betul sebagai panduan untuk para ibu-ibu yang menyusukan bayi diluar sana. Mungkin ramai juga yang masih tidak tahu bagaimana teknik penyusuan dengan betul dan mengakibatkan bayi tidak dapat menyusu dengan baik. Dan mengelakkan ibu akan mengalami luka pada puting susu.
Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan.

Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
- Posisi
- Pelekapan
- Tanda-tanda pelekapan yang salah
- Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
- Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
- Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
- Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
- Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul.
Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
- Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
- Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
- Payu dara mungkin bengkak.
- Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
- Mulut bayi terbuka luas.
- Dagu bayi menyentuh payu dara.
- Bibir bawah bayi bergulung keluar.
- Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
- Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
- Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

0 comments:
Post a Comment