Saturday 4 January 2014

{My Resepi} : CHEESEKUT Mamaleen

Hari minggu nie memang dok umah je. Siap kemas umah memasak semua tengok tv plak. Tetiba petang hujan-hujan nie terasa nak makan yang best-best. Haaa....baru saya teringat, hari tu ada beli bahan-bahan nak buat cheesekut. Hehehe.... resepi dia ringkas je. Sebelum nie selalu serve blog-blog orang lain tengok resepi cheesekut. So hari nie meh kita cuba... (^__^)
Bahan-bahan :
~ Biskut Cream Creaker (kalu nak guna biskut lain pun bleh.)
~ Susu pekat
~ Fresh milk
~ Cream cheese (tak kisah jenama apa korang nak. Hehehe)
Caranya:
● Campurkan Cream Cheese + 1/4 tin susu pekat (ikut korang nk manis macam mana. Kalu tak nak manis sangat bleh letak ikut suka) + 4@5 sudu besar fresh milk (agak-agak lah yea jangan cair sangat plak)  Kacaukan semua kasi sebati. Siapa nk masuk dalam mixer bleh ler. Tapi guna tangan kacau-kacau macam tu pun dah ok. (^__^)
● Setelah sebati semuanya, ambil biskut cream creaker celupkan dalam fresh milk dan susu kan dlm bekas. Celup biskut tu jap je jangan lelama kang lembik plak.
● Selepas dah celup dan susun biskut tu, letak kan cream cheese selapis atas biskut. Ulang semula celup dan susun biskut dan letak kan cream cheese tersebut. Ulang sehingga habis.
● Kemudian, masuk kan cheesekut tadi ke dalam peti sejuk sehingga dia agak keras sikit baru lah dihiaskan dan dipotong. Nak hias dengan apa-apa ikut suka. Strawbery ke, kiwi ke, anggur ker, milo tabur ker, nestum ke, coklat ke...ha macam- macam ler... ikut selera masing-masing. (^__^)

1 comments:

Kartini Dahalan said...

Nampak sedap..nnt nk buat ler..kn p cari cheese ni