Bercakap menegani STRESS...memang sekarang nie pelbagai masalah yang perlu dihadapi, tak iira dimana-mana saja pasti akan ada Stress. Di rumah, di tempat kerja, di jalanraya, di kedai dan macam-macam lagi.
Saya nak kongsikan beberapa tips bagaimana ia membantu untuk anda mengurangkan masalah STRESS dengan cara yang lebih baik.
1) Senaman Pernafasan
Pernafasan
membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan
otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui
lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui
lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi
tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat
merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang.
Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana
sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah
menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila
bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi
tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda
yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari
kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lima belas minit untuk
bertafakur.
3) Penggambaran
Penggambaran
atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan
cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan
tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik
secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba
untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan
fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui
penggambaran.
4) Pengurutan (Massage)
Terapi
pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia
juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi
massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
5) Kelegaan otot
Berbaring,
bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan
leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh
dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan
cepat dan mudah.
6) Muzik
Terapi
muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami
tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh
mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda
anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya
setiap hari.
7) Pengurusan masa
Kenalpasti
kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya
anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa
melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan
sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang
memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja
yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda
boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan
sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau
pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam;
dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana
mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot,
mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan
sistem pernafasan dan darah kita).
sumber: kawanlah.com
0 comments:
Post a Comment