Monday, 25 November 2013

{Tips Kesihatan} Bagaimana Diet Untuk Kuruskan Badan

Ramai sangat diluar sana yang nak KURUS CEPAT tapi kurang mengamalkan pemakanan yang sihat. Mudah terpengaruh dengan pelbagai jenis ubat kurus dan kalu boleh nak kurus dengan cepat. Macam ala-ala magic lah konon, makan sehari esk dah turun mendadak. Tu bukan lemak yang dibuangnya, tapi air dalam badan kering kontang. hehehehe...kalu kita stop berat badan akan naik mendadak sehingga 2kali ganda dari berat sebelum ini. Haaa, jangan pandang mudah yea, cuba anda amalkan tips-tips dibawah ini. Serba sedikit banyak juga membantu, yang penting matlamat kita untuk kurus secara sihat tanpa kesan memudaratkan.


Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Gim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Bagaimana?  anda yakin anda mampu untuk melakukan tips-tips seperti yang dinyatakan? Jom lakukannya, lum cuba lum tahu. Jangan mudah mengalah ok. hehehehe....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: