Ibu-ibu
hamil sememangnya perlu sentiasa menjaga kesihatan serta pengambilan makanan
yang seimbang. Disamping memenuhi keperluan zat vitamin yang diperlukan,
terutama bayi dalam kandungan dan juga ibu hamil.
Pengambilan
buah-buahan juga penting kerana terdapat buah-buahan yang kaya dengan zat
vitamin yang perlu untuk ibu hamil. Jom kita tengok buah yang baik untuk ibu
hamil amalkan.
1.
PISANG
Siapa
tak kenal pisang kan? Pisang cukup terkenal sebagai pelawas yang mana mampu
mengelakkan ibu mengandung dari masalah sembelit dan sukar membuang.
Selain
itu, pisang juga mengandungi nutrisi lain yang dapat membantu ibu hamil seperti
vitamin, asid folat dan juga kalium. Asid folat membantu pembentukan otak dan
juga tulang sumsum bayi. Otak dan tulang sumsum adalah 2 organ yang sangat
penting dalam sistem tubuh manusia.
Pisang
juga antara buah yang mengandungi vitamin C yang mana ianya membantu semasa
proses pembentukan darah selain daripada membantu dalam pembentukan gusi,
tulang dan kulit.
2.
KURMA
Buah
ini mengandungi banyak kandungan nutrisi seperti asid folik, zink, zat besi,
kalsium, kalium, magnesium, vitamin C dan juga vitamin B.
Nutrisi-nutrisi
ini boleh membantu ibu-ibu untuk menghilangkan penat dan lesu ketika
mengandung, menaikkan bacaan HB dengan terlibat dalam proses pembentukan sel
darah merah sekaligus mengelakkan anemia. Kurma juga membantu memudahkan
bersalin tau.
3.
BUAH NAGA
Buah
naga kaya dengan antioksidan dan juga Vitamin B3 yang membantu melembabkan
kulit semasa mengandung.
Buah
naga juga membantu menghasilkan antibody bagi menguatkan sistem imunisasi ibu
supaya sukar dijangkiti penyakit. Buah naga juga dapat mencairkan kahak dan
menghilangkan batuk.
Tips
Mudah : Beli dan potong buah naga. Kemudian, bekukan buah naga di dalam peti
ais. Setiap minggu, makanlah 2-3 kali potongan buah naga tadi. Ini membantu
buah naga untuk tahan lebih lama.
4.
EPAL
Epal
adalah buah yang kaya dengan vitamin. Epal juga antara buah yang mempunyai
warna yang menarik perhatian.
Epal
mengandungi vitamin A, B kompleks dan vitamin C yang banyak membantu
meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil dari diserang penyakit.
Pengambilan
buah epal sepanjang kehamilan juga membantu ibu hamil mengawal berat badan dari
berlebihan. Siapa taknak kuruskan.
5.
ANGGUR
Anggur
mempunyai dua jenis iaitu anggur merah dan anggur hijau. Anggur yang elok
dimakan oleh ibu mengandung ialah anggur merah.
Anggur
merah kaya dengan antioksidan yang dapat membuang radikal bebas yang merbahaya
dalam badan kita. Anggur juga boleh dijadikan sebagai snek untuk ibu-ibu
mengandung untuk dimakan semasa masa-masa terluang.
Anggur
juga kaya dengan Vitamin A yang boleh menstabilkan metabolic rate ibu
mengandung. Selain itu, anggur juga mengandungi folate, potassium, phosphorus,
magnesium dan sodium yang sangat baik untuk ibu mengandung.
6.
AVOCADO
Buah
avocado antara buah yang banyak mengandungi folik asid. Ibu-ibu mesti tahu kan
kelebihan folik asid kepada kandungan. Salah satu fungsi folik asid ialah untuk
mengekalkan bacaan HB anda.
Selain
itu, sekiranya anda ada morning sickness yang teruk, avocado boleh membantu.
Ini disebabkan kandungan Vitamin B6 yang ada pada buah ini.
Avokado
juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ini sangat membantu ibu hamil
yang mempunyai masalah sembelit. Serat membantu badan untuk menghadam makanan
dengan lebih baik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh
PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh
PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
0 comments:
Post a Comment