Tuesday, 5 September 2017

The Radiant 4 Untuk Kulit Berseri!

Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.
Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat. Sering kali juga, anda tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.
Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien ini!
Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut.

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.

Lindungi kulit anda dari sinaran UV
  • Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari. 6Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman' anda.
  • Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin C.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: