Wednesday 6 August 2014

{Produk Promo} GLA Shaklee

Alhamdulillah...diam tak diam dah masuk ke bulan Ogos 2014 rupanya, sekejap jer masa berlalu. 
Hari nie baru berkesempatan nak update produk promo untuk Ogos nie. Kali nie produk memang superb! iaitu GLA Complex Shaklee Buy 6 Free 1.

Kalu sebut GLA nie ramai yang rasa ia produk yang lebih sesuai untuk wanita saja. Uiittt....silap yea, ia sesuai untuk semua peringkat umur. Ok, jap lagi kita cerita lebih lanjut apa yang best sangat GLA Complex Shaklee nie, dan anda semua WAJIB memilikinya untuk kesihatan yang lebih baik.




Apa itu GLA?
GLA ialah Gamma-Linolenic acid atau (γ-Linolenic acid).


Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.

GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.

Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.
GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
Perbezaan GLA Complex Shaklee.

Kebanyakkan GLA tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diektrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengektrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Sumber Asli GLA

Kandungan yang terdapat di dalam GLA Complex Shaklee iaitu, Borage Seed, Blackcurrant & EPO. Gabungan ke tiga-tiga bahan ini menghasilkan GLA yang bertindak lebih semulajadi dan 2kali ganda dari minyak EPO sahaja.



 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: