Saturday 13 December 2014

{Tips Kesihatan} Khasiat Buah Tomato



Ramai tak yang kat sini suka makan buah tomato? Ke ada yang tak suka makan tomato nie? Rugi wei...sedap tau tomato nie, buat salad sedap, buat ulam sedap, buat dengan air asam cicah ikan bakar sedap, buat dengan sambal belacan sedap, air tomato pun sedaaapppp.... Ha, macam-macam lagi lah. hahahaha...bab makan memang menghafal jer.

Nak share dengan korang mengenai khasiat Tomato nie, jom baca meh... bagus untuk kesihatan juga untuk kulit terutamanya,


Khasiat Tomato Untuk Kesihatan

1) Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.

2) Memperkuatkan Tulang – Buah tomato juga ada kandungan vitamin k yang tinggi yang mampu mencegah osteoperosis.

3) Mencegah Penyakit Kencing Manis (Diabetes) – Tomato membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah

4) Menjaga Kesihatan Mata – Sumber vitamin A yang terdapat dalam buah tomato membantu menajamkan penglihatan dan merawat kesihatan mata.


Khasiat Tomato Untuk Kecantikan

1) Mengecilkan liang pori – Jus tomato yang disapukan pada wajah boleh mengecilkan liang-liang pori.

2) Menurunkan Berat Badan – Amalan meminum atau memakan tomato dua kali sehari, membantu menurunkan berat badan.

3) Menyihatkan Rambut – Jus tomato yang dilumurkan pada rambut akan membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan bermaya.

4) Mencerahkan Kulit Yang Kusam – Kandungan vitamin A dan C dalam tomato mampu mencerahkan kulit yang kusam.

5) Menghilangkan Kelemumur – Sapukan tomato pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas. Jika diamalkan selalu, masalah kelemumur akan hilang.

Haa...dah tau kan khasiat dia, sooo...jangan malas-malas nak kunyah tomato tu. Bagus untuk kesihatan juga kulit. Tetiba rasa sedapnya tomato dengan air asam...yum..yum...huahuahua...ok. bai! (^_^)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: