Tuesday 17 June 2014

{Info Sihat} Gout? Bagaimana mengatasinya?

Hari nie, saya nak share dengan anda semua. Bagaimana mengatasi Penyakit Gout.
Kalu dulu kita biasa dengar penyakit Gout dihidapi oleh golongan berusia saja, tapi tidak pada masa kita. Ia berpunca dari faktor pemakanan kita seharian juga. Bagaimana pemakanan yang anda ambil sehingga terjadinya Gout.  Jom saya kongsikan makanan-makanan yang jika anda ambil secara berlebihan akan menyebabkan Gout.



Asid urik adalah punca terjadinya Gout. Dari mana datangnya Asid Urik ini?
Asdi Urik terdapat pada semua jenis makanan daripada haiwan dan purine daripada tumbuhan. Namun tahap kandungannya pelbagai.

Seelok-eloknya elakkan daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan, bayam, sayur kacang dan brokoli.

Mereka juga perlu menggelakkan minuman beralkohol dan minuman bergas.

Petikan dari Utusan Malaysia oleh Dr. Selvaraju berkata;

“Walaupun tidak menghidap gout, seelok-eloknya ambil makanan yang kurang purine dan asid urik seperti ayam, ikan kurang lemak dan sayuran berdaun," katanya.





Bagaimanapun terdapat juga keadaan kesihatan yang menyebabkan gout seperti psoriasis dan penyakit berkaitan darah misalnya limfoma, leukemia dan hemolitik anemea.

Penyakit berkenaan yang menyebabkan sel darah merah tidak sihat dan cepat terurai membebaskan asid urik.

Pesakit yang telah menjalani pemindahan buah pinggang juga mempunyai kandungan asid urik tinggi kerana ubat penolakan cyclosporine yang diambil.

Selain itu, kanak-kanak mempunyai kandungan asid urik yang tinggi kerana sel yang sentiasa pecah tetapi mereka tidak diserang gout kerana sel berkenaan sentiasa diperbaharui.

Kata Dr. Selvaraju, adakalanya gout sukar dijelaskan kerana ada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi tidak diserang gout.

“Mungkin juga asid urik tadi berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan batu karang," katanya.




Dalam pada itu, menurut Dr. Selvaraju, pengurangan berat badan secara mendadak menyebabkan kandungan asid urik meningkat kerana kemusnahan sel.

“Justeru jika ingin berat badan ideal, lakukan dengan perlahan-lahan dengan mendapat nasihat doktor," katanya.

Apa yang lebih unik jelasnya, wanita tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang masih tidak diketahui.

Sebenarnya kata Dr. Selvaraju, asid urik adalah salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah tinggi dan kencing manis.

“Tapi ada juga yang mendapat pseudo gout dengan simptom sama seperti gout tetapi ia berkaitan dengan kalsium," katanya.

Dr. Selvaraju menegaskan, manusia perlu makan apa yang diperlukan untuk hidup dan bekerja kerana makanan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

“Makan bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan, nasihatnya.


0 comments: