Tetiba ingin mengetahui tips pelaburan emas, memikirkan untuk tempoh jangka masa panjang. Azam tahun baru beb...hehehehe. Search jumpa plak blog Mohdzulkifli nie, banyak tips-tips lain yang dia sharekan. Bagus gak kan, untuk kita BERTINDAK SEKARANG supaya tidak ada masalah kewangan yang akan kita hadapi pada masa akan-akan datang. Terutama pada ekonomi kita sekarang dengan kos sara hidup yang sangat tinggi dan gaji yang tak seberapa, kita perlu lah menjadi pengguna yang bijak disamping berbelanja dibawah kemampuan kita. Jika kita tak berubah dari sekarang bila lagi dan tiada sesiapa yang boleh mengubah sikap kita.
Dari kita merunggut dan menyalahkan orang lain yang dah sememangnya bertambah-tambah kaya, cuba kita ubah or berubah kepada yang positif. Carilah sideincome yang boleh menambahkan pendapatan kita. Simpanlah walaupun sedkit dari tak menyimpan langsung. Usahalah sedikit demi sedikit dari tak mahu berusaha langsung. Jom saya kongsikan apa yang blog mohdzulkifli sharekan, moga ia menjadi sebahagian panduan kepada korang semua ok. Selamat menyambung tahun baru 2014! (^__^)
Berdasarkan
pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya
dalam menyimpan kekayaan. Saya sendiri pun amalkan prinsip ni dan memang
berkesan, alhamdulillah. Antaranya;
#1 – Potong at least 10% daripada
income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk
dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit
tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.
#2 – Simpanan di tempat yang agak
‘susah’ dikeluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM)
dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil
kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah
dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau
serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar
terdesak jer baru mintak buku tu.
#3 – Mulakan simpanan sekarang
walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah
yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk
TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji
masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang,
selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!
#4 – Asingkan cepat-cepat bahagian
simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji
supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi.
Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko
untuk dibelanjakan.
#5 – Letakkan matlamat simpanan at
least 3 bulan pendapatan sebagai
dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai
‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat
bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau
nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta! Nilai tu mampu
menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat,
insyaAllah.
#6 – Laburkan semula bila dapat
keuntungan daripada simpanan.
Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau
belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap
tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10
tahun akan datang.
#7 – Jangan jadikan takaful /
insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang, tapi
ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti
kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau
simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful
bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia
bukan untuk simpanan. Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen
berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh
dilindungi oleh takaful contohnya; simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak,
kehilangan harta, hilang pekerjaan dsb), simpanan untuk memulakan bisnes,
simpanan untuk pelaburan dsb.
Read more: mohdzulkifli.com
0 comments:
Post a Comment