Wednesday, 28 March 2018

MAKANAN UNTUK TAMBAH SUSU IBU | Mamaleenshop

MAKANAN UNTUK TAMBAH SUSU IBU
Masalah susu ibu merundum, drop pasti akan merunsingkan lagi si ibu. Terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali ingin menyusukan bayi. Selain dari sokongan ahli keluarga terdekat dan suami tersayang. Ibu juga perlu sentiasa tenang dan berfikiran positif.

Memang tidak semudah dengan kata-kata, tetapi ibu yang baru bermula anda harus percaya bahawa susu ibu pasti ada dan perlu amalkan teknik "suplly & demand" sentiasa. Kekerapan menyusukan bayi serta mengosongkan breast dapat menggalakkan lagi pengeluaran susu lebih banyak.

Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengamalkan beberapa makanan bagi pengalak pengeluaran susu lebih banyak.

Ataranya ibu-ibu boleh cuba amalkan ialah;
Alfalfa
Herba Alfafa dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Ianya membantu dalam meningkatkan produktiviti susu mommies. Alfafa membantu dalam detox badan mommies seterusnya meningkatkan tenaga. Jangan terkejut setelah anda mengambil Alfafa payudara anda akan bengkak kerana penghasilan susu badan sangatt produktif!

Bijirin Oat
Bijirin oat senang untuk disediakan bukan. Oat mengandungi fiber dan penuh dengan tenaga. Seperti entry yang lepas ‘kenapa ada hari susu banyak, ada hari susu drop’ ada dikongsikan mengenai sebab badan ibu letih, jadi mommies perlulah ambil makanan yang membantu mengembalikan tenaga.
Kekacang
Kekacang seperti almond, cashew, soya dipercayai dapat meningkatkan productiviti susu. Ianya kaya dengan protein, kalori, vitamin dan mineral yang dapat meningkatkan tenaga dan nutrien. Ianya sesuai untuk di ambil sebagai snack. Namun kekacang soya perlu diperhatikan samada GMO atau Non-GMO. Pilihlah soya yang Non-GMO seperti daripada produk ESP.

Kurma
Kurma kaya dengan gula sihat. Kurma juga mengandungi zat besi dan kalsium. Mommies boleh ambil mengamalkan memakan kurma untuk meningkatkan penghasilan susu badan mommies. Boleh makan kurma begitu sahaja atau mommies boleh campurkan dengan makanan lain seperti susu dan jus buahan.
Roti
Memakan roti gandum arau roti putih juga dapat membantu meningkatkan penghasilan susu kerana roti kaya dengan kalori dan tenaga. Namun pengambilannya perlulah dikawal. Mommies boleh mengambil 2-3 keping roti putih dalam satu sajian pada waktu pagi dan petang sebelum sesi mengepam.

Bawang Putih / Garlic
Garlic atau bawang putih sangat membantu dalam sistem ketahanan badan. Ianya dapat membantu meningkatkan produktiviti susu badan mommies sejak berzaman lagi. Disebab itulah ketika berpantang, sajian makanan ibu berpantang dilebihkan bawang putih dalam masakan.

Selain itu, satu kajian kecil ada menyatakan bayi yang disusui oleh ibu yang memakan garlic akan cenderung untuk menyusu dengan lebih lama kerana didapati bayi menyukai rasa garlic dalam susu ibu tersebut.
Omega 3
Omega-3 dapat membantu penyusuan dengan merangsang hormon-hormon bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Pilihlah makanan yang mengandungi Omega-3 seperti telur, ikan salmon, almond atau anda boleh menikmati supplement Omega-3 namun pilihlah supplement Omega-3 tulen dari minyak ikan bukanlah dari hati ikan.

Lobak Putih
Tradisi turun temurun untuk mengamalkan makan lobak putih. Lobak putih sinonim dengan membantu hasilkan susu ibu lebih. Mommies boleh tambahkan lobak putih dalam sup atau sajian sayuran yang lain. Walaupun rasanya agak kelat, namun ianya bermanfaat.
Susu (Kalsium)
Sebagai ibu yang menyusu, mommies perlu tidak lupa akan pengambilan kalsium dari sumber tenusu seperti susu lembu, susu kambing, yogurt ataupun cheese. Minumlah susu pada waktu pagi dan malam. Makanan dari sumber kalsium membantu penghasilan susu ibu.

Air Kosong
Mommies cepat hauskan ketika direct-feeding atau mengepam? Dengan menyediakan air di sisi ibu ketika mengepam/direct feeding akan membantu hilang rasa haus tersebut bukan. Ini bermakna badan ibu yang menyusukan mudah terhidrat. Oleh itu, mommies perlu mengekalkan minum 2-3 liter air sehari kerana ianya bukan sahaja membantu hidratkan semula badan ibu malah air membantu dalam penghasilan air susu ibu yang banyak.



0 comments: