Tuesday, 18 March 2014

{Tips Kesihatan} Bagaimana Mengatasi Masalah Sembelit Ketika Hamil?

Masalah sembelit ketika hamil memang seram, sebab sembelit boleh menyebabkan buasir plak. adoiii....macam mana boleh terjadi sembelit nie?

Haaa...sebab perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu sistem-sistem lain dalam badan.

Bagi ibu-ibu hamil, masalah sembelit ketika hamil jangan dipandang remeh, kerana jika anda tidak membuang dalam masa lebih 3 hari akan menyebabkan najis anda kering dah lebih sukar untuk dibuang. Perlu meneran dengan lebih kuat, ia membahayakan dan juga akan menyebabkan buasir yang teruk.

Bagaimana nak mengatasi masalah sembelit nie?

  1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
  2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
  3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½  hingga 2 liter sehari semalam
  4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Selain itu, ibu hamil juga digalakkan mengambil makanan berserat seperti sayur-sayuran, buah-buahan. Banyakkan juga mengambil air masak dan juga jus buah-buahan. JIka sembelit tidak berkurangan anda juga boleh dapatkan nasihat doctor. Atau anda juga boleh mencuba cadangan Supplement Shaklee untuk ibu hamil yang juga mampu melawaskan.

Antara cadangan Supplement Shaklee untuk ibu hamil mengatasi sembelit,

Vitalea :  multivitamin semulajadi yang tertua di dunia. Juga mempunyai lebih 28 jenis keperluan vitamin di dalam tubuh badan kita. Selain itu memberikan tenaga serta kesihatan yang baik untuk ibu dan bayi.

Vitamin C :Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

Osteamatrik : Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik. Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus/ menghalang endapan kalsium, melarut dan megurangkan formasi batu karang atau batu hempedu . Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

B complex : Menukar makanan kepada tenaga. membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protien kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan.























Continue Reading

Tuesday, 28 January 2014

{Tips Dirumah} Ringkas bagi Ibu bekerja.

Saya nak share tips ringkas bagi ibu-ibu bekerja pasti sempat memasak dirumah. Yang penting kena RAJIN,  ringkas mana pun kalu MALAS semua tak jadi. Betul tak....hahahaha..(^_^)
Macam saya seminggu sekali beli barang-barang basah macam ikan, sotong, udang, daging, ayam, sayur dan sebagainya. Balik rumah siap kan semua potong-potong or siang ikan basuh bersih simpan dalam bekas. Asing-asingkan ikut jenis. Sayur plak saya suka beli sayur yang tahan lama contoh macam kobis, lobak merah, kobis bunga dan lain-lain lagi. Ikut kegemaran masing-masing. Sebab sayur yang jenis macam nie kalu kita simpan dengan baik seminggu dia bleh tahan. Kalu suka sayur jenis berdaun, kena lah beli segar kan. Kalu simpan cepat layu dan tak sedap bila masak. (^_^) 
Ok, bila bahan-bahan basah dah siap sedia macam tu kerja pun jadi mudah. Bahan kering plak, contoh lada kering yang dikisar, bawang merah dan bawang putih dan cili api kisar simpan di dalam bekas yang bertutup di dalam petiais. Boleh simpan lama dan banyak kegunaannya. Boleh buat sambal goreng ikan bilis, boleh goreng nasi, boleh buat sambal telur, sambal ikan dan macam-macam lagi lah. Mudahkan...bila-bila masa nak masak bahan semua dah siap sedia. So jimat lah masa nak prepair bahan-bahan... setakat 1jam je bleh siap semua lauk lah. (^_^)
Saya berikan contoh-contoh gambar yang boleh dijadikan panduan untuk persediaan memasak. Kelihatan lebih teratur dan mudah. Anda hanya perlu buat persediaan pada hujung minggu.
Continue Reading

Monday, 27 January 2014

{My Resepi} Laksam Kelantan

Hari minggu yang lepas saya cuba-cuba buat resepi baru. Haa...Laksam Kelantan wei... ingat kan payah sangat. Rupanya senang jer. Resepi pun guna Mr. Google. Hehehe...bahan-bahan dia memang ringkas je dan senang lah. (^_^)
Bahan-bahan :
- laksam saya beli dah siap di pasar.

Bahan A:
- Ikan (direbus)
- Lada hitam (ditumbuk halus)
(Ikan perlu dikisar isinya)
Bahan B:
- Halia
- Bawang Merah / bawang besar
- Bawang putih
- Lengkuas
- cili api (kalu nak tambah pedas)
(Semua bahan dikisar halus)
Bahan C :
- Santan kelapa
- Asam keping/ Asam gelugor
- Garam & gula
Cara- cara memasak: 
♡ Masukkan Santan mengikut kepekatan yang anda mahu. (Saya campurkan sekotak kecil santan + air 1@2cawan).
♡ Kemudian masukkan Bahan A dan bahan B, Kacau sebati dan biarkan sekejap.
♡ Masukkan pula asam keping, garam & gula secukup rasa. kacau sehingga kuah mendidih. 
♡ Siapkan pula bahan-bahan ulam. Yang nie ikut selera sendiri nak letak ulam-ulaman apa. macam saya letak salad, taugeh, timun, bunga kantan, cili potong dan sambal belacan. 
♡ Setelah bahan-bahan ulam siap dan kuah sudah siap dimasak maka boleh lah potong-potong laksam untuk dimakan. (^_^)
Selamat mencuba....










Continue Reading

Wednesday, 22 January 2014

{Testimoni} Penangan Alfalfa Memang Best!

22 Januari 2014, sekejap jer kita dah berada di hujung bulan Januari kan... masa berlalu begitu pantas sekali. Blog saya pun kekadang berupdate, kekadang tak...hahaha. Masa nie MALAS begitu besar menguasi diri. Sedang cuba mengatasinya...ohh...tolonggg...
Oklah, nak cite pasal kelebihan Alfalfa nie sebenarnya. Penangan Alfalfa nie memang mengancam tau... Saya dah sharekan banyak kelebihan-kelebihan Alfalfa nie. Saya nak sharekan plak pengalaman saya menggunakan Alfalfa. 
Kalu 2tahun mula-mula saya kenal Alfalfa dalam gabungan vitamin-vitamin untuk ibu menyusu. Lepas stop menyusu anak saya pun kekadang makan Alfalfa nie. Kalu ingt makan, tak ingat tak ler makan. Hahaha.... makin lama makin ditinggalkan si Alfalfa nie sebab dah banyak sangat vitamin nak ditelan. Saya pun konsentrait vitamin untuk kempiskan perut. Heheheh...nak dapatkan berat badan ideal kononnya. 
Bulan Oktober 2013 saya ambil semula Alfalfa. Sehari saya telan 5biji sebelum sarapan. Maksudnya sebelum nak kuar rumah gie keje saya telan Alfalfa dulu. Tak jadi masalah sebab Alfalfa nie macam fiber gak. Dia kembang dalam perut. Hehehe...tapi sarapan tetap kena sarapan kan. Mana bleh tinggal. Saya amalkan alfalfa nie selama lebih kurang 2 bulan lebih. Sampai hujung bulan Disember 2013 period tak datang-datang plak. Huishhh....suspen wei, lepas 10hari tak datang macam leh confirm je nie... Jeng! Jeng!....masa tu tak de lah nak mengharapkan. So tunggu sampai hari ke 14 baru check urin. 
Ohhhh....bila check urin naik 2 line, syukur Alhamdulillah... tapi macam yea tak yea juga ler. Dalam hati nie penuh suspen, yea ke aku ngandung, yea ke ek.... hahahaha. Dipendekkan cite... memang ada plan nak ngandung tapi setelah 2,3 kali percubaan gagal maka hatiku tak ler nak mengharap sangat. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik dan bila rezeki yang dia nak bagi untuk hambanya. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang je. Betul tak? 
Antara vitamin-vitamin yang saya amalkan, basic macam B com, Vitalea, Vitamin C, Ostea. Yang nie memang tak penah tinggal. Saya ada gak ambil ESP, Cinch Tea Mix, GLA, Omega dan Alfalfa. Syukur Alhamdulillah....mungkin kesihatan yang baik juga membantu tahap kesuburan kita menjadi lebih baik. Kita juga yang mampu merancang selebihnya Allah yang maha mengetahui.... 
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Saturday, 4 January 2014

{My Resepi} : CHEESEKUT Mamaleen

Hari minggu nie memang dok umah je. Siap kemas umah memasak semua tengok tv plak. Tetiba petang hujan-hujan nie terasa nak makan yang best-best. Haaa....baru saya teringat, hari tu ada beli bahan-bahan nak buat cheesekut. Hehehe.... resepi dia ringkas je. Sebelum nie selalu serve blog-blog orang lain tengok resepi cheesekut. So hari nie meh kita cuba... (^__^)
Bahan-bahan :
~ Biskut Cream Creaker (kalu nak guna biskut lain pun bleh.)
~ Susu pekat
~ Fresh milk
~ Cream cheese (tak kisah jenama apa korang nak. Hehehe)
Caranya:
● Campurkan Cream Cheese + 1/4 tin susu pekat (ikut korang nk manis macam mana. Kalu tak nak manis sangat bleh letak ikut suka) + 4@5 sudu besar fresh milk (agak-agak lah yea jangan cair sangat plak)  Kacaukan semua kasi sebati. Siapa nk masuk dalam mixer bleh ler. Tapi guna tangan kacau-kacau macam tu pun dah ok. (^__^)
● Setelah sebati semuanya, ambil biskut cream creaker celupkan dalam fresh milk dan susu kan dlm bekas. Celup biskut tu jap je jangan lelama kang lembik plak.
● Selepas dah celup dan susun biskut tu, letak kan cream cheese selapis atas biskut. Ulang semula celup dan susun biskut dan letak kan cream cheese tersebut. Ulang sehingga habis.
● Kemudian, masuk kan cheesekut tadi ke dalam peti sejuk sehingga dia agak keras sikit baru lah dihiaskan dan dipotong. Nak hias dengan apa-apa ikut suka. Strawbery ke, kiwi ke, anggur ker, milo tabur ker, nestum ke, coklat ke...ha macam- macam ler... ikut selera masing-masing. (^__^)
Continue Reading