Anda telah disahkan hamil? Tentu ibu-ibu yang pertama kali hamil merasa sedikit risau tentang kesihatan anda. Keadaan hormon badan semakin berubah setiap hari, dari awal kehamilan sehingga lah ke akhirnya. Jom saya kongsikan beberapa tips yang para ibu hamil boleh lakukan.
1. Rancang Rawatan Antenatal
Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.
2. Makan Dengan Baik
Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).
3. Berhati-hati Dengan Kebersihatan Makanan
Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.
Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak.4. Ambil Asid Folic
Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah asid folik (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
5. Bersenam Selalu
Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.
6. Mulakan Senaman Lantai Pelvik
Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvis, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.
7. Hadkan Pengambilan Alkohol
Memandangkan sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.
8.Kurangkan Pengambilan Kafien
Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.
9. Berhenti Merokok
Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot. Kematian kot juga dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome - SIDS). Ia bukannya satu penyakit. Sebaliknya, ia adalah satu diagnosis yang diberi apabila seorang bayi yang sihat meninggal dunia tanpa sebab tertentu.
Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan sumbing bibir atau lelangit.
10. Lebihkan Berehat
Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih.
rujukan: babycentre
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh
PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh
PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
0 comments:
Post a Comment