Hari nie saya nak share dengan semua beberapa tips pemakanan yang saya baca untuk mengahdapi bulan Ramadhan. Tak lama jer lagikan, Alhamdulillah....moga dipermudahkan amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan nanti. Untuk itu kita kena lah juga jaga pemakanan kita, untuk lebih kekal bertenaga sepanjang berpuasa selain dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. Jom saya sharekan tips pengambilan makanan untuk bulan puasa nanti.
Beberapa tips pemakanan sihat semasa berpuasa adalah seperti :
- Pembahagian masa makan yang betul iaitu merangkumi masa berbuka, makan malam dan ketika bersahur bagi mengelak pengambilan makanan berlebihan ketika berbuka sekiranya seseorang tidak mengambil makan malam atau tidak bersahur.
- Mengutamakan makanan yang tinggi serat dengan meningkatkan pengambilan bijirin seperti beras perang, roti mil penuh dan kekacang. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengan serat. Pengambilan serat yang tinggi semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi tenaga agar aktiviti harian dapat dilakukan seperti biasa berbanding bulan-bulan yang lain. Manakala pengambilan serat yang mencukupi semasa berbuka dapat memberi tenaga segera, meneutralkan rembesan asid berlebihan di dalam perut sekaligus dapat mengawal glukosa darah khususnya kepada penghidap diabetes.
- Minum air dengan banyak sekitar 8 hingga 12 gelas di antara waktu berbuka hingga waktu sahur terutamanya air kosong. Ini bagi memastikan tubuh mendapat cukup air untuk berfungsi di siang hari.
- Amalan sunnah dengan pengambilan 3 biji kurma beserta segelas air/jus setiap kali waktu berbuka dapat menyeimbangkan kandungan gula dalam darah (mengelak kejadian hipoglisemia) serta memberi tenaga segera kepada tubuh untuk menjalankan ibadah wajib dan sunat khususnya solat sunat tarawih.
- Pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti memanggang, stim dan sup berbanding menggoreng, menyediakan menu berasaskan santan atau terlalu berempah / terlalu pedas. Kurangkan penggunaan minyak atau santan ketika memasak dan buang lemak/kulit pada ayam dan daging sebelum memasak.
- Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar. Otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mengesan bahawa perut kita telah pun kenyang.
- Teruskan aktiviti fizikal atau senaman ringan di sebelah malam bagi mengekalkan kecergasan tubuh dan minda kita. Selain solat tarawih, senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan pantas atau berjogging. Walau bagai manapun, tunggu sehingga satu atau dua jam selepas makan sebelum memulakan senaman bagi memberi laluan kepada sistem pencernaan. Bagi individu yang makan banyak semasa berbuka, biasanya perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan aktiviti kerana jantung mengepam darah lebih banyak ke sistem pencernaan berbanding ke otot.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment